Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Batang Keladi. Show all posts
Showing posts with label Batang Keladi. Show all posts

Tuesday, January 23, 2018

Keladi: Perkembangan terkini.

Assalamu'alaikum.

Keladi: Perkembangan terkini.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Keladi yang aku cuba semai guna kaedah ini [sila klik link ini], sudahpun mengeluarkan daunnya setelah aku alih ke tanah. Barulah boleh tarik nafas lega.




Hari ini, aku tengok daun keladi tu dah mula lebar dah. Alhamdulillah. Ketiga-tiga anak pokok keladi tu aku tanam atas tanah. Tak jadi nak tanam dalam pasu. Pasu tu nanti nak guna untuk tanam pokok lain pulak. Heh.






p/s: Mudah-mudahan, pokok keladi aku ni hidup subur, beranak-pinak dan mengeluarkan ubi yang besar yang semestinya sedap dan gebu. Aamiin.
.

Saturday, January 6, 2018

Perkembangan keladi.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan keladi.

Dalam entri hari tu, aku ada kongsikan cara aku 'semai' benih pokok keladi. Alhamdulillah, nampaknya akar keladi tu dah semakin panjang. Sulur pucukpun dah mula keluar dah.





Sikit masa lagi, boleh la ubah keladi ni ke tanah. Ni aku sedang dok intai kawasan la ni. Kat mana aku nak tanam keladi ni. Nak terus tanam atas tanah ataupun dalam pasu/polybag? Tanahpun dah topap dah semalam. Beli lagi sepuluh kampit di kedai Peladang..


 


Update:


Aku dah tanam dah dua anak pokok keladi tu atas tanah. Yang satu pokok lagi tu ingat nak tanam dalam pasu besar atau polybag besar tapi tengok la dulu macam mana. Kalau yang kat tanah ni elok je pertumbuhan dia, mungkin yang satu tu aku tanam kat tanah jugak.






p/s: Usaha tu kena ada. Selepas itu, tawakkal aje la pada DIA. 
.

Thursday, December 28, 2017

Eksperimen: Percubaan untuk semai keladi.

Assalamu'alaikum.

Eksperimen: Percubaan untuk semai keladi.


Sanggup tu pi beli tiga ketul keladi semata-mata nak buat eksperimen. Aku tak tau apa nama atau ID keladi ni. Yang aku tau, keladi ni sangat sedap apabila digoreng. Gebu dan lembut je rasa dia. Enak je masuk ke dalam tekak. Tak sedar dekat nak habis sepinggan aku telan. Haha.




Nampak gaya macam menjadi je. Alhamdulillah. Tunggu akar dia panjang sikit baru boleh tanam ke tanah.





p/s: Keladi ni pun dah mahal dah. Sekilo harga dia RM5.50. Sebab tu la nak tanam sendiri. Sekurang-kurangnya, jika teringin nak makan, boleh la korek barang seketul dua. #Berangan je dulu. Heh.

.
.

Thursday, February 25, 2016

Masak lemak cili padi batang keladi.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi batang keladi.



Ini kisah dua hari lepas, kot. Rasanya la. Akupun mamai dah ni sampai tak ingat bila aku masak batang keladi ni ha. Sabar je la. Heh.


Oh ya, mak aku kata dia nak makan gulai keladi. Sebelum ni, dia ada minta aku cakapkan kat jiran depan rumah, mintak makcik tu tolong masakkan. Dah aku minta tolong dahpun. Masa tu aku kata aku boleh masakkan tapi mak nak jugak jiran yang masakkan. So, tunaikan aje la.


Selang dua hari lepas tu, mak kata dia nak makan gulai keladi lagi. Kali ni aku kata biarlah aku yang masak. Tak elok pulak asyik nak minta tolong dengan jiran. Jiranpun ada hal dia. Maka, akupun mintalah batang keladi ni kat jiran tu. Dapatlah empat pokok keladi tapi pokoknya takde la besar manapun. Sedang-sedang je. Lagipun musim panas ni, keladi tu pun terbantut nak membiak. Haha.





Maka, akupun sianglah batang keladi tu. Siatkan kulit luar dia macam kita siang pucuk labu atau siang kulit pisang muda. Orang noghoghi kata; 'kelenset an kulit eh'.






Keladi ni ada ubi tapi ubi dia kecik je. Jadinya, lepas siang semua keladi ni, aku rebuskan dulu ubi dia untuk bagi empuk. Letak la sikit garam dan sekeping dua asam keping.






Apabila ubi keladi tu dah agak empuk, masukkan pula batang keladi dan rebus/celur la sampai batang keladi tu lembut.





Apabila batang keladi dah lembut, terus je curahkan ke dalam tapis dan toskan. Lalukan sekejap bawah air paip supaya segala getah keladi tu hilang.





Lepas tu, boleh la mulakan proses menggulai. Tumbuk kunyit hidup bersama dengan segenggam ikan bilis dan beberapa biji cili padi. Mak aku dah tak boleh makan pedas, makanya cili padi tu aku cuma letak sebagai buat syarat je. Ikan bilis tu kalau tak nak tumbukpun takpe. Masuk je macam tu. Terpulang pada selera dan citarasa masing-masing la ya.




Masukkan sekeping asam keping dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk. 




Masukkan santan.




Masakkan kuahnya dulu hingga mendidih. Kena kacau selalu kuah tu.





Akhir sekali, masukkan ubi dan batang keladi yang telah direbus/celur tadi. Masaklah seperti biasa. Apabila sudah mendidih lagi sekali, masukkan garam. Kacau seketika dan tutupkan api dapur. 





Dah siap! Dan boleh la makan. 





p/s: Alhamdulillah. Mak aku makan gulai batang keladi ni tapi ubi keladi tu mak tak nak walaupun ubi tu lembut. Aku la yang tukang makan ubi keladi tu. 

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)