Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Mee Kuning. Show all posts
Showing posts with label Mee Kuning. Show all posts

Thursday, February 7, 2019

Mee sup sempoi..

Assalamu'alaikum.

Mee sup sempoi..


Tengah hari ni, makan mee sup aje la. Buat aje la ikut cara sendiri dan gunakan aje la bahan yang ada di dapur. Tekak sendiri yang nak makan, tak payah la nak beria sangat. Heh.


 ^
Ini semuanya kakak yang beli. Terima kasih sister!
v

 ^
Tumbuk semua bahan dan kiub ayam ni sekali.
v

 ^
Sayur dan mee kuning yang sudah dicelur sekejap.
v








Sebenarnya, mee kuning tu ada lebih sebungkus. Kakak aku beli tiga bungkus di pekan sehari hari Selasa hari tu. Dia dah goreng dua bungkus. Diapun dah balik ke rumah dia dah. Jadinya, akupun buat la mee sup ni. Jemu pulak asyik makan mee goreng je. Sesekali nak jugak ubah selera, kan?


Cuti raya cina baru ni, kakak yang keluarkan belanja dapur. Dia jugak yang masak-masak. Aku cuma tolong sikit-sikit je. Dia rajin menyumbang tenaga dan bahan basah. Dia jugak ada belikan aku langsir untuk rumah ni. Katanya langsir untuk raya. Alhamdulillah. Moga Allah murahkan rezeki kepada dia dan keluarga. Aamiin. 


Dia jugak rajin jolok buah manggis untuk dibawa balik. Siapa malas, melopong la jawabnya. Haha. Yang dalam gambar ni, aku jolok pagi tadi. Sedapnya makan manggis fresh dari pokok. Alhamdulillah. Tak payah susah-susah mencari dan membeli. Terima kasih pada abah dan mak yang menanam pokok buah kat belakang rumah ni. Al-Fatihah untuk arwah abah.




p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah kurniakan.
.

Friday, August 4, 2017

Jom masak mee goreng!

Assalamu'alaikum.

Jom masak mee goreng!

Hari Selasa baru ni, aku ke pekan sehari. Beli la tiga bungkus mee kuning dan taugeh seringgit. Keesokannya, hari Rabu, aku goreng sebungkus mee kuning tu. Sayur sawi ni aku ambil dari kebun mini aku. Alhamdulillah, jimat la dua ringgit untuk sayur sawi ni. Heh.







Pagi ini, hari Jumaat ini, aku goreng lagi sebungkus mee kuning tu. Kali ni berencahkan kangkung dan juga sawi, juga dari kebun mini aku. Jangan la pelik tengok aku masukkan kangkung dalam mee goreng. Biasa je tu. Lebih-lebih lagi bagi orang kampung macam aku ni. Jika boleh, semua sayur kampung nak dimasukkan sekali. Haha.









Jom la kita berkebun dan masak sendiri. Sekurang-kurangnya, kita boleh berjimat seringgit dua. Beli sebungkus mee goreng kat kedaipun dah empat lima ringgit harga dia. Belum masuk telur mata kerbau tu lagi. Dia punya mee sikit pulak tu. Sayur pulak boleh kira berapa helai. Nasib tak baik, cuma ada taugeh je dua tiga urat. 


p/s: Okay, nak cerita fasal ni je. Heee...

Saturday, December 12, 2015

Cara buat mee kuning dengan menggunakan mesin Falcon...

Assalamu'alaikum...

Cara buat mee kuning dengan menggunakan mesin Falcon...

Aku ada mesin Falcon ni.. Dah bertahun dah aku beli tapi sangatlah jarang aku gunakan.. Seingat aku la, ada la tiga empat kali kot aku gunakan untuk buat tart gulung dan buat roti.. Selebihnya, mesin ni kekal disimpan di dalam plastik sebab kotaknya sudah rosak.. Aku beli mesin ni secara main kutu seramai sepuluh orang.. Masa tu harga dia masih dalam harga promosi sebab mesin ni baru berada di pasaran.. Harga mesin ni pada ketika itu adalah RM750.. Sebulan cuma bayar RM75 sahaja..






Apabila tengok keadaan sekarang ni iaitu mee kuning yang dijual di pasaran tu macam-macam hal, takde logo Halal dan sebagainya, rasa macam nak buat mee kuning sendiri la pulak.. Cuma, aku ni ada satu sikap yang malas sikit iaitu malas sangat nak keluarkan mesin ni.. ahaha...


Walau apapun, aku akan usahakan agar sikap malas itu bertukar menjadi rajin demi kesihatan sejagat.. Yakin boleh..! Doakan sama ya.. hehe..


Bahan untuk buat mee:

500 gram tepung gandum
2 biji telur*
Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Air secukupnya* - aku rasa air tu mungkin dalam 250 ml
*Air dan telur dicampurkan sekali dan jadikan 250 ml


Siapa yang berminat nak beli mesin Falcon ni, boleh la cuba tanya kat fanpage ni.. Aku tak beli dengan dorang.. Aku cuma tolong promot je.. hehh...


p/s: Rajin membeli tapi tak rajin nak guna.. Aku la tu..! Kehkehkeh...

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)