Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Wednesday, June 7, 2017

Masak yang ringkas-ringkas je.

Assalamu'alaikum.

Masak yang ringkas-ringkas je.


Dah siap masak untuk berbuka puasa? Aku macam biasa la. Masak yang sempoi je. Bulan puasa ni malas nak berhempas pulas masak yang renyah-renyah. Simpan tenaga la katakan. Haha.


Petang ni aku cuma buat masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan rebung, masak sup cendawan tiram campur carrot dan kacang buncis dan panaskan ikan cencaru sumbat sambal yang masih lagi berbaki dua ekor. Petang semalam dorang pergi bazar ramadan dan beli seekor ayam golek. Tu yang ikan cencaru sumbat sambal tu masih ada baki.




Rebung hari tu baru hari ni aku masak. Masak sikit je pun rebung tu sebab takut dorang kat rumah ni tak makan. Kang membazir pulak. Hari tu tak jadi nak masak rebung ni sebab mak aku kata kalau rebung baru, kena peram dulu. Kalau terus masak, takut nanti rebung tu pahit. 




p/s: Bulan puasa ni aku tak rajin nak buat kuih muih. Ada la sekali hari tu aku buat kuih buah melaka, sekali buat bubur jagung dan dua kali buat bubur kacang. Kalau rasa teringin nak makan kuih, beli je seringgit dua kat bazaar ramadan.  

Thursday, December 15, 2016

Sup fucuk bersama kentang dan suhun.

Assalamu'alaikum.

Sup fucuk bersama kentang dan dan suhun.


Ini cerita beberapa hari lepas. Tak ingat dah hari apa masak sup fucuk ni. Hehe. Dah, jom tengok bahan yang aku gunakan dan cara aku masak sup fucuk ni. Lain orang, lain cara masaknya, kan? Jadinya, tak payah nak buat muka pelik sangat aihh tengok cara masakan orang lain. Heh.


 ^
Bahan yang diperlukan dan fucuk serta suhun yang direndam. Abaikan besen aku yang dah herot-berot tu. Ada aku kisah? Hahaha.
v


 ^
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah, ikan bilis dan rempah sup. Aku kurangkan sikit kulit kayu manis dan bunga lawang. Kacau sebati.
v


 ^
Tunggu sehingga bahan tadi layu dan berbau harum. Lepas tu, boleh la masukkan kentang. Kacau sebati.
v


 Dengan menggunakan api yang kecil, tutup sekejap periuk tadi. Tujuannya supaya kentang tu cepat sikit lembut. Kentang ni ada jenis yang lambat nak empuk.


 ^
Lepas tu, masukkan air ikut sukatan yang kita kehendaki. Kacau rata.
v


 ^
Apabila kuah sup dah mendidih, masukkan pula fucuk dan suhun yang telah direndam tadi. Kacau sebati.
v


Apabila kentang dah mula empuk, boleh la masukkan sedikit garam kasar. Nak letak serbuk lada hitampun boleh juga. Rasa dulu sebelum tutup api. Dah siap!


Memang dah lama sangat aku tak makan fucuk ni. Apabila sesekali buat, dia punya kesedapan tu, perghh...! Hahaha.


Fucuk ni kena rendam lama supaya dia jadi lembut dan tidak liat. Jika rendam sekejap, kena masak lama sikit la. Kalau tidak, nanti kita kunyah dia macam kunyah getah pulak. Melantun-lantun. Haha.


p/s: Menu yang sangat ringkas dan mudah untuk dibuat. Jika ada alasan lagi seperti malas nak masak, tak tau la nak cakap tahap kemalasan tu macam mana.

Sunday, August 14, 2016

Resepi dan cara masak sup ikan siakap.

Assalamu'alaikum.

Resepi dan cara masak sup ikan siakap.


Lama sungguh aku tak kongsi resepi dan tepek gambar makanan kat blog aku ni, kan? Maklum la, macam-macam perkara yang berlaku yang buatkan aku jadi sedikit malas dan takde mood nak buat semua tu. Alhamdulillah, sekarang ni dah ada mood sikit dah. 


Moh la kita tengok gambar dan baca penerangan berkaitan dengan resepi dan cara masak sup ikan siakap versi aku ni. Heh. Sup ikan siakap aku ni versi tumis ya. 


 ^
Tiga ulas bawang putih, satu labu bawang besar, 5/6 biji bawang merah dan seketul halia. Bawang besar dihiris membulat dan bahan lain tu ditumbuk kasar.
v

 Aku gunakan sup punjut Mak Siti tapi aku tambahkan dengan rempah empat sekawan tu sebab bahan tu takde dalam sup punjut Mak Siti tu. Sup punjut Mak Siti tu cuma ada bunjut sup tu dengan daun tu je. Daun apa entah. Hahaha.


 Seekor ikan siakap yang telah dibersihkan dan dua batang daun saderi/celery.


 Kebetulan minyak zaitun ni ada kat dapur, maka aku gunakan aje la minyak ni. Guna dalam satu senduk je. Sekadar untuk menumis.



Okay, sekarang ni cara nak masak sup ikan siakap ni pulak. Jom tengok gambar dan baca penerangan. Macam tak biasa pulak aiihh. Haha.


 Panaskan minyak dan tumis rempah ratus tu dahulu. Bila dah naik bau, masukkan bahan tumbuk tadi dan bawang besar sekali harung. Kacau-kacau jangan sampai hangus. Tunggu sampai bawang layu.


 Lepas tu, masukkan ikan siakap tadi. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Sedikit sahaja ya. Sekadar untuk sebatikan semua. Kiranya macam proses pengecutan la.


Tunggu hingga isi ikan siakap tu berubah warna dan keras. Lepas tu, barulah masukkan air yang secukupnya. Masak hingga kuah sup mendidih. Jika nak kacau, kacau perlahan-lahan supaya isi ikan tidak hancur.
v

 Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pula batang saderi/celery tadi. Kacau perlahan dan biarkan mendidih sekali lagi. Akhir sekali, masukkan garam kasar secukupnya. Jika batang saderi/celery dah lembut, boleh la tutup api dapur.


Dah siap! Senang je nak buat sup ikan siakap ni. Hehe.


Sekian untuk kali ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Oh ya, sup ikan siakap aku ni aku tak letak pak aji naik motor tu ya tapi rasanya tetap sodap! Haha.


p/s: Siapa nak share, silakan share. Ehh...! Kehkehkeh.

Tuesday, January 19, 2016

Jangan kata akak tak payung.. hehe...

Assalamu'alaikum...

Jangan kata akak tak payung.. hehe...


Alhamdulillah... Sesungguhnya aku tak sangka yang resepi sambal kicap yang aku kongsikan kat grup MAHN mendapat sambutan yang memberangsangkan.. Ramai yang Like dan Share.. Malah sudah ada yang mencuba.. Terima kasih sangat-sangat pada semua.. Segala perkongsian itu aku halalkan.. Moga ia memberi serba sedikit manfaat kepada semua..




Jenuh juga aku nak reply segala komen.. Rasa macam jadi artis sekejap.. ekekeke... Tapi demi kawan-kawan yang memberi sokongan, aku usahakan juga untuk menjawab walaupun cuma setakat "okay, silakan share; boleh je share; okay, sama-sama" dan sebagainya.. Komenpun semuanya sangat berhemah dan aku sangat hargai komen sebegitu.. Alhamdulillah, moga akan terus ada komen-komen yang positif kat grup MAHN tu.. Dan aku sangat hargai segala komen yang sebegini.. 




Siapa yang belum mencuba untuk  buat sambal kicap ni, silalah buat ya.. Senang je nak buatnya.. Buat stok banyak-banyak dan simpan dalam peti ais.. Nak guna, tinggal ceduk je tapi pastikan setiap kali ceduk, guna sudu yang bersih.. Lepas tu, tutup bekas tu rapat-rapat dan simpan semula dalam peti sejuk.. Kalau betul cara jaga, sambal kicap ni boleh tahan berbulan-bulan lamanya.. Itupun jika jarang ceduk la.. Kalau selalu ceduk, takde la boleh tahan lama sebab sekejap je dah habis.. hehe...


p/s: Nak kongsi duit, akupun kurang mampu.. Maka, aku share aje la apa yang aku tau.. Dan aku memang suka berkongsi benda-benda macam ni.. hehe..

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)