Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Inti Kelapa. Show all posts
Showing posts with label Inti Kelapa. Show all posts

Friday, February 22, 2019

Kuih gulung bercorak.

Assalamu'alaikum.

Kuih gulung bercorak.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, berjaya juga aku buat kuih gulung bercorak ni. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba buat tapi rasa tak berani tu asyik la datang mengacau. Tu yang manjang tertangguh tu.




Kuih gulung aku kali ni takde gunakan sukatan khas. Aku hanya main agak-agak je. Bahan yang aku gunakan cuma tepung gandum, sedikit garam, sedikit serbuk kunyit (optional), sebiji telur, sedikit minyak masak dan air. Godek-godek guna whisk. Bancuhan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Sebab tu aku kata agak-agak je. Kuali non stick tu, kali pertama je sapukan dengan sedikit minyak. Lepas tu, tak payah letak minyak dah sebab dalam bancuhan tu dah letak minyak.




Aku ingatkan susah sangat nak buat corak pada kuih gulung atau kuih ketayap tu. Rupanya senang je labu oii...! Aku sekadar ambil sesenduk dari bancuhan asal dan aku titikkan setitik pewarna merah. Kacau la bagi sebati. Letak sikit minyak dulu dalam kuali non stik. Lepas tu, ikut suka kita la nak buat corak macam mana. Sebelum corak tu garing, tuangkan pula bancuhan yang asal dan buatlah macam biasa. 




Abaikan gulungan yang tak kemas tu. Dan abaikan juga kuih yang gemok-gemok tu. Macam mana tuan yang buat, macam tu la kejadian kuih tu. Haha. Yang penting, makan tiga ketul je dah kenyang sekejap. Kenyang lima belas minit je lepas tu lapar balik. Kah..!





Aku selalu tengok Kak Pah buat kuih ketayap bercorak ni. Dari dahulu lagi aku suka tengok hasil yang Kak Pah buat. Sangat halus dan berseni. Jauh betul beza kuih gulung Kak Pah dengan kuih gulung aku. Ibarat langit dan bumi. Haha. Tapi takpe, at least Kak Pah dah beri satu inspirasi kat aku. Terima kasih Kak Pah.


p/s: Tak cuba, tak tahu, kan? Lebih baik mencuba daripada tidak mencuba langsung. Nak takut apa? Kalau corak tu tak jadi, kuih tetap boleh dimakan. Heh.
.

Monday, March 19, 2018

Pau atau roti kukus?

Assalamu'alaikum.

Pau atau roti kukus?

Sebenarnya aku nak cuba buat pau walaupun tepung pau takde. Tak pernahpun beli tepung pau ni. Hehe. Dalam pada tu, berkira-kira jugak nak jadikan dia roti. Tapi mungkin sebab rasa nak mengukus tu lagi kuat, maka secara kebetulan, letrik takde la pulak. Haha. Maka, jadilah dia pau. Sedap jugak. Lain kali kita kukus je la. Jimat letrik. 🤭🤭🤭
















Esoknya, aku buat lagi sekali. Sementelah anak-anak buah ada balik sempena cuti sekolah ni, tu yang aku buat tu. Kali ni aku letak inti kelapa dan inti coklat chip. Sukatan bahan untuk pau aka roti kukus aku ni aku main hentam je. Aku adun macam nak buat roti. Cumanya, aku tambah sikit baking powder.







Makan masa baru lepas masak ni sedap la sebab dia lembut dan gebu. Tapi kalau nak makan untuk esoknya, kena la kukus balik semula. Sebab tu kalau tengok orang jual pau, kita akan nampak pau tu sentiada dalam pengukus yang dipanaskan.


p/s: Alhamdulillah. Habis semuanya. Takde la membazir. Untung buat sendiri. Kalau nak beli, sebiji besar tu mau dua ringgit harga dia.
.

Tuesday, December 5, 2017

Resepi kuih koci labu.

Assalamu'alaikum.
 
Resepi kuih koci labu.
 
Alhamdulillah. Sekali lagi aku buat kuih koci labu ni. Kali ni aku buat seorang diri. Hari cuti maulidur rasul hari tu, buat sama-sama dengan kakak dan anak buah. La ni depa dah balik. Kenalah aku buat sorang-sorang. :D
 
 
Sebenarnya, ada baki labu dalam suku buah kat dalam peti sejuk. Inti kelapa dengan dia punya batter pun ada lagi sikit. Malah daun pisang yang dah siap berlayurpun ada lagi bakinya. Jadi, daripada biarkan semua tu terbuang, baiklah aku buat kuih koci tu. Syukurlah mood aku tengah baik. Maka, rajin la pi dapur main masak-masak.
 
 
 Kupas labu, bersihkan, potong kecil-kecil dan rebus sehingga empuk. Toskan dan lenyek. Tos lama sikit supaya air tu habis menitis.
 
 
 Inti kelapa. Boleh search cara nak buat inti kelapa tu.
 
 
 Bancuhan untuk batter. Masak pati santan bersama dengan sedikit garam dan tepung jagung. Bancuh dulu dan kacau atas dapur sehingga sedikit pekat. Batter ni untuk menggantikan minyak. Jika guna batter ni, tak payah dah sapu daun pisang dengan minyak.
 
 
 Daun pisang yang telah dilayur. Gunakan bahagian bawah daun pisang tersebut.
 
 
 ^
Campurkan tepung pulut ke dalam labu yang telah dilenyek. Adun macam kita buat kuih buah Melaka. Tambah dua atau tiga sudu makan tepung gandum. Takde la nanti kuih koci kita tu keras.
v

Jika nak cepat, buat dulu bulat-bulat kecil ni sampai adunan habis. Lepas tu, barulah letak inti kelapa di dalamnya. Dan terus la sapukan batter pada daun pisang.
v


 Susun rapat-rapat dalam pengkukus dan kukuslah sehingga kuih koci masak. Anggaran masa mengukus adalah antara 20-25 minit. Tapi jika awal-awal lagi dah panaskan air kukusan, mungkin dalam masa 15-20 minit je masa yang diperlukan bergantung pada api dapur masing-masing.
 
 
 ^
Dah siap! Alhamdulillah. Lembut je kuih koci aku ni. Heh.
v

 
 
p/s: Jika rajin, pasti ada ganjarannya. InsyaAllah. So, jom la kita main masak-masak. Haha.
 



Thursday, May 25, 2017

Buat kuih frozen untuk persediaan berbuka puasa.

Assalamu'alaikum.

Buat kuih frozen untuk persediaan berbuka puasa.

Petang semalam, aku rebus kacang hijau ni dan malam tadi, aku gentel untuk dijadikan kuih frozen. Tak sampai setengah kilopun kacang hijau yang aku gunakan. 


Adunan kuih kacang aku kali ni agak lembik. Malas la nak letak banyak tepung gandum. Apabila lembik, memang tak boleh la nak bentukkan terus. Makanya, aku bulat-bulatkan dia dan susun dalam dulang. Nanti masa nak goreng, baru aku leperkan dia kat tapak tangan, lepas tu terus je terbalikkan tapak tangan tadi untuk jatuhkan kuih kacang tu ke dalam bancuhan batter. Lepas tu, terus je angkat kuih kacang tadi dengan menggunakan senduk dan masukkan ke dalam kuali. Tak boleh guna jari masa nak masukkan ke dalam kuali sebab lembik. 




Kali ini, batter dia aku gunakan campuran tepung gandum, gula, garam, serbuk kunyit dan air. Biasanya aku gunakan tepung beras. Kali ni saja la nak ubah sikit resepi tu. Sukatannya? Hentam saja la labuuu...! Haha. Kena sengetkan sedikit bekas berisi batter ni supaya senang nak kaut kuih yang kita masukkan ke dalamnya. 







Sementara tunggu adunan kuih kacang tu sejuk, aku buat pulak inti untuk kuih cucur badak ni. Ini merupakan kali kedua aku buat inti ni. Kali pertama buat dulu, tak sedap. Huhu. Kali ni, okay la sikit rasa dia tapi masih tidak memuaskan hati. Tapi tidak mengapa, nanti cuba buat lagi. Practice makes perfect, right? Resepi? Google aje la. Apa lagi. Haha.




Inti cucur badak ni boleh jugak digunakan untuk buat pulut panggang ataupun buat cencaru sumbat. Nak buat cucur badak, keledek belum beli lagi, makanya kenalah simpan dulu inti ni dalam peti sejuk. 


p/s: Buat sendiri lebih menjimatkan. Nak dengan tak nak je buat.

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)