Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kacang Hijau. Show all posts
Showing posts with label Kacang Hijau. Show all posts

Thursday, May 25, 2017

Buat kuih frozen untuk persediaan berbuka puasa.

Assalamu'alaikum.

Buat kuih frozen untuk persediaan berbuka puasa.

Petang semalam, aku rebus kacang hijau ni dan malam tadi, aku gentel untuk dijadikan kuih frozen. Tak sampai setengah kilopun kacang hijau yang aku gunakan. 


Adunan kuih kacang aku kali ni agak lembik. Malas la nak letak banyak tepung gandum. Apabila lembik, memang tak boleh la nak bentukkan terus. Makanya, aku bulat-bulatkan dia dan susun dalam dulang. Nanti masa nak goreng, baru aku leperkan dia kat tapak tangan, lepas tu terus je terbalikkan tapak tangan tadi untuk jatuhkan kuih kacang tu ke dalam bancuhan batter. Lepas tu, terus je angkat kuih kacang tadi dengan menggunakan senduk dan masukkan ke dalam kuali. Tak boleh guna jari masa nak masukkan ke dalam kuali sebab lembik. 




Kali ini, batter dia aku gunakan campuran tepung gandum, gula, garam, serbuk kunyit dan air. Biasanya aku gunakan tepung beras. Kali ni saja la nak ubah sikit resepi tu. Sukatannya? Hentam saja la labuuu...! Haha. Kena sengetkan sedikit bekas berisi batter ni supaya senang nak kaut kuih yang kita masukkan ke dalamnya. 







Sementara tunggu adunan kuih kacang tu sejuk, aku buat pulak inti untuk kuih cucur badak ni. Ini merupakan kali kedua aku buat inti ni. Kali pertama buat dulu, tak sedap. Huhu. Kali ni, okay la sikit rasa dia tapi masih tidak memuaskan hati. Tapi tidak mengapa, nanti cuba buat lagi. Practice makes perfect, right? Resepi? Google aje la. Apa lagi. Haha.




Inti cucur badak ni boleh jugak digunakan untuk buat pulut panggang ataupun buat cencaru sumbat. Nak buat cucur badak, keledek belum beli lagi, makanya kenalah simpan dulu inti ni dalam peti sejuk. 


p/s: Buat sendiri lebih menjimatkan. Nak dengan tak nak je buat.

Saturday, December 24, 2016

Pertama kali buat kuih kasturi/kuih kacang frozen.

Assalamu'alaikum.

Pertama kali buat kuih kasturi/kuih kacang frozen.


Ini merupakan kali pertama dalam percubaan aku untuk membuat kuih kacang frozen ni. Memandangkan harga kuih ni dah mahal iaitu RM2 untuk lima biji kuih yang kecil, baiklah aku belajar buat sendiri. Kuih kacang aku ni takde sukatan khas sebab aku main redah je buat. Haha.


 Mula-mula, aku rendam kacang hijau ni dalam masa 2 jam. Lepas tu, aku mulakan sesi merebus. Apabila kacang dah mula pecah, aku masukkan 4 ketul gula kabung/manisan yang kecil tu dan sedikit garam halus. Biarkan air kering sedikit sebelum masukkan kelapa muda parut. Kacau sebati dan tutup api dapur. Biarkan sejuk barulah masukkan tepung gandum.


 Batter untuk celupkan kuih kacang. Aku gunakan campuran tepung beras, sedikit garam, sedikit kunyit serbuk dan air. Bancuh sebati. Bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair tapi bancuhan batter aku ni agak pekat sedikit. 


Disebabkan adunan agak lembik walaupun sudah dicampurkan dengan tepung gandum, maka aku gunakan kaedah seperti di dalam gambar.
v


Untuk menggoreng, mula-mula aku letakkan sedikit minyak dalam kuali non stick ni tapi lepas tu, aku sapu minyak tu dan goreng separuh masak tanpa minyak. Tak nak la gunakan minyak sebab nanti nak kena goreng guna minyak yang banyak pulak.


 ^
Goreng separuh masak tanpa minyak. Masa ni batter agak pekat sedikit.
v


 ^
Ni la hasilnya kuih kacang frozen aku yang digoreng tanpa minyak. Dapat banyak tu. Berbaloi buat sendiri daripada beli yang dah siap. Haha.
v


p/s: Hendak, seribu daya. Tak hendak, seribu dalih. Semuanya bergantung pada kemahuan diri sendiri samada rajin atau malas. Jika nak berjimat, eloklah buat sendiri.

Wednesday, December 21, 2016

Den dah torai tanam dah...! Part 2.

Assalamu'alaikum.

Den dah torai tanam dah...! Part 2.


Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Cuba lagi untuk kali yang kedua. Haa, ni nak cuba la ni sebab masa kali pertama dulu, lain jadinya. Haha.


Ini merupakan kali kedua dalam percubaan menanam togey. Masa kali pertama dulu, tak menjadi dan aku terus tanam togey tu dan jadilah dia pokok kacang hijau.  Harapnya, kali ni aku berjaya la. Malu weii tanam togeypun tak lepas. Hahaha.


Kali ni tanam togey buat cara lain pulak. Kan macam-macam cara yang ada. Akupun ikut je la cara aku. Heh.


Aku mulakan eksperimen ni pada hari Ahad, 18/12/2016. 


 Macam biasa la. Rendam kacang hijau semalaman. Buang biji kacang hijau yang timbul.


 Keesokannya, toskan kacang hijau tadi.


 Sementara tu, sediakan tapisan untuk jadi tapak semaian pokok togey nanti. Lapikkan dengan beberapa helai tisu dapur.


 Kemudian, taburkan kacang hijau tadi ke dalam tapak semaian dan ratakan kacang hijau tersebut.


 Seterusnya, ambil beberapa helai tisu dapur dan tutup kacang hijau tadi.


 Tutup semua bahagian.


 ^
Kemudian, letakkan tapisan tadi di atas sehelai kain batik dan bungkuslah bekas tu sekali. Akhir sekali, letakkan di dalam tempat gelap. Macam aku punya ni, aku letakkan dalam kabinet dapur.
v

--------------
Update.
21/12/2016


Pagi selepas subuh, terus aku tengok pokok togey aku tu dan apabila aku buka je bungkusan kain tu, terkejut la jugak sebab tengok ada pokok togey yang dah tinggi dan menolak kertas tisu penutup tu. Sepatutnya kena tindihkan sikit atas togey ni supaya pembesarannya tidak tinggi tapi aku tak tindihpun. Namanya eksperimen, maka aku buat aje la ikut cara aku. Haha.







Siram pokok togey ni tiga kali sehari, pagi, petang dan malam. Buka lipatan kain batik tadi untuk menyiram. Siram je atas lapisan tisu yang tutup togey tu. Toskan air dia ataupun letakkan bekas berisi togey tu atas besan supaya air siraman tu menitis keluar. Lepas siram tu, bungkus balik semula dan letakkan ke tempat gelap tadi lagi sekali. Buat berulang kali selama tiga hari berturut-turut. 


Aku semai pokok togey ni dengan menggunakan kacang hijau dalam gambar kat bawah ni yang merupakan hasil dari eksperimen yang aku buat dulu. Kisahnya ada di sini dan jugak di sini





Aku bagi togey ni kat jiran sebelah. Lepas tu, aku bagi sekali satu bungkus bihun. Aku cakap kat akak tu; nanti akak goreng la bihun ni. Lepas tu, bagi la kita semangkuk. Akak tu tanya nak letak rencah apa. Aku jawab; alah, letak ikan bilispun takpe. Sempoi je dah la. Hahaha.


p/s: Lepas ni, nak buat eksperimen lagi sebab aku masih tak puas hati dengan hasil kali ini. Kali ni, aku nak gunakan kacang hijau yang beli kat kedai tu pulak dan aku nak tindih bekas semaian pokok togey tu nanti dengan benda yang berat sikit. Nak jugak tengok macam mana hasilnya nanti.

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)