Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Tinggal Kenangan.. Show all posts
Showing posts with label Tinggal Kenangan.. Show all posts

Tuesday, May 21, 2019

27 tahun sudah berlalu.

Assalamu'alaikum.

27 tahun sudah berlalu.


Diam tak diam, sudah 27 tahun arwah abah aku pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Namun, aku masih lagi teringat-ingat waktu aku menjaga arwah di hospital Tawakal. Panjang kisahnya. Nanti la aku tulis lagi. Itupun jika aku rajin untuk berkongsi cerita.


Arwah abah aku meninggal dunia pada 21 Mac 1992 bersamaan dengan 16 Ramadan 1412 Hijrah. Hari ini, 21 Mei 2019 bersamaan dengan 16 Ramadan, genap 28 tahun abah pergi (jika ikut kalender Hijrah). 






p/s: Al-Fatihah untuk arwah abah yang aku kasihi sepanjang hayat aku. Moga Allah tempatkan abah bersama golongan mereka yang beriman. Aamiin.
.

Saturday, November 17, 2018

Pengasingan kelas.

Assalamu'alaikum.

Pengasingan kelas.



Dan ini, aku nak berkongsi cerita sikit. Nak jugak tu ambil bahagian. Nak jugak buat entri berkaitan. Apa salahnya. Tak salah kot berkongsi cerita masing-masing, kan?


Masa my niece darjah 6 dahulu, ada la seorang kakak ni. Dia pertikaikan fasal pengasingan kelas ni la. Dia kata; asal anak cikgu je, semuanya masuk kelas pandai. Lepas tu, semuanya duduk kat barisan depan. Anak kita yang tak pandai ni, duduk la kelas bodoh. Kalau duduk kelas pandaipun, duduk kat belakang sekali. Duduk kat belakang tu faham je la. Bukannya dengar sangat apa yang cikgu kat depan tu cakap. (Panjang betul dia membebel).


Then, akupun bertanyalah fasal ni kat my niece tu. Aku tanya dulu, kenal ke tidak anak kakak tadi? Dia kata, kenal tapi tak rapat sebab budak tu lelaki. Aku tanya lagi, betul ke anak cikgu semuanya duduk barisan depan dalam kelas tu? Kata dia, takde la. Dah anak mak cik tu yang tak nak duduk kat depan. Cikgu dah suruh dah dorang duduk kat depan tapi dorang sendiri yang tak nak. Duduk kat belakang tu asyik main je. Mana nak dengar apa yang cikgu ajar.


Jadinya, salah siapa sekarang ni? Kakak tadi mungkin tak tahu cerita sebenar. Yang dia tahu, menyalahkan guru sahaja. Akupun tak faham kenapa dia suarakan hal tu kat aku dan yang lain-lain? Mungkin sebab abang aku cikgu kat sekolah berkenaan dan anak abang aku tu pulak duduk dalam kelas pandai. Cara dia bercakap tu macam nak lepaskan geram kat abang aku je walhal abang aku bukannya ada kena mengenapun dalam hal yang dia bebelkan tu. Pelik betul.


Aku dulu, masa sekolah menengah, dah merasa dah duduk kelas bawah. Merasa jugak dipandang sinis oleh orang kelas pandai tapi aku make don't know je la. Sehinggalah aku dapat nombor pertama dalam kelas aku dan apabila naik tingkatan, aku dimasukkan ke dalam kelas pandai. Akhirnya, dapat jugak aku masuk kelas pandai tu walaupun pada hakikatnya, aku takde la pandaipun. Hahahaha. Kalau aku pandai, tentu aku dah pegang jawatan besar yang gempak, kan? 🤭🤭🤭


Peliknya, budak yang dalam kelas pandai tu, yang perempuan je yang sinis dan tak nak berkawan dengan kami yang tak pandai ni. Budak lelaki okay je. Sebab tu, lepas je masuk kelas pandai tu, aku baik dengan geng budak lelaki je sebab dorang bukannya jenis perasan bagus macam budak perempuan. Tapi apabila aku baik dengan geng budak lelaki, ada jugak geng perempuan yang jelous. Bongok betul la dorang tu. 
😂😂😂 Kau ingat aku ni jenis suka layan cinta monyet? Mak aku dah siap warning dah oii.. Mak kata; kalau nak sekolah, buat cara nak sekolah. Kalau nak menggatal, baik tak payah sekolah! Amekawww..!


p/s: Sekarang ni, my niece tu sedang menduduki SPM. Tolong sama-sama doakan agar dia dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. 
.

Thursday, March 1, 2018

Kenangan.

Assalamu'alaikum.

Kenangan.


Ni kenangan masa aku kerja kat Johor dulu. Dah jadi barang rare dah ni. Haha. 


Ni adalah chairback. Ada satu set chairback ni iaitu ada tujuh helai. Semuanya masih lagi aku simpan dengan elok. 





Ini pula adalah alas meja makan untuk enam kerusi. Ini jenis sambung-sambung. Kait sekeping kecil dulu, lepas tu sambung. Buatlah proses yang sama sampai dapat saiz yang kita nak. Dah tak ingat dah berapa buku benang ni habis. 





Ini pula merupakan alas untuk meja bulat. Kalau letakkan atas meja buat tu, cantik je dia jatuh ke bawah. Dia macam berombak sikit. Jenuh ni nak habiskan. Setiap masa kena pandang pada pola. Banyak kali jugak kena bukak balik semula sebab silap kira. Sabar je la. Haha.






Aku memang sayang sangat dengan semua harta benda yang aku ada. Walau sekecil dan semurah mana sekalipun benda tu, aku tetap sayang. Sebab tu la aku akan cuba jaga dengan sebaik-baiknya.





Dulu, aku selalu berlumba-lumba mengait dengan dua orang lagi rakan sebilik. Dua orang kawan aku tu memang laju je mengait. Aku je yang agak terkial-kial sikit. Takpe la. Yang penting, siap jugak apa yang aku kait tu. Malahan, dapat jugak aku bagi kat dua orang kakak aku satu set chairback tiap seorang. Dua-dua pattern tak sama dan dua-dua berwarna putih. Tak tau la sama ada chairback tu masih ada lagi kat dorang ataupun sudah dimakan dek tikus. Hahaha.


p/s: Rindunya zaman kerja dulu.
.

Thursday, May 18, 2017

Sakitnya kena lempang!

Assalamu'alaikum.

Sakitnya kena lempang!


Tengah malam tadi, masa jenguk fb, tetiba ternampak post fasal kes tampar ni. Tak tau kenapa dan tak tau di mana kejadian yang berlaku. Dah siang, barulah aku tau sebab apa. Hmmm je la. Gigih jugak tu dok search. Hahaha.


Disebabkan ternampak post fasal tampar tu, akupun teringat la kat satu kisah yang sudah lama yang aku alami dulu. Beginilah kisahnya.


Masa umur aku sekitar 8-9 tahun dulu, aku pernah kena lempang dengan abang kawan aku yang merupakan jiran kat kampung. Akupun tak tau kenapa dia tiba-tiba je tampar aku. Masa tu kami (aku, adik dia dan kawan yang lain), sedang bermain galah panjang di laman rumahnya.


Meraung aku dibuatnya. Terus berlari balik rumah. Berbirat weii pipi aku. Bayangkan la pipi budak umur macam tu. Lembut lagi pipi tu. Dah la pipi tembam. Memang merah la. Siap nampak kesan lima jari kat pipi aku tu.





Mak aku kejar mamat tu dengan parang. Mak aku siap naik atas rumah mamat tu sebab dia lari masuk dalam rumah. Nasib baik dia menyorok atas peran/loteng. Nasib baik jugak adik mak aku tahan mak aku jangan naik atas loteng tu. Kalau tak, tak tau la apa jadi kat mamat tu. Jangan buat main dengan isteri askar!



Sampai sekarang aku masih tak tau puncanya. Baru-baru ni masa kakak aku balik kampung, dia tanya la kat mamat tu, kenapa dia lempang aku. Mamat tu pun takde jawapan. Dia kata diapun tak tau kenapa dia buat macam tu kat aku.


p/s: Ada orang kena lempang bersebab tapi aku kena lempang sampai la ni tak tau sebab apa. Saja-saja suka lempang? GILA la namanya tu!

Wednesday, January 11, 2017

Tinggal kenangan.

Assalamu'alaikum.

Tinggal kenangan.


Ini adalah sebahagian daripada koleksi baju yang aku jahit masa aku belajar menjahit di Dian Training Centre dahulu. Bajunya masih lagi elok terjaga. Cumanya, dah tak muat untuk dipakai. Maklum la, badan dah semakin mengembang. Haha. Maka, jadilah ia sebagai barang kenangan. 


Ni baju apa entah nama dia. Bajunya kembang pada bahagian ponggong. Kain dia pulak ada ekor. Dulu memang famous dengan kain berekor ni. Ala-ala baju pengantin gitu. Haha.




 ^
Dua-dua ni jeket dan coat. Ada  princess line cut. Jenuh weii buat baju ni terutama sekali coat tu. Coat tu ada poket kat dalam. Macam coat yang selalu kita tengok orang pakai dalam tv tu la.
v


p/s: Kalau suruh jahit balik coat tu, jangan harap la aku ingat. Hahaha. Syukurlah ada sehelai sebagai kenangan.

Saturday, March 7, 2009

Kisah Aku dan Dia......uhukkk..(2)

Assalamualaikum.

Kisah Aku dan Dia......uhukkk..(2)

Fuhhh.... Aku sebenarnya dah tak tau nak post apa lagi. Banyak cite yang nak dikongsi tapi maleh mek amek nak susun cito tuu... haaa kan aku dah terspiking london hehehe...


Okay la... Ni nak share citer zaman2 masa keje dulu.. Dah lama dah citer ni, tapi bolehlah kot... Janji ada post baru kan.... kakakaka... Sebab korangpun dah bising asyik cakap bila nak buat citer baru, kan...


Aku ni dulu keje kilang je.. Apa nak buat.. dah takde rezeki nak masuk U...asek2 tak lepas je permohonan aku tu.... buduss kan dorang tak amek aku masuk kat U tu hehehe.....


Dulu, kalau ada cuti je aku blah balik rumah.. Aku tak baper suka dok kat hostel. Kalau cuti 4 hari je, mesti aku lesap.. Jauh gak la dari Johor nak balik Pahang ni. Duitpun banyak gak abeh tapi takpe, janji hati aku tenang dan lapang bila dok kat rumah hehe...

Aku biasanya naik bas dari Larkin ke Puduraya dan waktu perjalanan aku, malam la sebab pagi dah leh kejo bas ke Pekeliling then sampai rumah dalam pukul 12.30 tengahari...

Ada satu malam tu aku duduk dengan sorang mamat ni. Dia dah naik dulu, so dia amek la tempat duduk kat tepi tingkap.... cisssss.... padahal aku paling suka duduk tepi tingkap tu...... Geram je aku bila tengok dah ada orang chupp tempat tu.... Haha...

Perjalanan jauh. Naik bas pukul 12.30 malam, so mata memang la ngantok. Aku ni jenis yang tak suka tidor dalam perjalanan. So, aku buat2 tido je la. Nak dijadikan citer, mamat kat sebelah aku ni punya la lentok tidor. Dah la kepala dia berat, lentok lak kat bahu aku.. rasa macam nak sekeh je pale dia tu. Tapi aku sabo lagi. Sampai naik senget2 bahu aku nak ngelak. Berat wooo pale orang laki ni rupanya. Tah apa isi kat dalam tu tak tau la... hikkkk.. Aku mula la cari akal. Camne nak bagi mamat ni sedor, biar dia lentok kat tepi tingkap lak. Dalam pada tu, aku dapat satu idea.... huahuahua.... abeh la ko mamat wehhh....

Mula-mula aku ambil tudung yang aku pakai tu, tarik selapis untuk tutup muka aku.... kekeke.... kena la sorok muka dulu.... nanti senang aku nak gelak.... wakakaka... jahat giler. Lepas tu, dengan menggunakan bahu, aku tolak kepala mamat tu kat tingkap. Padan muka dia. Terus dia tersedar dan sambung tido lentok kat tingkap lak. Aku tau kejap lagi mesti dia lentok balik kat bahu aku balik. So, dengan segera aku ambil jarum peniti kat tudung aku tu. Aku tegakkan jarum tu kat bahu dan bersedia untuk menyerang. Hahahaha.....

Dan, betul apa yang aku jangka. Mamat tu lentok balik semula kat bahu aku. Gamaknya lembut ke bahu aku tu ek.... ekekeke.... Apa lagi, jarum peniti tadi terus kena kat kepala dia..... Agaknya la sebab aku tak nampak kena kat mana... Tapi aku nampak dari dalam tudung yang mamat tu terpinga2 bangun sambil kesat mata dia.... wakakaka....ambek ko..!! Aku lak dengan selamba paling muka kat tempat lain sambil terhinjut2 gelak.. Nasib baik semua orang dah tido, so takde la yang tengok apa yang aku buat tu.. Yesss...!!! Akhirnya misi aku berjaya.... dan mamat tu terus lentok kat tepi tingkap sampai Puduraya... Boleh la pulokkk kannn....

Persoalan aku sekarang ni, apa fasal orang lelaki ni suka lentok2 kat bahu pompuan ekk...?? Siapa leh tolong jawab.....


p/s: Ada lagi kisah lain.... tapi tunggu je la.... lotihhh denn....
.
Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)