Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, November 17, 2018

Pengasingan kelas.

Assalamu'alaikum.

Pengasingan kelas.



Dan ini, aku nak berkongsi cerita sikit. Nak jugak tu ambil bahagian. Nak jugak buat entri berkaitan. Apa salahnya. Tak salah kot berkongsi cerita masing-masing, kan?


Masa my niece darjah 6 dahulu, ada la seorang kakak ni. Dia pertikaikan fasal pengasingan kelas ni la. Dia kata; asal anak cikgu je, semuanya masuk kelas pandai. Lepas tu, semuanya duduk kat barisan depan. Anak kita yang tak pandai ni, duduk la kelas bodoh. Kalau duduk kelas pandaipun, duduk kat belakang sekali. Duduk kat belakang tu faham je la. Bukannya dengar sangat apa yang cikgu kat depan tu cakap. (Panjang betul dia membebel).


Then, akupun bertanyalah fasal ni kat my niece tu. Aku tanya dulu, kenal ke tidak anak kakak tadi? Dia kata, kenal tapi tak rapat sebab budak tu lelaki. Aku tanya lagi, betul ke anak cikgu semuanya duduk barisan depan dalam kelas tu? Kata dia, takde la. Dah anak mak cik tu yang tak nak duduk kat depan. Cikgu dah suruh dah dorang duduk kat depan tapi dorang sendiri yang tak nak. Duduk kat belakang tu asyik main je. Mana nak dengar apa yang cikgu ajar.


Jadinya, salah siapa sekarang ni? Kakak tadi mungkin tak tahu cerita sebenar. Yang dia tahu, menyalahkan guru sahaja. Akupun tak faham kenapa dia suarakan hal tu kat aku dan yang lain-lain? Mungkin sebab abang aku cikgu kat sekolah berkenaan dan anak abang aku tu pulak duduk dalam kelas pandai. Cara dia bercakap tu macam nak lepaskan geram kat abang aku je walhal abang aku bukannya ada kena mengenapun dalam hal yang dia bebelkan tu. Pelik betul.


Aku dulu, masa sekolah menengah, dah merasa dah duduk kelas bawah. Merasa jugak dipandang sinis oleh orang kelas pandai tapi aku make don't know je la. Sehinggalah aku dapat nombor pertama dalam kelas aku dan apabila naik tingkatan, aku dimasukkan ke dalam kelas pandai. Akhirnya, dapat jugak aku masuk kelas pandai tu walaupun pada hakikatnya, aku takde la pandaipun. Hahahaha. Kalau aku pandai, tentu aku dah pegang jawatan besar yang gempak, kan? 🤭🤭🤭


Peliknya, budak yang dalam kelas pandai tu, yang perempuan je yang sinis dan tak nak berkawan dengan kami yang tak pandai ni. Budak lelaki okay je. Sebab tu, lepas je masuk kelas pandai tu, aku baik dengan geng budak lelaki je sebab dorang bukannya jenis perasan bagus macam budak perempuan. Tapi apabila aku baik dengan geng budak lelaki, ada jugak geng perempuan yang jelous. Bongok betul la dorang tu. 
😂😂😂 Kau ingat aku ni jenis suka layan cinta monyet? Mak aku dah siap warning dah oii.. Mak kata; kalau nak sekolah, buat cara nak sekolah. Kalau nak menggatal, baik tak payah sekolah! Amekawww..!


p/s: Sekarang ni, my niece tu sedang menduduki SPM. Tolong sama-sama doakan agar dia dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. 
.

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)