Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 21, 2010

RANGKA LEBAM SIAPA NI...???

Assalamualaikum....

Nak bebel sikit la ehh... Kalau nak dengar tu, silakan la. Kalau tak nak dengar takpe, aku tak kecik hatipun... =)

Petang semalam aku lepak la barang 5-10 minit mengadap cenel astro@15 tu. Memang dah lama giler aku tak jenguk cenel ni. Nak dijadikan cerita, aku ternampak la dorang dok bercerita pasal rangka ayam goreng. Gulppp...!!! Tetiba je timbul perasaan 'mengidam' kat rangka ayam goreng tu.

Kebetulan malam tadi ada pasar malam kat sini. Ya Allah, syukur sangat-sangat sebab nanti boleh la aku meratah rangka ayam tu. Dah telan-telan air liur dah ni. Aku cakap la kat abang aku, mintak tolong dia belikan sekor rangka ayam untuk aku. Mak aku dah mula nak bagi syarahan dah bila je dia dengar aku nak beli benda alah tu. Sebelum dia teruskan, aku siap bagitau yang aku teringin. Jadinya diapun diam aje la... =D

Ddipendekkan cerita, aku dapat la makan rangka ayam yang diidamkan sangat tu. Mula-mula tengok rupa rangka tu, hati aku dah rasa tak sedap. Apsal lebam je ni, takde langsung warna keemasan kunyit. Okay takpe, tak bagus menilai sebelum merasa. Maka akupun teruslah membuat cubitan pertama kat rangka tu. Makan isi dia dulu walaupun isi takde sangat... Gulppp...!!! Lagi sekali aku telan air liur. Tak puas hati ni, rasa pulak kat bahagian lain sambil belek-belek rangka lebam tu. Sama je... isshhh... tak boleh jadi ni... Ni yang rasa nak bebel ni...!!

Apa ke halnya goreng rangka ayam takde garam ni...!!! Ingat ni citer Ahmad Albab ke haaa...??Rasa macam nak lempar je. Siyes la, aku rasa terkilan sangat dengan kualiti peniaga makanan kat pasar malam kawasan aku ni. Dorang ni tau masak ke tidak agaknya ehh. Kalau setakat goreng rangka ayam tapi rasa macam kunyah kayu getah, baik berhenti la meniaga tu daripada ko kena sumpah. Apa ko ingat para pembeli ni takde anak tekak ke..? Memang sangat-sangat sakit hati. Dah la sekor rangka yang kurus kering tu harga sampai 3 hengget, pastu lebam lak tu, pastu tawaq hebiaq lak tu dan yang paling meloyakan tekak aku adalah paru-paru ayam tu dorang tak buang dulu. Punya la hitam melengut paru-paru tu kena goreng sekali. Yuckkk....!!! Terus aku patah-patahkan rangka tu dan agih-agihkan kat kucing aku ni. Mujur la semua kucing ni belum makan malam lagi, jadi dorang baham aje la rangka lebam tu.... huhuhu... Rezeki untuk kucing la nampaknya...

Nasihat aku kepada peniaga makanan terutama sekali yang meniaga kat pasar malam ni, tolong la jaga kualiti makanan yang nak dijual tu. Jangan la main tangkap muat je. Kalau bulan tak puasapun rasa makanan korang macam sampah, apa lagi masa bulan puasa. Bayangkan jika ada orang mengandung yang betul-betul mengidam nak makan makanan korang tu tapi rasa makanan tu tak seperti yang diharapkan..? Kesian bukan... Kalau setakat goreng rangka ayam yang lebam dan tawa gelewar macam tu, akupun boleh buat... Tunggu aje aku kumpul modal dulu... ;p


Aku kata: Mak aku suka dengan puding jagung aku hari tu. Begitu jugak dengan jiran aku dan anaknya. Kalau aku jual puding jagung ni kat pasar malam, okay gak ni kan... Masalahnya, aku tak minat nak meniaga makanan laa... Camno tu... hahaha...

Wednesday, October 20, 2010

BUANG, BAKAR DAN SIMPAN....

Assalamualaikum....

Pagi tadi aku kemas laman rumah aku ni. Aku buang semua pokok keladi ni haa.. Sebabnya, hari tu aku dengan tidak sengaja telah terbaca satu artikel mengenai bahayanya getah pokok keladi ni. Menurut artikel tu, getah dari pokok keladi ni dan yang sejenis dengannya adalah sangat merbahaya. Bahaya bukan sahaja kepada kanak-kanak, malahan kepada orang dewasa juga.

Getah pokok keladi ni boleh membutakan mata kita jika terkena percikannya. Manakala jika kanak-kanak yang masih kecil terkunyah daunnya, ia boleh membawa maut. Lihatlah betapa bahayanya pokok keladi ni. Memang tidak dinafikan, pokok keladi ni sangatlah cantik untuk dijadikan perhiasan di pejabat, di sudut laman rumah ataupun di hotel pelancongan. Namun begitu, apa guna semua ini jika ianya boleh mengundang kecelakaan kepada manusia. Lebih baik dihapuskan dengan segera sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Kasi buang sama dia... Cantik tapi berbisa... Kena getah dia sikit je kat tangan dah boleh buat kita seperti beruk kena belacan. Asyik nak menggaru je..


Errr.... Mujur dah beli yang baru.. Kalau tidak, konpem pakai lagi ni walaupun dan senget-benget.. Jangan membazir... =D


Bakar mana yang tak perlu. Tak payah nak simpan-simpan lagi dah...


Ehhh... Yang ni kena jugak simpan walaupun ianya tempat langsuir mengekek... kihkihkih... Mahal harganya ni kalau kat KL.. kann... =)))


Berlagak giler dorang ni. Bukannya nak menolong aku kemas laman.. Nak kena buang jugak ke..?? Jangannnn....!!! Kalau dorang takde, siapa yang aku nak buli nanti.... kehkehkeh...


Aku kata: Seronok jugak main edit-edit gambar ni kan... Thanx kat Hatim yang tak kaya, tapi sedikit ensem atas tutorial yang dia bagi.. Jangan pulak korang pegi edit gambar yang bukan-bukan dah la yaa... hahaha...

Tuesday, October 19, 2010

SADIS LA SANGAT... =)

Assalamualaikum....


Satu gambar yang mempunyai pelbagai rumusan dan cerita...

Apa agaknya yang korang fikir dan bayangkan bila tengok gambar ni...

Adakah sama dengan apa yang aku fikirkan...??

Apa yang penting, aku jadi sedih la tengok gambar ni... ;p

Korang sedih tak..??

:
:
:
:
v



Huwaaaa.....
Ni la lauk paling peberet....
Agak-agak tergugat tak selera nak makan telur goreng bila tengok gambar ni ehh..?


Aku kata: Makan nasi dengan berlaukkan telur mata kerbau plus kicap masin cap kipas udang memang terbaik laa... Pastu ada pulak ulam kacang botol... Terangkat bebbb.... hehehehe...

Monday, October 18, 2010

BEGITU LA KISAHNYA....

Assalamualaikum...


Hari ni aku poskan pad herba pantyliner ni untuk seorang kawan blogger aku. Terima kasih dan tahniah aku ucapkan pada beliau di atas sikapnya yang berani untuk mencuba produk ni. Seperti yang pernah aku beritahu sebelum ni, pad herba pantyliner AVAIL ni bersifat serbaguna dan bukannya sekadar untuk ditempekkan di bahagian 'itu' sahaja... =D

Sebagai permulaan, kawan tersebut membeli 3 bungkus dahulu... Harap-harap lepas ni beli la lagi ya kak... (Nama pelanggan dirahsiakan.... hehe...)


Hari ini juga kepala aku tinggg... tonggg... Semuanya gara-gara memakan biji bakong rebus ni. Rupa dan rasa biji bakong ni seperti biji cempedak. Sebab tu kepala dan badan aku rasa sengal je, angin dah masuk dalam badan... Masa makan punya la sedap sampai tak ingat dunia. Selepas makanpun sedap gak, ni yang terkena sakit-sakit badan ni... hahaha...


Aku tak tau lak apa nama untuk biji bakong ni kat daerah lain. Bila aku cuba google, yang keluar adalah artikel pasal pokok bunga bakong yang kaler putih tu. Menurut mak aku, buah bakong ni dimakan bijinya sahaja manakala isi buahnya dibuang. Tak tau la pulak kenapa. Pokoknya juga seakan-akan pokok cempedak. Biji bakong ni katanya sedap dicicah bersama dengan kelapa parut muda. Manakala menurut jiran aku orang Penang, dia kata kat tempat dia biji bakong ni boleh dicampurkan ke dalam kari ayam atau daging... Orang utara boleh beri sedikit info tak pasal ni..?? Sudi-sudilah kongsi ya... Macehh... =D



Oleh kerana badan dan kepala aku dah mula sengal, maka akupun makan la mangga muda ni.. Dah macam apa je dok makan benda-benda masam ni.... Nak buat macam mana, terpaksa... huhuhu....



Tingggggg..... tongggggggg.....!!!
Siapa pulak yang tekan loceng pintu ni....
Ehhh, rumah aku mana da loceng pintu daaaaa.... Mamai ke apa ni....
Hahahaha....


Aku kata: Kalau boleh, aku tak nak la jadi seperti tin atau tong kosong. Dah la kosong, bocor pulak tu.... Sudi-sudilah bantu aku ya. Tunjuk ajarku SIFU... =)

Saturday, October 16, 2010

PUDING JAGUNG MY HEART... =D

Assalamualaikum...

Hari ni aku rajin sikit... =)))
Aku cuba resepi puding jagung ni....
Tapi aku buat mengikut cara aku laa...
Bahan-bahan lebih kurang sama dengan resepi asal...
Cuma sukatan tu ada beza sikit... =D












Aku tunjuk gambar je la ehh...
Resepi tu pandai-pandai la korang cari sendiri...
Boleh..??
Hahaha... Kejam giler kedekut resepi...
Ahakkk...

Okay la...


Aku kata: Daripada korang beli puding yang tak tau tahap kebersihannya, baik la korang buat sendiri. Bukannya susahpun.. Sonang yoo... Satu keluarga boleh makan... =))

Friday, October 15, 2010

AMBIL KISAH JIKA BENAR-BENAR SAYANG... =)

Assalamualaikum...


Selamat hari Jumaat yang penuh keberkatan untuk semua. Semoga anda semua sihat sejahtera dan diberkati Allah selalu hendaknya.. Amin...

Waaahhhhh.... Mukaddimah macam nak bagi ceramah motivasi je kannn... hikk...
Bagi ceramah kat blog sendiri, takpe la kot. Cuba ko bagi ceramah kat blog orang, mau kena hamun ko nanti... Jangan buat dan cari pasal... hahaha...

Okay, dipendekkan cerita, aku sebenarnya nak promot pad herba dan barangan keluaran AVAIL ni je haa. Dulu aku dah pernah buat entri pasal AVAIL ni kat sini, tapi kali ni aku nak buat lagi la kisah AVAIL ni. Harap ada yang sudi meluangkan masa untuk membacanya, dan juga membuang sedikit ongkos untuk membelinya ya... :P


Ni apa hal pulak tampal pad kat selipar ni..??
Pad PANTYLINER herba AVAIL ni sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi. Boleh ditampalkan di dahi jika terasa pening atau mual. Boleh juga ditampalkan di pusat jika terasa sakit perut kerana angin. Boleh juga diletakkan di dalam helmet untuk mengurangkan sakit kepala dek kerana memakai helmet berterusan. Dan boleh juga diletakkan di dalam kasut yang bertutup untuk membuang toksid di dalam badan. Macam-macam lagi la fungsinya..

Oleh sebab aku bekerja di rumah je, maka aku tampalkan di atas selipar ni la.
Bagi mereka yang bekerja di pejabat, atau kerjanya asyik berjalan je, memang amat sesuai jika menampal PANTYLINER ni di dalam kasut anda asalkan kasut tu bertutup la. Selain itu, kasut anda akan menjadi lebih harum dan tidak akan berbau hapak. =)


Sebungkus PANTYLINER ni baru berharga RM10 sahaja. Sama harga dengan sekotak rokok...!!
Terdapat 20 keping di dalamnya, sama juga dengan isi di dalam sekotak rokok yang berharga RM10 tu..!! Jadi, apa kata orang lelaki atau para suami jangan berkira sangat untuk membelikan pasangan anda PANTYLINER ni. Kalau pasangan anda sihat, mudah la sikit mereka nak menjaga anda nanti jika anda ditimpa masalah akibat dari merokok tu... kann... huhuhu... Malahan satu keluarga anda juga boleh menggunakan PANTYLINER ni, termasuk anak lelaki.. !! Sungguh menjimatkan..!!!


Siapa yang berminat untuk mencuba, ataupun mendapatkan keterangan lebih mendalam, bolehlah menghubungi nombor yang tertera kat iklan ni ya... Ataupun korang juga boleh masuk kat blog ni sebab kat situ ada disediakan borang jika korang benar-benar berminat untuk membeli barangan AVAIL ni.

Heroin Adnan Sempitpun gunakan produk AVAIL ni... Caya laa... Say PEACE...!!!



Ini pula adalah kopi CAPPUCHINO AVAIL. Sedap dan sesuai sangat diminum oleh orang yang 'gila bekerja'. Aku dah cuba minum dan memang takde rasa mengantuk langsung. Tapi jangan la amalkan minum selalu, atau dalam erti kata lain, ketagihan. Mana boleh bekerja tanpa rehat... ya tak.?? Minum sehari sekalipun sudah memadai. Mana-mana yang ada penyakit sampingan tu, dapatkan la nasihat dari doktor dulu. Aku tak nak la nanti jika tiba-tiba korang ditimpa musibah berpunca dari pengambilan kopi CAPPUCHINO ni...

Kalau ternampak gerai ni kat mana-mana ekspo, janganlah segan dan silu untuk terus menyerbu bagi mendapatkan pelbagai barangan AVAIL ni. Mesti ada potongan harga punya la.. =))


Aku kata: Beli la barangan AVAIL ni ya, terutama sekali pad herbanya yang mempunyai pelbagai fungsi dan 'khasiat'. Cegah sebelum parah... =D
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)