Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Cameron Highlands.. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands.. Show all posts

Sunday, February 16, 2020

Cafe Route 1504

Assalamu'alaikum.


Siapa yang nak ke Cameron Highlands ataupun balik dari sana, boleh la singgah di restoran dan cafe Route 1504 Sungai Koyan ni untuk menjamu selera dan merehatkan badan seketika. 




Untungnya singgah di sini adalah kerana cafe Route 1504 ini diapit oleh stesen minyak Petron dan kedai koperasi yang ala-ala mini market. Kiranya, jika ada yang nak isi minyak, boleh la isi minyak dulu. Lepas tu, boleh la jamu selera pulak sambil merehatkan badan. Dan jika nak cari barang keperluan, boleh je terus pergi ke kedai koperasi tu yang dibuka sehingga pukul 1o malam.




Cafe Route 1504 ini dibuka dari pagi hingga pukul 12 tengah malam tapi untuk menu makanan panas, ia bermula dari pukul 6 petang. Boleh juga buat pesanan makanan panas melalui talian 09-3401299. Apa-apapun, kena call dulu sebab takut cafe tak buka pulak ataupun tengok je kat page cafe untuk tahu info terkini. Mana la tau tiba-tiba je ada masalah yang datang dan cafe tak dapat dibuka seperti biasa.



Image may contain: possible text that says 'SG. KOYAN ROUTE 1504 KAFE 1504 SUNGAI KOYA 27650 RAUB PAHANG RESTORAN DAN KAFE SUNGAI KOYAN 019 983 5458 KAMAR 012 651 6628 YAHYA) 013 981 3179 AZLIE) 017 910 5641 (NIK)'


Ramai dah geng motor yang singgah di cafe Route 1504 ni. Korang, bila lagi nak singgah? Pakat-pakat la mai singgah dan cuba pula keenakan makanan di sini. Bas rombongan pelancongpun selalu jugak singgah di cafe ni. 


p/s: Aku dah pernah makan di sini. Alhamdulillah, makanan sedap. 👍👍👍 
.

Wednesday, May 31, 2017

Cara nak siang rebung.

Assalamu'alaikum.

Cara nak siang rebung.


Rebung ni adik aku beli masa dia pergi Cameron Highlands masa hari kedua puasa hari tu. Dia beli empat batang. Dua batang besar dan dua batang kecil. Dua batang besar tu, aku suruh dia bawa balik manakala dua batang kecil tu, tinggal kat rumah ni.


Ini merupakan kali pertama aku siang sendiri rebung ni. Selalunya tengok mak aku je yang siang. Sekarang ni mak aku dah uzur, maka akulah yang kena belajar siang sendiri rebung ni. 


Gigih tu pi rakam video. Haha. Video ada goyang sikit la. Maklum la, sebelah tangan pegang handphone dan sebelah tangan lagi dok kelensetkan kulit luar rebung tu. Semua ni atas niat nak berkongsi apa yang aku buat. Kot la lepas ni ada orang lain boleh siang rebung sendiri. Jadinya, takde la buat alasan tak tau nak siang rebung ni. Heh.





Dah selesai buang kulit luar rebung tu, boleh la kikis atau buang pulak lapisan yang berwarna coklat tu. 





Hiris rebung senipis yang boleh. Jangan hiris tebal sangat. Takut nanti keras dan lambat empuk masa kita masak rebung tu.




Okay, dah siap dah. Rendam dalam periuk atau besen. Mak aku kata, tak payah letak garam.




Cara siang rebung ni lebih kurang sama macam cara siang jantung pisang. Kena buang kulit luar tu sampai kepada bahagian yang berwarna putih sahaja.


p/s: Aku ingat nak buat masak lemak cili padi ayam dengan rebung ni untuk menu berbuka puasa petang nanti.

Monday, May 29, 2017

Menu berbuka puasa hari pertama, kedua dan ketiga.

Assalamu'alaikum.

Menu berbuka puasa hari pertama, kedua dan ketiga.

Hari pertama berbuka puasa, aku masak asam pedas ikan jenahak berencahkan bendi, masak lemak cili padi daging berencahkan pucuk ubi, goreng kangkung dan buat kuih buah melaka. Adik aku beli sotong celup tepung dan tiga jenis air di bazar ramadan.






Hari kedua berbuka puasa pulak, aku buat bubur kacang hijau dan masak lemak cili padi ikan jenahak. Adik aku pulak bakar ikan terubok dan ikan cencaru. Tapi menu berbuka puasa hari kedua ni semuanya takde gambar. Aku tak sempat nak ambil gambar. Sibuk sangat. Letihpun ya jugak. Heh.


Hari ini pulak iaitu hari ketiga berbuka puasa, aku cuma buat sambal ikan kembung dan buat bubur jagung ni sahaja. Adik dan family dia dah balik ke rumah dorang. Makanya, menupun ala kadar sahaja la.




p/s: Alhamdulillah, aku masih lagi mampu untuk masak sendiri di rumah. Moga Allah terus berikan kesihatan yang baik kepada aku, mak aku, kaum keluarga aku, sahabat handai aku, jiran tetangga aku dan kita semua. Aamiin.

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)