p/s: Sibuk sangat sampai tak sempat nak ambil gambar. Ni pun pinjam gambar dan video dari grup whatsapp.
.
p/s: Sibuk sangat sampai tak sempat nak ambil gambar. Ni pun pinjam gambar dan video dari grup whatsapp.
.
Assalamu'alaikum.
Final touch untuk taman blok.
Pagi tadi, aku cat lagi untuk taman blok. Ini yang last sekali sebelum #akrf bermula pada 4. 1. 2023 ni. Otak aku dah blank dah. Aku dah tak boleh nak fikir apa lagi yang aku buat untuk hidupkan lagi taman blok aku ni. Sudahnya, aku main conteng-conteng je la cat warna putih tu
p/s: Aku buat mana yang termampu je.
.
Assalamu'alaikum.
Tuaian pertama cili bara.
Alhamdulillah. Pagi tadi team kami memulakan tugas untuk memetik buah cili bara ni.
Semua sekali tuaian kali pertama ni dapat la dalam dua belas kilogram. Alhamdulillah.
p/s: Moga pokok semakin sihat dan subur serta mengeluarkan buah yang besar dan banyak. Aamiin.
.
Assalamu'alaikum.
Selamat jalan Debot 🥺🥺🥺
Pada 17. 12. 2022 yang lepas, aku kehilangan seekor lagi kucing angkara virus. Kali ini si Debot yang jadi mangsa virus jahanam tu. Sebulan lepas, abang Debot iaitu Panjang, juga mati akibat virus. Panjang mati pada 16. 11. 2022.
p/s: Tiada lagi Debot yang suka berebut makanan.
.
Assalamu'alaikum.
Peah.
Ini si Peah. Nama je gegurl tapi sebenarnya boboy. 🤭🤭🤭 Sekarang Peah dah makin kurus dan selalu sakit. Mungkin sebab umur dah semakin meningkat. Masa dia datang ke rumah ni, rasanya umur dia mungkin dalam sebulan lebih. Kecil lagi dah kena buang.
p/s: Moga Peah terus sihat. Tinggal dia je sekor kucing jantan setelah yang lainnya mati dek serangan virus termasuklah di Debot dan si Panjang. Sedih betul. 😭😭😭
.
Assalamu'alaikum.
Kemaskan taman blok - sambungan.
Hari tu aku post cerita fasal hari pertama hingga hari ketiga aku kemaskan taman blok aku tu. Kali ni aku kongsi pulak cerita pada hari keempat dan kelima iaitu pada 16 dan 18 haribulan.
Ni yang hari keempat punya iaitu pada 16. 12. 2022.
Ini pula cerita pada hari kelima iaitu pada 18. 12. 2022. Hari sebelum tu aku tak turun ke taman sejak awal pagi lagi dah hujan. Tu yang sambung esoknya.
p/s: Alhamdulillah. Siap dah taman aku tu. Tinggal nak mengecat je lagi. Sekarang asyik hujan je. Tu yang aku tangguhkan dulu mengecat.
.