Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255
Search This Blog
Showing posts with label Botol Air Mineral. Show all posts
Showing posts with label Botol Air Mineral. Show all posts
Akhirnya, aku dah boleh kutip hasil dari pokok sawi yang aku tanam dengan kaedah botolpot ni. Entry terdahulu yang berkaitan dengannya ada di sini. Sila klik.Sawi ni aku suka buat ulam je. Sedap, rangup dan manis. Aku kurang suka kalau dibuat goreng tapi kalau masuk dalam mee goreng, aku makan je. 😂😂😂
Punyalah besar daun dia. Lebih besar dari tapak tangan aku.
Siap ada daun sawi bentuk love lagi sebagai tanda kasih untuk aku. Heh. Ni daun original ya. Bukannya aku yang memandai gunting.
Gigih aku kumpul botol minyak masak Saji ni untuk aku jadikan bekas menanam sayur. Gigih jugak aku basuh, jemur dan cat. Baru dua hari lepas aku selesai mengecat (8/11). Punyalah lama tunggu giliran. Haha.
Habis tapak tangan dan jari jemari bermandikan cat merah. Apa nak kisah? Thinner kan ada. Cuci aje la dengan thinner tu. 😁😁😁
Satu hari masa yang diambil untuk cat dan keringkan botol ni. Apabila cat dah kering, mulakan proses seterusnya pula.
Aku guna kain felt yang aku kitar semula sebagai sumbu air. Nak guna tali kain yang jenis bulat macam tali mop tu lagi bagus sebab kadar serapan airnya lebih tinggi dari guna kain felt ni. Tapi dah ini aje yang aku ada, aku guna aje la.
Kami sedia berkhidmat.. 😂😂😂
Kenapa kena cat botol tu? Untuk elakkan air baja berlumut dan lumut tu nanti akan curi (serap) air baja tu. Kita nak bagi pokok sayur tu gemuk tapi kalau lumut dah serap air baja tu, susah la sayur tu nak gemuk. Tapi terpulanglah pada diri masing-masing sama ada nak cat botol tu ataupun tidak. 😊😀😉
Lepas ni, baru nak isi tanah, air baja dan semai biji benih. Kena buat step by step. Biar lambat asalkan selamat. Gittew..!
Update:
Aku dah semai dah biji benih dalam bekas ni. Aku kongsikan cara aku semai benih sawi ni dalam video di channel youtube aku. Sila subscribe. Kah...!
Disebabkan teruja nak tahu, akupun ikut sama memberikan komen. Prinsip aku, siapa malu, memang susah la nak dapat ilmu. So, aku terjah aje tanya. Heh.
Kat sini, aku sertakan sedikit screen shot yang aku tanya. Aku dah bagitau awal-awal yang aku nak share fasal ni kat blog aku. Nasib la siapa yang terkena screen shot tu. Aku malas nak edit. Siapa suruh balas komen kat komen aku tu. Heh.
p/s: Nanti nak cuba jugak guna kaedah hidroponik macam ni. Tengah kumpul benang reject ni. Sayang pulak nak gunakan benang yang masih elok. Benangpun dah mahal weii...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah boleh petik dah hasil bayam aku ni. Boleh la buat masak rebus. Cukuplah untuk aku seorang. Lagipun, orang lain kat rumah ni mana makan sangat sayur bayam ni.
Ini gambar terkini pokok bayam dan sawi yang aku tanam secara nutripot dan botolpot tu. Sesuka hati je letak nama kaedah menanam, kan? Aku yang tanam, ikut suka aku la nak letak nama apapun. Aku yang tanam, kau pulak yang panas. No good. No good. Haha.
Tengok akar dia. Bersih je, kan?
Daun yang dimakan dek ulat. Maknanya apa tu? Maknanya, bebas dari semburan racun dan boleh dimakan tanpa was-was.
Dah boleh potong dah. Boleh la letak anak pokok yang lain pulak sebagai ganti.
p/s: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Tiada alasan takde kawasan bertanah, tak boleh bercucuk tanam. Nak buat dengan tak nak buat je.
Ini gambar-gambar yang aku kongsikan tu. Kenapa aku suruh klik? Sebab jika klik, ia akan terus pergi pada pautan yang berkaitan dan di situ ada komen-komen dari rakan grup dan aku cuba sedaya upaya untuk membalas komen yang ada. Kalau tak balas nanti, dibimbangi ada yang terasa pulak, kan? Macam kita jugak la. Kalau kita tanya sesuatu kat orang dan orang tu tak jawab pertanyaan kita, sedikit sebanyak kita akan terasa hati jugak. Lumrah la tu. Tapi pertanyaan tu, biarlah berpada-pada dan ikut logik akal. Janganlah tanya yang pelik dan tak masuk akal. Kang tak memasal, aku pulak yang sentap. Haha.
^
Serius cakap. Sawi ni sedap sangat buat ulam. Takde rasa pahitpun. Manis lagi ada. Macam aku jugak, manis je. Muahahaha.
v
Aku sekadar share pengalaman aku je. Salah ke? Tak, kan..? Tapi jika ada yang rasa salah dan rasa takde kebaikannya, tak payah la share. Betul tak? Kita share apa-apa post/perkara/benda yang elok/baik, insyaAllah, kitapun dapat jugak tempias pahalanya. Jadi, janganlah nak busuk hati sangat dan elakkan membawang. ✌✌✌ p/s: Tanam pokok yang kita suka dan buat apa yang kita suka yang ada faedah dan kebaikannya untuk diri kita. Yang penting, kita tak sibuk dok jaga tepi kain orang.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)