Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Asam Pedas. Show all posts
Showing posts with label Asam Pedas. Show all posts

Wednesday, August 10, 2022

Masak asam pedas ikan cencaru.

 Assalamu'alaikum.

Masak asam pedas ikan cencaru.


Dah agak lama aku tak masak asam pedas ikan cencaru ni. Ni salah satu lauk kegemaran aku. Asam pedas aku versi ceroi. Aku tak suka asam pedas yang pekat likat semua tu. Pada aku, asam pedas aku lagi sedap walaupun ceroi. Haha.













p/s: Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas rezeki ini.

.

Monday, May 29, 2017

Menu berbuka puasa hari pertama, kedua dan ketiga.

Assalamu'alaikum.

Menu berbuka puasa hari pertama, kedua dan ketiga.

Hari pertama berbuka puasa, aku masak asam pedas ikan jenahak berencahkan bendi, masak lemak cili padi daging berencahkan pucuk ubi, goreng kangkung dan buat kuih buah melaka. Adik aku beli sotong celup tepung dan tiga jenis air di bazar ramadan.






Hari kedua berbuka puasa pulak, aku buat bubur kacang hijau dan masak lemak cili padi ikan jenahak. Adik aku pulak bakar ikan terubok dan ikan cencaru. Tapi menu berbuka puasa hari kedua ni semuanya takde gambar. Aku tak sempat nak ambil gambar. Sibuk sangat. Letihpun ya jugak. Heh.


Hari ini pulak iaitu hari ketiga berbuka puasa, aku cuma buat sambal ikan kembung dan buat bubur jagung ni sahaja. Adik dan family dia dah balik ke rumah dorang. Makanya, menupun ala kadar sahaja la.




p/s: Alhamdulillah, aku masih lagi mampu untuk masak sendiri di rumah. Moga Allah terus berikan kesihatan yang baik kepada aku, mak aku, kaum keluarga aku, sahabat handai aku, jiran tetangga aku dan kita semua. Aamiin.

Tuesday, December 15, 2015

Resepi: Asam pedas ikan patin bersama terung telunjuk...

Assalamu'alaikum...

Resepi: Asam pedas ikan patin bersama terung telunjuk...

Ini merupakan kali pertama aku masak asam pedas ikan patin ni.. Selalunya, ikan patin ni orang buat masak tempoyak tapi disebabkan aku sudah jemu nak makan patin tempoyak ni, tu yang aku cuba masak asam pedas pulak.. Sebetulnya, asam pedas ni memang kegemaran aku jika nak dibandingkan dengan masak lemak cili api atau kari.. Cumanya, asam pedas versi aku kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. Aku pilih yang sedang-sedang sahaja.. hehh..


Sebenarnya, ikan patin ni kakak aku bawa balik ke sini.. Ikan patin ni opis dia yang jual.. Katanya ikan patin sangkar dari Kerdau.. Masa kat sini hari tu, dia kata nak masak tempoyak tapi aku kata aku dah jemu makan patin tempoyak.. Maka, diapun masak la asam pedas patin ni.. Lepas je makan, terus aku tersuka tanpa sengaja pulak.. hehh..


Mahal ke murah..? Saja la tanya.. hehe..



^
Besar, kan..? Tengok warna isi ikan yang masih lagi merah walaupun dah hampir dua bulan aku simpan di dalam freezer.. Aku masak separuh je dulu.. 
v



^
Bahan tumbuk.. Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup dan serai..
v


 Semua ni hasil dari keliling rumah..



 ^
Air asam jawa dan cili kering kisar..
v



Okay, bahan sudah diperkenalkan.. Sekarang masa untuk menumis dan seterusnya memasak asam pedas patin ni..



^
Panaskan minyak.. Kemudian, tumiskan bahan tumbuk tadi.. Kacau sebati dan tunggu hingga naik bau.. Lepas tu, masukkan pula cili kering kisar..
v



^
Kacau rata dan tunggu hingga pecah minyak.. Lepas tu, terus je masukkan air asam jawa ikut banyak yang kita nak bersesuaian dengan kuantiti bahan tumbuk tadi..
v



^
Kacau kuah dan tunggu hingga mendidih agak lama sedikit supaya kuah betul-betul masak.. Kemudian, masukkan ikan patin tadi.. Aku masak separuh je ikan patin ni.. 
v



^
Lepas tu, terus je masukkan daun kesum, bunga kantan dan terung telunjuk.. Kacau sebati..
v



^
Biarkan beberapa minit lagi sehingga terung telunjuk sudah kelihatan lembut.. Kemudian, masukkan garam dan kacau rata perlahan-lahan.. Tutup api dapur..
v



^
Okay, dah siap dah masak asam pedas ikan patin bersama dengan terung telunjuk versi aku..
v



Selamat mencuba.. Itupun jika nak cuba la, kan.. hehh..


p/s: Alhamdulillah... Masak sendiri lebih menjimatkan.. Lagi jimat jika sayur tu semua kita tanam sendiri.. Ikan patin tu je yang tak boleh nak bela sendiri.. hehe..

Thursday, October 29, 2015

Asam pedas ikan cencaru rencah bendi...

Assalamu'alaikum...

Asam pedas ikan cencaru rencah bendi...


Ini semalam punya cerita tapi baru sekarang aku nak bercerita.. hihi.. Ni la dia asam pedas ikan cencaru yang aku masak untuk tengahari semalam.. Aku lawankan asam pedas tu dengan bendi.. 


Jom layan gambar.. Aku memang suka entri bergambar ni.. Mujurlah takde kamera canggih manggih.. Kalau ada, mau dok kelek kamera je.. kehkehkeh...


 Ni watak utama.. hehe.. Siang dan bersihkan ikan cencaru.. Telur tu aku suka.. ahaha...



^
Bawang putih, bawang merah dan halia.. Tumbuk je.. Nak jimat letrik punya pasal.. :p
v



^
Air asam jawa dan cili kering kisar sendiri...
v



^
Daun kesum dan bunga kantan ni jiran depan rumah punya.. Nak mintak daun kesum je tapi jiran tu offer sekali bunga kantan.. Alhamdulillah.. Dan juga bendi. Yang ni beli kat pekan sehari..
v



Okay, bahan-bahan sudah diperkenalkan.. Sekarang moh la kita sinsing lengan menumis pulak.. hikhikhik...


 Mula-mula sekali, panaskan minyak... Lepas tu masukkan bahan tumbuk tadi.. Tumis dan kacau hingga naik bau...


 Lepas tu, masukkan pula cili kering kisar.. Kacau dan tunggu hingga pecah minyak...


Ni dah pecah minyak dah.. Minyak dah bertakung kat atas..


 Kemudian, masukkan air asam jawa.. Kacau dan tunggu kuah mendidih..


 Lepas tu, masukkan ikan cencaru... Kacau sedikit biar ikan tenggelam..


Kemudian, masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.. Kacau sebati dan tunggu hingga kuah mendidih sedikit..


 Akhir sekali masukkan bendi dan garam secukup rasa.. Kacau-kacau sikit biar garam sekata...


Okay, dah siap dah... Mudah je, kan..? Dah boleh makan dah.. 


p/s: Alhamdulillah.. Licin satu periuk... hihi...

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)