Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, November 28, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: Episod 1.. :-)

Assalamualaikum...

Minggu lepas aku balik Nilai. Pastu malamnya pergi JJS2 dengan family abang aku. Kakak ipar nak cari seluar untuk anak dia, aku lak hanya sekadar mengikut je. Tapi sebelum balik Nilai lagi aku dah cakap dah kat mak aku yang aku nak beli enpon baru sebab enpon aku rosak. Lagipun enpon yang rosak tu dah lebih dari 4 tahun aku guna. Kalau orang lain setahun guna/beli sampai 5/6 enpon, aku lak hanya ada satu enpon untuk jangka masa 4 tahun. Kiranya berbaloi la kalau nak beli yang baru.. kan... Mak akupun takde la bising masa aku mintak duit kat dia... Terima kasih mak... =)

Mula-mula aku plan nak beli enpon paling murah je. Selebihnya aku nak beli kamera digital. Tup-tup bila sampai je kat JJ tu, terus nampak kedai jual enpon. Skodeng je dulu. Cari-cari jugak kedai jual kamera tapi tak nampak lak. Lagipun pergi hari malam, semuanya nak cepat. So, lepas akak ipar aku siap membeli, aku singgah balik kat kedai enpon tu. Belek-belek, tanya-tanya, bajet-bajet duit, lekat la kat satu enpon tu. Angkat sebiji enpon yang ada kamera dan batalkan niat nak beli kamera digital. Buat apa banyak-banyak kamera, aku bukannya jurugambar... :D

Gambar kitar semula.. Keadaan rumah yang sedang menghitung hari untuk rebah... Ehh... ada busut laa kat bawah rumah tu... ^__^

Hari Selasa pulak, aku balik kampung. Tengok kawasan tapak rumah. Rumah kat kampung tu memang dah dirobohkan. Lagipun rumah tu memang dah uzur sangat dah.. Buat masa ni tak tau lagi nak buat apa kat tanah tu. Nak buat rumah baru, mana nak cekau bajet. Lain la kalau aku boleh buat loan. Orang tak kerja macam aku ni mana boleh buat loan... kann... Nampak gayanya, jadi hutan banat la kawasan rumah kampung tu nanti... :(

Hilang dah rumahnya... Huhuhu... Ni gambar yang aku ambil masa balik kampung hari tu (23/11/2010). Testing kamera enpon sampai mak aku cakap 'montang-montang la dah ado enpon baru'... :P

Sempat lagi memposingkan diri. Saje je budak tu angkat kaki nak tayang kasut yang baru beli kat JJS2.. Aku belikan untuk dia... =D

Dua beradik yang pandai bodek... kihkihkih...

Kat belakang tu tapak rumah nenek sedara aku yang juga telah dirobohkan... Satu kawasan ada dua rumah...

Selesai je urusan melawat tapak kawasan, kitorang berangkat ke rumah mak cik (sepupu mak aku) kat Bukit Chedang pulak. Mak aku ada hal dengan dia. Pastu pergi pulak ke rumah mak cik (adik ipar mak aku) sorang lagi, kat area situ jugak. So dapat la jumpa balik dengan sepupu yang dah berpuluh tahun tak jumpa. Kat rumah tu jugak aku jumpa 'pakwe' yang sangat gebu dan ensem... =))

Ensem kannn... ;;)

Berhenti kat sini dulu la. Ingat nak sumbat je semua cerita kat dalam satu post, tapi disebabkan line streamyx sangat menguji ketahanan iman dan keceluparan mulut, maka terpaksalah buat dalam episod yang lain lak... Itupun kalau ada kesinambungan dari cerita ini... =D

p/s: Line sangat teruk. Nak upload gambar je sampai berjam-jam. Pastu hilang terus. Kalau dah line asyik on and off je, camner nak update blog... Dah la blog ni lemau je... ^__*

6 Tukang Tembak:

kak Erna said...

azz,,balik kampung apasal tak cerito..dah lopeh baru cerito..
boli enpon kek jj yo..
akak punyo ni pon boli kek jj..kawan2 akak kato jj mahal..baik boli kek senawang,teminal 1 ko..bandar somban kato e..akak pulak..maleh..boli yo kek jj..

kakpah said...

kek kampung akak skang ni banyak rumah tingga. yang tetuo ramai dah meningga. anak2 duk kelumpo somo (temasuklah akak ni). Sayang ghumah banyak yang dah nak roboh..
Osah gobu e pakwe kau tu..

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

ahaks~
memang ensem ngan cumel pakwe itu.. sape namanya?? :)

awat akak xusahakan tanah tu wat kebun buah2 an??

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna> Sy ado bgtau kek fb hr tu yg sy ado kek Nilai.. Mgkn akak tak pasan kot status sy tu..

Sy pon cam akak gak la.. Maleh nak kuar masuk kompleks semato2 nak boli enpon.. Kang makin banyak tengok, makin rambang lak mato... Mahal atau murah tu pd sy samo yoo kek mano2 pon.. kalau cmpo tolak dgn maso dan duit minyak...

~Kak AZZ~ said...

Kak Pah~> Sodih kan kak tengok ghumah tompek kito lahir dan mombosa ghoboh cmtu yoo.. Tp apo nak dikato, dah takdo sapo yang nak duduk situ..

Nak ghoboh an copek yoo... Nak buek balik tu yang sakit tu.. huhu..

~Kak AZZ~ said...

Lp Lum~> Wassalam Linda...

Gebuzz kan... hehe...

Buat kebun buah takde sape yg nak jaga.. Kang abeh dikerjakan dek kera je... huhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »