Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Mee Sup. Show all posts
Showing posts with label Mee Sup. Show all posts

Thursday, February 7, 2019

Mee sup sempoi..

Assalamu'alaikum.

Mee sup sempoi..


Tengah hari ni, makan mee sup aje la. Buat aje la ikut cara sendiri dan gunakan aje la bahan yang ada di dapur. Tekak sendiri yang nak makan, tak payah la nak beria sangat. Heh.


 ^
Ini semuanya kakak yang beli. Terima kasih sister!
v

 ^
Tumbuk semua bahan dan kiub ayam ni sekali.
v

 ^
Sayur dan mee kuning yang sudah dicelur sekejap.
v








Sebenarnya, mee kuning tu ada lebih sebungkus. Kakak aku beli tiga bungkus di pekan sehari hari Selasa hari tu. Dia dah goreng dua bungkus. Diapun dah balik ke rumah dia dah. Jadinya, akupun buat la mee sup ni. Jemu pulak asyik makan mee goreng je. Sesekali nak jugak ubah selera, kan?


Cuti raya cina baru ni, kakak yang keluarkan belanja dapur. Dia jugak yang masak-masak. Aku cuma tolong sikit-sikit je. Dia rajin menyumbang tenaga dan bahan basah. Dia jugak ada belikan aku langsir untuk rumah ni. Katanya langsir untuk raya. Alhamdulillah. Moga Allah murahkan rezeki kepada dia dan keluarga. Aamiin. 


Dia jugak rajin jolok buah manggis untuk dibawa balik. Siapa malas, melopong la jawabnya. Haha. Yang dalam gambar ni, aku jolok pagi tadi. Sedapnya makan manggis fresh dari pokok. Alhamdulillah. Tak payah susah-susah mencari dan membeli. Terima kasih pada abah dan mak yang menanam pokok buah kat belakang rumah ni. Al-Fatihah untuk arwah abah.




p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah kurniakan.
.

Tuesday, January 19, 2016

Jangan kata akak tak payung.. hehe...

Assalamu'alaikum...

Jangan kata akak tak payung.. hehe...


Alhamdulillah... Sesungguhnya aku tak sangka yang resepi sambal kicap yang aku kongsikan kat grup MAHN mendapat sambutan yang memberangsangkan.. Ramai yang Like dan Share.. Malah sudah ada yang mencuba.. Terima kasih sangat-sangat pada semua.. Segala perkongsian itu aku halalkan.. Moga ia memberi serba sedikit manfaat kepada semua..




Jenuh juga aku nak reply segala komen.. Rasa macam jadi artis sekejap.. ekekeke... Tapi demi kawan-kawan yang memberi sokongan, aku usahakan juga untuk menjawab walaupun cuma setakat "okay, silakan share; boleh je share; okay, sama-sama" dan sebagainya.. Komenpun semuanya sangat berhemah dan aku sangat hargai komen sebegitu.. Alhamdulillah, moga akan terus ada komen-komen yang positif kat grup MAHN tu.. Dan aku sangat hargai segala komen yang sebegini.. 




Siapa yang belum mencuba untuk  buat sambal kicap ni, silalah buat ya.. Senang je nak buatnya.. Buat stok banyak-banyak dan simpan dalam peti ais.. Nak guna, tinggal ceduk je tapi pastikan setiap kali ceduk, guna sudu yang bersih.. Lepas tu, tutup bekas tu rapat-rapat dan simpan semula dalam peti sejuk.. Kalau betul cara jaga, sambal kicap ni boleh tahan berbulan-bulan lamanya.. Itupun jika jarang ceduk la.. Kalau selalu ceduk, takde la boleh tahan lama sebab sekejap je dah habis.. hehe...


p/s: Nak kongsi duit, akupun kurang mampu.. Maka, aku share aje la apa yang aku tau.. Dan aku memang suka berkongsi benda-benda macam ni.. hehe..

Monday, October 5, 2015

Mee sup ayam tumis...

Assalamu'alaikum...

Mee sup ayam tumis...


Selalunya aku buat sup ayam main lebur je semua bahan.. Tapi kali ni aku nak buat versi tumis pulak.. Hari tu dah buat sekali.. Rasa macam sedap sikit dari sup jenis lebur ni.. Sup ayam versi tumis ni bau bahan tumis dia lagi harum mewangi gitu.. hehe..


Sebelum tu, kita check dulu bahan-bahan yang diperlukan..







^
Dua biji kentang yang dipotong membulat..
v


 Sebungkus mee yang dah siap dicelur.. Lepas celur, terus curahkan dalam tapisan dan lalukan bawah air paip untuk buang segala jenis bahan sampingan..



Dan sekarang cara masak versi aku..


 Tumis dulu 4 serangkai tu bersama si bunjut sampai naik bau.. Lepas tu masukkan bahan yang lain dan kacau hingga naik bau..



 Kemudian, masukkan ayam dan kentang.. Biarkan ayam tu kecut sekejap.. Lepas tu baru tambahkan air..



Akhir sekali masukkan bunga kobis.. Biarkan mendidih lagi dan masukkan garam secukup rasa.. Tunggu hingga kentang empuk baru tutup api dapur... Siap..!



 Boleh la dimakan bersama dengan mee kuning tadi.. Nak letak sambal kicap pun boleh..



Licin...!!! Alhamdulillah.. Syukur nikmat dari Allah.. :)


p/s: Masak ikut resepi dan cara sendiri je.. Yang penting tiada pembaziran.. Alhamdulillah..

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)