Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Cauliflower. Show all posts
Showing posts with label Cauliflower. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

Angkara siapakah ini?

Assalamu'alaikum.

Angkara siapakah ini?


Dalam minggu lepas, aku dok tertanya-tanya sendiri; kenapa daun pokok bunga kobis aku ni jadi macam ni? Mulanya ingatkan kena gigit dek siput babi ataupun belalang sebab ada jumpa dorang kat pokok sawi berdekatan.





Pagi tadi, aku tengok makin banyak daun bunga kobis ni yang rongak. Ish, tak boleh jadi ni. Daun ni dah la sedap buat goreng. Rasa ralat jugak apabila daun dia dah rosak macam tu. Maka, belek-belek la daun tu tapi masih tak jugak jumpa suspek.


Geram punya fasal, akupun potong la satu pokok bunga kobis tu. Masa pegang bahagian yang kena potong tu la baru nampak ulat hijau tu sebab pegang terbalik. Ooo.. Rupanya dorang sembunyi di bawah daun. Patut la tak jumpa. Memang selamat jalan romeo la jawabnya. 






Daun yang elok tu, kita ambil la buat goreng. Jangan pulak dibuang. Tak baik membazir.




Dua gambar yang kat bawah ini merupakan pokok bunga kobis yang masih ada. Lepas ni, kena semai yang baru pulak.





Daun pokok bunga kobis ni sedap dibuat goreng. Kadang-kadang nak tunggu dia keluar bunga tu makan bulan jugak. Lepas tu, bunga dia alahai, sebesar penumbuk je. Baiklah buat goreng ketika pokoknya masih muda. Dapat jugak jimat duit dapur, dah tak payah dah beli sayur hijau.



p/s: Hidup kita ni, kena bijak merancang lebih-lebih lagi yang melibatkan soal kewangan. Dapat jimat dua tiga ringgit sehari untuk duit sayur, pun dah memadai dah. Sebab itulah kita kena rajinkan diri untuk tanam sendiri di rumah.
.

Monday, January 15, 2018

Menu ringkas yang sedap baq ang!

Assalamu'alaikum.

Menu ringkas yang sedap baq ang!

Tu dia! Tajuk entri macam apa je. Haha.




Aku tak tau nak letak nama apa untuk resepi aku ni. Oleh itu, aku letak nama resepi ni, ikan tongkol goreng serai je dah la. Boleh je gunakan ikan lain seperti ikan cencaru atau ikan kembung. 



Aku ambil daun pokok bunga kobis ni. Sedap weii goreng daun dia.


Cara aku masak resepi ni mudah ya amat aihh.. Pokoknya, kena la rajin masuk dapoq. Kalau dah malaih, satu kerjapun tak menjadi. Dok la melingkaq macam ulaq kena palu. Tambah-tambah sekarang ni musim hujan. Lagi seghonok la melingkaq sakan. Heh.




1 ekor ikan tongkol atau 3 ekor ikan cencaru.
1 biji bawang besar - jika saiz kecil, gunakan 2 biji.
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
1 batang serai
3-4 biji kentang
1 biji limau kasturi - buang biji dia
5 pelepah/helai daun pokok bunga kobis
2 sudu makan sos tiram (Wajib letak. Kalau tak letak, tak sedap)
Garam sedikit sahaja (Tak nak letakpun takpe)


Cara nak buat; 

1- Bersihkan ikan. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng. Jangan goreng terlalu garing. Nanti dia keras. Ketepikan.

2- Kupas kentang dan potong macam wedges. Goreng sampai empuk. Ketepikan.

3- Bawang besar tu dihiris. Ikut suka la nak hiris macam manapun. Ketepikan. 

4- Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan serai. Ketepikan. 

5- Panaskan kuali dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Goreng hingga naik bau. 

6- Masukkan pula hirisan bawang besar. Kacau-kacau dan masukkan pula daun bunga kobis tadi. Kacau lagi dan terus je masukkan sos tiram.

7- Masukkan pula perahan limau kasturi. Kacau sebati dan curahkan terus ikan dan kentang yang telah digoreng tadi.

8- Kacau rata. Jika nak ada kuah, boleh la masukkan sedikit air masak. Rasa dulu asam garamnya sebelum tutup api dapur.

9- Siap! Dan boleh la dihidangkan. 

10- Tunggu apa lagi! Jom la makan! Haha.




Hat gambaq bawah ni, menu semalam. Sama je resepinya. Cuma hat ni takdak sayoq dengan kentang. Polos gitu! Tapi sedapnya hingga menjilat dasar bekas pyrex tu. Haha.






p/s: Meh la cuba resepi aku ni. Serius sedap weii.. Hehe.
.

Sunday, November 19, 2017

Masa untuk menuai hasil.

Assalamu'alaikum.

Masa untuk menuai hasil.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Pagi ini, gigih aku pi telungkupkan polybag yang aku tanam halia tu. Sebenarnya dah lama dah nak ambil isi halia ni tapi aku ni jenis malas sikit nak buat kerja korek-mengorek ni. Namun disebabkan isi halia tu dah mula membusuk, maka akupun terpaksa la rajinkan diri. Sekali dua polybag terus aku kerjakan. Haha.




Alhamdulillah. berkat kerajinan aku tu (ahakkk), maka dapat la isi halia banyak ini. Separuh dah aku kirimkan pada kakak ipar melalui anak dia yang kebetulan balik ke sini. 




Lepas tu, aku kerjakan pulak bunga kobis ni. Ingat nak tunggu dia besar lagi tapi bak kata seorang ahli grup kebun, bunga kobis yang kita tanam tak akan besar macam yang kita beli kat pasar tu. Makanya, sebelum bunga kobis ni rosak macam hari tu, baiklah aku ambil cepat-cepat. Kecilpun kecil la haiihh. Janji hasil dari tanam sendiri.



^
Tu dah ada tanda-tanda nak membusuk dah tu. Tengok warna dia dah tak putih dah. Mujurlah aku cepat perasan. Kalau tak, melepas lagi la jawabnya.
v



Gambar kat bawah ni contoh bunga kobis aku yang dah rosak tu. Sayang betul. Tapi nak buat macam mana, dah takde rezeki. Dia kena timpa dek air hujan. Tu yang dia jadi lembik dan busuk. 




Kemudian, aku potong pulak kobis bulat aku yang sebiji ni. Konon nak tunggu dia besar jugak tapi dok pi dok mai, dok lagu tu jugak, tak besaq-besaq. Sebelum dia rosak sama, baiklah aku potong dia. Haha.





Alhamdulillah. Ada jugak rezeki untuk aku hasil dari kebun mini aku tu. 


p/s: Rasanya lepas ni nak tanam sayur yang cepat membuahkan hasil macam sawi, bayam, kacang panjang dan kangkung. Bunga kobis dan kobis bulat ni lambat nak tunggu hasil dia. Makan berbulan-bulan lamanya. Tapi disebabkan benih masih ada lagi, takpe la, semai dan tanam je la. Tak baik pulak membazir benih, kan? Heh.

Monday, November 6, 2017

Yeah..! Buat apa yang kita suka.

Assalamu'alaikum.

Yeah..! Buat apa yang kita suka.


Ni la namanya takde kerja, cari kerja. Habis semua tempat nak letak pasu sayur. Conquer baik punya. Heh.


Sebelum tu, susun kat tempat lain tapi sebab tempat tu bawah awning dan tidak sepenuhnya mendapat sinaran cahaya matahari, maka ubah la ke sini pulak. Tempat kosong, kan? Apa lagi, kita kasi je la penuh. Hik.







Kemudian, tambah pulak satu para kat tingkap stor tu. Gigih tu pergi menukang dalam hujan gerimis. Gigih jugak pi angkut pasu berisi anak pokok kailan tu dari sebelah sana bawa ke sini. Memang cari kerja sungguh. Ni pun rasa macam nak tambah lagi satu para kat atas tu pulak. Haha.






Konsep kat sini adalah; Buat apa yang kita suka. Macam aku, sebab dah suka tanam sayur ni, maka inilah yang aku buat. Yang penting, aku tak kacau kawasan orang. Aku buat projek ni kat dalam kawasan rumah aku je. Heh.


p/s: Hendak, seribu daya. Tak hendak, seribu alasan. 

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)