Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Limau Kasturi. Show all posts
Showing posts with label Limau Kasturi. Show all posts

Thursday, January 3, 2019

Kemas kini kebun mini.

Assalamu'alaikum.

Kemas kini kebun mini.

Hari ini, aku agak sibuk sedikit. Pagi sampai pukul dua petang, aku dok kemaskan kebun mini aku ni. Itupun belum selesai lagi mengemas. Kena sambung esok pula. InsyaAllah.


Aku punggah pokok keledek yang aku tanam dalam pasu hari tu. Ingat nak tanam pokok lain pula. Tengah dok fikir nak tanam pokok apa. Rasanya nak tanam jagung manis sebab benih dia ada lagi. Janganlah benih tu rosak. Rugi je nanti.





Lepas punggah keledek, aku punggah pula bayam brazil, halia dan pegaga nyonya. Aku keluarkan dari pasu dan letak atas tanah. Aku nak guna pasu panjang tu sebab nak tanam sawi pula.









Kemudian, ubah pula kedudukan pasu yang ada pokok limau kasturi ni. Pokok ni aku baru tukar pasu dan tukar sekali tanah dia. Pasu lama tu terlampau besar dan tanah dia pula tak serap air. Tu yang buatkan pokok limau tu terencat. Harapnya lepas ni dia subur balik semula la. Sayang pokok ni sebab dah lama dah mak aku tanam dalam pasu tu.




Pinggang dah mula rasa sakit dah ni tapi kerja memunggah pasu tak selesai lagi. Macam mana ni? Jadi, akupun minta la tolong abang aku untuk ubah pasu besar yang aku tanam asparagus tu ke tempat lain. Tempat lama ni dah nampak sesak sangat. Lagipun pokok asparagus tu semakin merimbun. Kesian pula kat dia sebab susah nak bernafas. Ehh..! 




Letak pasu asparagus kat sini pula. Harap dorang serasi di tempat baharu. Harap dorang rajin keluarkan rebung dan rajin juga keluarkan bunga betina. Selama ni asyik keluar bunga jantan je. Kalau ada bunga betina, boleh juga buat benih. Boleh juga biakkan lagi pokok asparagus ni. 






Botol minyak Saji ni pula, aku dah siap cuci dah semalam. Aku sidai sebab nak bagi dia kering. Nanti aku nak sapu cat kat luar botol tu. Ada la projek yang aku nak buat nanti. Heh.




Dan inilah hasil keledek yang aku tanam dalam pasu tu. Comel je dia punya isi. Jadi la. Dapat juga buat taik gigi. Hahaha.





Petangnya pula, aku restock pes sambal frozen sebab stok dah licin dah. Kuat pula aku menyambal kali ni. Heh. Dah ada pes frozen, kerja jadi mudah maaa.. Haha.


p/s: Hari yang meletihkan tapi berbaloi. Alhamdulillah.
.

Monday, January 15, 2018

Menu ringkas yang sedap baq ang!

Assalamu'alaikum.

Menu ringkas yang sedap baq ang!

Tu dia! Tajuk entri macam apa je. Haha.




Aku tak tau nak letak nama apa untuk resepi aku ni. Oleh itu, aku letak nama resepi ni, ikan tongkol goreng serai je dah la. Boleh je gunakan ikan lain seperti ikan cencaru atau ikan kembung. 



Aku ambil daun pokok bunga kobis ni. Sedap weii goreng daun dia.


Cara aku masak resepi ni mudah ya amat aihh.. Pokoknya, kena la rajin masuk dapoq. Kalau dah malaih, satu kerjapun tak menjadi. Dok la melingkaq macam ulaq kena palu. Tambah-tambah sekarang ni musim hujan. Lagi seghonok la melingkaq sakan. Heh.




1 ekor ikan tongkol atau 3 ekor ikan cencaru.
1 biji bawang besar - jika saiz kecil, gunakan 2 biji.
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
1 batang serai
3-4 biji kentang
1 biji limau kasturi - buang biji dia
5 pelepah/helai daun pokok bunga kobis
2 sudu makan sos tiram (Wajib letak. Kalau tak letak, tak sedap)
Garam sedikit sahaja (Tak nak letakpun takpe)


Cara nak buat; 

1- Bersihkan ikan. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng. Jangan goreng terlalu garing. Nanti dia keras. Ketepikan.

2- Kupas kentang dan potong macam wedges. Goreng sampai empuk. Ketepikan.

3- Bawang besar tu dihiris. Ikut suka la nak hiris macam manapun. Ketepikan. 

4- Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan serai. Ketepikan. 

5- Panaskan kuali dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Goreng hingga naik bau. 

6- Masukkan pula hirisan bawang besar. Kacau-kacau dan masukkan pula daun bunga kobis tadi. Kacau lagi dan terus je masukkan sos tiram.

7- Masukkan pula perahan limau kasturi. Kacau sebati dan curahkan terus ikan dan kentang yang telah digoreng tadi.

8- Kacau rata. Jika nak ada kuah, boleh la masukkan sedikit air masak. Rasa dulu asam garamnya sebelum tutup api dapur.

9- Siap! Dan boleh la dihidangkan. 

10- Tunggu apa lagi! Jom la makan! Haha.




Hat gambaq bawah ni, menu semalam. Sama je resepinya. Cuma hat ni takdak sayoq dengan kentang. Polos gitu! Tapi sedapnya hingga menjilat dasar bekas pyrex tu. Haha.






p/s: Meh la cuba resepi aku ni. Serius sedap weii.. Hehe.
.

Wednesday, November 22, 2017

Limau kasturi Omak den.

Assalamu'alaikum.

Limau kasturi Omak den.

Ni pokok limau kasturi Omak den. Omak den yang tanam pokok ni dulu. Anak pokok tu dio boli kek pokan sohari. Satu pokok ghogo ehh onam boleh hinggit. Dah lamo dah dio boli. Ghaso ehh ado la dalam ompek limo tahun sudah.




Eh, apahal pulak ter..........spiking Ghombau most wanted pulak ni. Hahaha. Inilah yang dikatakan; tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat lahir, kan? Jangan lupa asal usul okay. ❤️❤️❤️





Sebenarnya pokok limau kasturi ni hampir-hampir menemui ajalnya sebab dibiarkan tanpa penjagaan yang sempurna. Masa tu aku macam malas nak ambil kisah bab pokok kat keliling rumah ni. Tapi lepas tu aku kembali insaf dan mula jaga balik. Insaf sebab apa? Sebab sayang pulak biarkan pokok ni terbiar macam tu je. Dah la masa beli tu harga dia boleh tahan mahal jugak.




Macam-macam jenis baja yang aku letak untuk 'hidupkan' semula pokok limau kasturi Omak aku ni. Ada satu masa tu, aku tabur aji no moto dalam secubit dua kat dalam pasu dia. Alhamdulillah, tak lama lepas tu, mulalah keluar daun dan pucuk baru diikuti dengan keluar bunga dan seterusnya menjadi buah. 


Masa mula-mula keluar pucuk baru tu, banyak jugak daun yang kena makan dek ulat hijau tu. Memang selamat la kena picit dengan aku. Aku penat-penat tunggu daun tu keluar, dia senang-senang pulak pi makan daun tu. Mana la aku tak geram.


Aku memang tak pakai sangat buah limau kasturi ni. Omak aku dulu yang rajin guna sebab Omak selalu beli ikan sungai. Omak gunakan buah limau kasturi ni untuk cuci ikan sungai tu. Aku takde la nak beli ikan sungai semua tu. Tak rajin aku aihh nak mengisahkan dorang.. Heh.


p/s: Kalau ada jiran yang minta sebiji dua untuk buat sambal belacan, aku bagi je la. Kalau tak, duduk je la buah tu kat pokok. Aku tak makan sambal belacan. Buat airpun aku malas sebab aku ada gastrik. Tak berani nak makan atau minum benda yang terlebih masam ni. 

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)