Assalamualaikum...
Den dah torai tanam dah...!
Siapa dah cuba tanam taugeh sendiri..? Kat fb dah jadi viral dah benda ni.. Atas sebab viral itulah akupun nak jugak menerai.. hehe..
Aku tanam togey ni ikut cara aku sendiri.. Aku hanya basahkan tisu dan taburkan kacang hijau tu atas tisu tadi.. Lepas tu lalukan bawah air paip.. Lepas tu pulak, aku letakkan dalam kabinet yang gelap.. Mula-mula tu aku tutup dengan kain lembab... Apabila taogey tu dah mulai tinggi, aku tak tutup dengan kain dah.. Tiap-tiap hari aku siram pokok togey aku tu..
Aku tak rajin nak beli air susu dalam kotak tu, pastu masukkan kacang hijau dalam tu.. Tujuan aku hanya nak mencuba sahaja.. Dan aku gunakan biji kacang hijau yang paling kecil sekali...
Aku beli kacang hijau ni sebab nak buat bubur tapi aku songlap segenggam untuk buat uji kaji ni.. Uji kaji la sangat.. kehkehkeh.. Moh tengok gambar sat.. hehe...
Hari pertama.. Tak jadi apa-apa lagi la...
Hari kedua.. Dah mula tumbuh dah sikit-sikit..
Hari ketiga.. Banyak yang dah tumbuh...
Hari keempat.. Dah mula panjang dah togey aku ni..
Hari kelima... Waaaaa...! Panjangnya dia tumbuh..! Tapi awat kuruih sangat...!
Hari ke enam... Dah boleh buat sebagai bunga hiasan atas meja.. hehe...
Ahahaha... Nak gelak aku tengok togey aku tu.. Dah la panjang.. Lepas tu punya la kurus melidi... Ni la namanya togey tak cukup baja.. hehe..
p/s: Dah cuba, barulah puas hati.. Lepas ni boleh cuba lagi tanam togey ni dengan kacang hijau yang besar sikit..
0 Tukang Tembak:
Post a Comment