Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: Episod 2.. :-)

Assalamualaikum....

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: Episod 2.. :-)


Sambungan dari kisah masa balik Nilai hari tu. Sebab aku dah tak tau nak buat cerita apa... Kehkehkeh...


Ecececehhh... Macam la cerita tu bagus sangat siap nak promot bagai... =D
Aku terpaksa rujuk kat cerita lepas sebab takut nanti tercerita lagi sekali benda yang sama. Dah la cerita ko tak best, pastu ada hati nak ulangtayang sampai limabelas kali... **sedar la diri tu sikit... ;))


Hari berikutnya aku pergi ke Kuala Pilah nak ziarah pakcik merangkap adik mak aku. Tu la satu-satunya pakcik aku yang tinggal selepas kehilangan pakcik iaitu abang mak aku bulan Jun lalu. Aku pergi dengan mak, Bang Long, Bang Ngah dan isteri Bang Lang aku. Bang Lang aku tak balik sekali sebab dia tengah berkursus. Sampai je kat rumah pakcik aku tu, dia lak takde kat rumah. Mujur anak dia ada. Tu la, lain kali kalau nak pergi rumah orang, kena la bagitau awal-awal. Lepas tu kami berkonvoi pulak pergi ke rumah anak pakcik aku yang sorang lagi tu kat Mambau. Sampai sana dorang dah siap masak. Apa lagi, bedal aje la. Tambahan pulak dah lebih dari pukul dua petang, mau tak bising cacing kat dalam perut masing-masing...


Ni rumah pakcik aku. Dah selalu keluar RTM rumah ni...


Sebelum ke Mambau, kami singgah kat Taman Ulu Bendul kejap. Bukannya nak buat apapun, saje je nak ambil gambar sebab nak pedajal kaum kerabat kat fesbuk aku yang lagi satu tu. Konon-kononnya nak bagi dorang jeles la... kehkehkeh... Plan asal aku nak ambil gambar kat bulatan nak ke Istana Sri Menanti tu, tapi terpaksa dibatalkan sebab kejar masa. Aku dah bagitau awal-awal kat Bang Ngah aku yang aku nak singgah kejap kat situ dengan kat Ulu Bendol tu. Tapi rezeki nak posing kat situ tak kesampaian, maka tak dapat la nak eksen lebih-lebih. Pastu ternampak lak kawasan Restoran Warisan yang dikelilingi sawah padi. Nak berhenti dah tak boleh dah sebab kereta masa tu tengah meluncur laju. Rugi sungguh tak dapat bergambar kat situ. Cantik woooo kawasan dia.


Ni la sebahagian gambar yang diambil kat Taman Ulu Bendul.





Akhirnya, bergambar la secara ala kadar dengan muka berpeluh terkejar-kejar mencari papan tanda Taman Ulu Bendul tu. Sporting sungguh Bang Ngah aku tu sebab diapun tolong sama cari tempat/sudut untuk aku rakam dengan enpon baru Nokia E5 aku masa tu. Kebetulan, Bang Ngah akupun ada bawak kamera dia. Jadi, kurang la sikit kerja aku nak klik-klik sebab diapun tolong klik-klik sama... Hahaha...



Babai... Nak balik dah ni... Panjang umur datang lagi beli kuih cakar ayam ya... =)


Sebelum sampai kat Kuala Pilah tu, kami terjumpa la orang jual cendawan busut. Berhenti la sekejap meninjau harga. Selonggok 5 hengget.. sikit je, ada la dalam 10 tangkai manakala sekilo 12 hengget... Mintak kurangpun tak bagi, giler kedekut... hahaha. Mak aku beli 2 longgok je dulu. Manatau kat tempat lain ada lagi orang yang menjual.




Dalam perjalan balik dari Mambau tu, kami terjumpa lagi orang menjual cendawan busut ni. Sama jugak harga dia, selonggok 5 hengget tapi sekilo 10 hengget. Apa lagi, masing-masing memborong la. Ingatkan mak aku je yang nak beli. Tup-tup abang-abang aku tu pun nak beli jugak, siap nak bawak balik Johor lagi tu. Mujur la cendawan tu masih boleh dimasak kat rumah dorang sebab cendawan ni bukanya tahan lama, lebih-lebih lagi kalau terkena air, cepat je dia busuk..


Bang Long dengan mak tengah berkira-kira nak beli lagi ke tak. Bang Ngah pulak jadi tukang ambil gambar model yang tembam tu... :P


p/s: Selalu sangat blackout sampai tv kat rumah ni pun turut sama out. Lari lagi bajet mak aku sampai dah tak terkejar dah... Sabar aje laa.. :-)

6 Tukang Tembak:

ibundo said...

lawa rumah tu. skang ni orang buat rumah dah tak ado lagi dah ciri2 minangkabau.
cendawan busut tu sodap e. lamo tak mongaso ni..

Unknown said...

salam kak azz~

ahaks~ ceritera kenangan di pilah... :)
seronok bca... lamo dah den xpoie pilah.. alhir sekali msa raya ke 3 arie tu... :)

Acik Erna said...

azz..sayang boto la..kalau tau poi mambau tu..kalau taim akak kojo..mambau dongan opis akak tak jauh ...dokek to..ado la..lam duo batu yo kot..

Cik Azz said...

Kak Pah> Sementara ado org duduk ghumah tu, lawa la dio.. Kok dh takdo org ehh sok, jadi la mcm rumah sy kat kampung tu haa... huhu...

Cendawan busut ni ikut rezeki la kak.. Kok ado rezeki, dapek la kito ghaso...

Cik Azz said...

LP Lum~> wassalam Linda...

Lamo apo bondo ehh kalau ghayo hr tu poie Pilah... Lain la kok poie ghayo 10 tahun lopeh... yg ni baru la boto lamo tak poie situ.. kann... haha...

Tau la dulu skolah kek Pilah... ;))

Cik Azz said...

Kak Erna> Kok bgtau pun, bolom tontu dapek jumpo akak tu kak... Sy ni numpang org yoo.. Lain la kalau sy yang bawak sndri keto tu.. Konpem dah topacul dopan opis akak tu ha... hehe...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)