Assalamu'alaikum.
Nasi ayam style kakak.
Semalam, kakak aku masak nasi ayam. Sambil tu, aku tengok la cara dia buat nasi ayam tu. Aku memang tak pandai buat nasi ayam ni. Seumur usia aku, baru sekali aku masak nasi ayam. Itupun aku ikut cara Elly Mazlein kat youtube. Haha.
Okay, jom la tengok gambar. Aku tak sempat nak ambil semua gambar sebab masa ni akupun sibuk nak buat inti karipap.
Untuk masak nasi ayam ni, kakak aku tumiskan dulu 4 sekawan dengan marjerin dan sedikit minyak masak. Lepas tu, dia masukkan serai. Serai tu biar sampai garing sikit. Kemudian, dia masukkan pula bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan halia. Lepas tu, dia masukkan pula daun pandan. Kemudian, tuangkan bahan tadi ke dalam periuk berisi beras dan kacau rata. Beras tu cuci dulu dan toskan. Lepas tu baru masukkan air rebusan sup ikut sukatan yang sesuai. Dan masak la macam biasa.
Sup ni tumiskan sekejap rempah sup bunjut bersama 4 sekawan. Lepas tu barulah masukkan ayam dan air. Masak la sampai mendidih. Jangan lupa perisakan garamnya.
Ayam tu kita rebus sekejap dalam kuah sup. Lepas tu angkat dan gaulkan dengan kicap manis. Perap sekejap dalam 30 minit atau sejam. |
Lepas tu, goreng ayam yang diperap tadi. Goreng sekejap je sebab ayam tu dah rebus dulu, kan..
Untuk buat sos ni, gunakan dalam 10 biji cili merah, dua ulas bawang putih dan sebiji tomato. Kisar dengan menggunakan air sup tadi. Letak sikit daun sup. Masak hingga mendidih dan perisakan garam gulanya.
Sambal kicap ni boleh cari kat dalam blog aku ni. Ada aku kongsikan cara membuatnya.
p/s: Sedap nasi ayam dia. Nanti aku nak cuba buat la.
.
2 Tukang Tembak:
Azz macam mano nak cari resepi sambal kicap tu
Maaf kak, lambek reply. Sey dah bagi link tu kek fb.
Post a Comment