Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, October 23, 2019

Kursus jangka pendek pembuatan pastri.

Assalamu'alaikum.

Kursus jangka pendek pembuatan pastri.


Hari ini, 23 Oktober 2019, aku telah merajinkan diri untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam pembuatan pastri yang diadakan di Kolej Yayasan Felda Pahang yang berpusat di Felda Mempaga.





Ini merupakan kali pertama aku ke sini. Kiranya satu pengalaman baharu untuk aku la, kan? Saja suka-suka nak tengok tempat orang. Sambil tu, dapat juga kenal-kenal dengan kawan baharu. 


Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk seorang. Okay la tu. Yuran takde la mahal mana. Ada dibagi sekali apron dan tuala good morning sorang sehelai. Lepas tu, sarapan pagi dan makan tengahari turut disediakan. Kursus bermula dalam pukul 9 pagi dan berakhir dalam pukul 1.30 tengahari. Aku keluar dari rumah pukul 6.30 pagi. Aku pergi dengan kenderaan Felda bersama dengan empat orang lagi termasuk staff pejabat dan pengerusi GPW.



Jangan terpedaya dengan gambar di depan mata. Hakikatnya, aku dah habis makan sepinggan nasi goreng kampung yang sedap. Hahaha. 


Ada tiga jenis pastri yang aku dan kumpulan aku kena buat iaitu Portugese Egg Tart, Fruit Tartlet dan Creamy Bread Pudding. Semua kumpulan buat menu yang serupa. Ada empat kumpulan semuanya yang datang dari merata Felda yang berada dalam Wilayah Mempaga. Tapi, ada lagi tiga kelas lain yang lain pulak kursusnya. Ada yang buat roti, western food dan tata rias meja. Kiranya, ada empat kelas la semuanya. 


Okay la. Jom la tengok gambar yang sempat aku ambil. Biasa la aku ni. Ambil gambar ikut suka hati je. Orang lain ambil gambar guna handphone canggih tapi aku masih lagi kekal dengan handphone rare aku tu. Haha.




Sementara chef dan pembantunya sediakan bahan, kita pakat-pakat la bergambar dulu untuk kenang-kenangan. Bukan senang aku nak masukkan gambar sendiri dalam blog. 😍😍😍 Awal-awal lagi apron dah senget dah. 😂😂😂 Sebenarnya kan, aku tak boleh nak ikat tali apron tu. Terpaksa minta tolong kawan. 😁😁😁




Mula-mula, peserta kursus kena tengok dulu demonstrasi yang chef buat. Nama chef tu, Shah. Ramah orangnya. Dia dibantu oleh tiga orang anak murid dia. Sambil dia buat demo, sambil ada sesi soal jawab. Kau tanya, aku jawab. Aku tanya, kau jawab. Haa, macam tu la kaedahnya jika dinamakan belajar. Kalau masing-masing pakat senyap je, itu namanya nak ambil peperiksaan dalam dewan. Hahaha. Chef tu buat demo untuk semua menu tu sekali harung. Lepas tu, barulah kami buat sesama sendiri. Barulah betul dinamakan kerjasama. Wonderpet! Ehh...!! Hahaha.



Adik baju putih oii..! Muka tu serius sebab fokus atau takut dengan cikgu sendiri? Hehehe.










Okay, kini giliran kami pulak buat apa yang telah ditunjukkan oleh Chef Shah tadi. Mujurlah masing-masing dah biasa berperang di dapur. Jadinya, takde la bunyi pinggan jatuh berderai ke lantai. Hehe.




 Yang ni nak buat Creamy Bread Pudding. Nak siram atas roti gardenia yang diracik.






Yang bawah ni pulak, nak buat Portugese Egg Tart. Kulitnya beli je sebab kalau nak buat sendiri, memang susah. Itu kata chef tu la. Dah ada yang jual siap-siap, buat apa susah-susah nak buat sendiri, kan? Satu bungkus ni ada 10 keping je.















Yang bawah ni pulak, nak buat Fruit Tartlet. 












Grup aku dengan pembantu chef. Sayangnya, gambar ada goyang la pulak. Huhu.


 Ni la hasil dari gabungan kami berempat.


Yang bawah ni, terpaksa minta tolong pada pembantu chef untuk bukakan bekas aluminium tu sebab nak potong puding tu. Keras juga rupanya bekas tu. Haha. Jenuh jugak la nak bukak keliling kedutan tu. Apapun, terima kasih ya dik. Tak tanya pulak siapa nama dia. Heh.








Dan tadaaa...! Ni la hasilnya. Yang dalam pinggan bunga-bunga tu extra sebab kami sayang nak buang lebihan pastri dan cream, maka kami buat aje la apa-apa. Yang penting, apa-apa baki yang ada, kami tak buang masuk tong sampah. Bagus tak? Heh.





Senget-benget apron dibuatnya. Lantak la haihh. Dah namanya sibuk memasak, kan? Mukapun dah penuh berminyak. Kahkahkah.






Setiap apa yang peserta kursus masak, akan dibawa balik. Pakat-pakat la bahagi sesama ahli kumpulan. Puding aku tu, sampai je rumah, habis hancur. Hahaha. Kalau dah masuk dalam plastik je, lepas tu, puding tu pulak tak berapa keras, memang hancur la jadinya. Mujurlah yang dua lagi tu okay. Tapi tartlet tu dah takde rupa dah sebab buah-buah atas dia berterabur dalam plastik. Kihkihkih. Lain kali kena bawak bekas sendiri dari rumah. Barulah elok kejadiannya nanti.


p/s: Nanti kalau ada yang offer nak pergi kursus macam ni lagi, aku nak join. Seronok tengok demontrasi masakan depan mata sendiri. Selalu tengok kat youtube je.
.

2 Tukang Tembak:

Orchid Puteh said...

Saya dok simpan lama dah angan-angan nak ke kelas pastry atau roti.. tapi tak usaha betul-betul.. hahah lepas tu menrungut sendiri.. apalah.. Fav saya portugis egg tart tu..

NA said...

Seronok betul belajar buat pastri.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)