Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, January 31, 2012

How to convert mp4 audio into files - Cara nak jadikan mp4 audio dalam bentuk files -

Assalamualaikum...

How to convert mp4 audio into files - Cara nak jadikan mp4 audio dalam bentuk files -

Fuuuhhhhhh....!!! Akhirnya berjaya jugak aku menukar mp4 audio aku ke dalam bentuk file. Itupun setelah seharian berhempas-pulas mengadap laptop sampai naik melengkung dah belakang badan aku ni haa.. huhuhu.. Macam-macam ayat yang aku google, how to la, what la, can la dan macam-macam lagi la. Aku google dalam Bahasa Inggeris sebab bagi aku senang sikit nak cari. Belajar slow-slow maa... Kalau google dalam Bahasa Malaysia ni, banyak keluar yang bukan-bukan.. ;)

Sebenarnya malam tadi masa orang dok sibuk tengok siaran langsung AJL, aku sempat merakam sedikit kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus yang kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tu. Aku cuma rakam suara je dengan menggunakan recorder enpon aku. Mula-mula tu memang nak rakam guna video, tapi aku takut nanti gambar video tu jadi sangkut-sangkut sebab memory enpon aku bukannya besar sangat. Tu yang aku record je tu. Aku tahu memang ramai yang rakam benda ni, tapi saja la aku nak menyibuk sama sebagai koleksi aku sendiri supaya senang sikit aku nak cari nanti..


Ini yang sempat aku rakam dan jadikan Windows Movie Maker sebelum masukkan kat Youtube...


Aku dapat rakam sejam je. Dah itupun limit yang diberi kat enpon aku tu. Lepas siap rakam tu, akupun nak cuba la masukkan audio/suara tadi ke dalam Windows Movie Maker tapi tak lepas sebab ianya bukan dalam bentuk file. Then, aku cuba pulak masukkan kat Youtube namun tak berjaya. Semuanya nak audio tu dialih dahulu ke dalam bentuk file. Letihnya la haiihh dok cuba berulang-ulang kali.. adehh... Try masukkan kat dalam fesbuk, tak lepas jugak sebab saiz file yang besar. Lepas tu, try lagi nak masukkan kat dalam blog secara direct, tak lepas jugok.. huhuhu.. Lagi senang kalau rakam guna video dan senang pulak nak masukkan ke dalam Windows Movie Maker ataupun Youtube..

Akhirnya, aku berjaya juga dan jumpa la tutorial kat bawah ni. Aku tengok sikit je sebab aku ni tak berapa faham kalau dengar orang bercakap dalam BI. Aku terus je klik link yang ada kat bawah video tu.. Bermula dari situlah baru aku dapat convert-kan mp4 audio aku ke dalam bentuk file.. Fuuuhhhhhhh.....!!!



Just tengok je cara yang ditunjukkan sebagai panduan...


Sebelum tu, aku dah download macam-macam jenis converter tapi ada yang susah nak gunakan dan ada juga yang nak kena bayar. Katanya free tapi yang free tu cuma untuk tempoh tiga minit je sebagai percubaan.. Boleh buat apa je dengan tiga minit tu, kan... So, kensel je la... Akhirnya, aku pilih untuk download yang kat bawah ni..




Aku download yang dalam kotak merah tu.. 


Lepas download tu, kena la run-kan dulu dan install macam biasa kita buat kalau download apa-apa software. Dan lepas tu, dah boleh guna dah. Bagi aku, guna software ni lagi mudah dan cepat.. Lepas ni boleh rakam suara sendiri pulak.. ahakk... Jangan nak cari pasal la haiihhh... kehkehkeh...

p/s: Kalau korang rasa nak cuba tu, silakan la.. Tapi aku tak bertanggung jawab kalau korang rakam suara korang menyanyi dan sebagainya, dan kemudian masukkan kat Youtube.. Korang fikir sendiri la ya apa risikonya.. Korang kan pandai... :-)

Saturday, January 28, 2012

Ohhhh.... NO...!!!

Assalamualaikum..
:
:
:
:
:
:
:
=
Ohhhh.... NO...!!!

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
=
Manchester United baru je kalah dengan Liverpool dalam Piala FA..
Kena 1-2..

Alaaa... Main kat tempat sendiri, boleh la menang, kan...
Kehkehkeh...

Gol Liverpool dijaringkan oleh Agger pada minit 21 dan Kuyt pada minit 88 manakala gol Manchester United dijaringkan oleh Park pada minit 39.. 

Ko dah tak kiyut dah Kuyt weiii... 
Selamanya ko tak kiyut.. :P


p/s: Aku tak layan sangat Piala FA ni.. Aku layan BPL je... ehehh...

Friday, January 27, 2012

Antara gua dan penjara...

Assalamualaikum...

Antara gua dan penjara...

Hari tu rasa macam duduk dalam gua.. 
Sekarang ni rasa macam duduk dalam penjara la pulak.. ehehh...

Antara keduanya, mana lagi best untuk dijadikan tempat tinggal..?

Duduk gua seorang diri namun masih kena cari makanan sendiri...
Serba-serbi kena buat sendiri...
Kalau tak kuat, memang kecundang la jawabnya...

Duduk penjara ada makanan free, ada pengawal peribadi...
Mungkin sebab itu ramai yang suka duduk dalam penjara kot...

Mungkin ada yang sengaja mencari pasal...
Mungkin ada yang hilang akal...
Mungkin ada yang teraniaya...
Mungkin ada yang teringin nak merasai kehidupan dalam penjara tu...




Samada duduk dalam gua ataupun dalam penjara, dua-duanya tak best. Duduk dengan keluarga lagi best.. Tapi ada jugak orang yang menjauhkan diri dari keluarga sebab merajuk..? Sekali dua merajuk boleh la orang pujuk.. Kalau dah acap kali merajuk, lantak hang la haiihh, ya tak..?

p/s: Sebenarnya nak bagitau yang tingkap bilik jahit aku dah siap.. Tinggal nak sapu cat kat dinding tu je.. Dorang yang buat kerja ni memang suka skip kerja padahal benda tu dah boleh setel dah.. 

Hukum-hakam yang kita tak berapa nak faham...

Assalamualaikum...

Hukum-hakam yang kita tak berapa nak faham...


Saja je nak kongsikan video ni kat sini...
Sebenarnya banyak sangat yang tak berapa nak faham tentang hukum-hakam ni...
Bukan pasal kat video ni je... Banyak lagi...
Apapun, sikit-sikit cuba untuk memahami...
Belajar dan mencari...
Mungkin itu lebih baik daripada memandai jatuhkan hukuman sendiri...

Yang halal dikata haram...
Yang haram dikata halal...
Tak tau, diam...
Tak tau, tanya...
Tak tau, cari...



Siap ada terjemahan dalam BM lagi.. Bagus, sebab bukan semua orang faham loghat Terengganu ni... 


There are two kinds of people in this world. People who think they're sinners, and sinners who think they're people. Which one are you..? Whether you were right or wrong, it's in the past. What are you going to do about what's already been done..?


p/s: I have nothing to say coz I know nothing about it... So sad... 

Thursday, January 26, 2012

Dalam seronok, ada juga yang tak seronoknya... ggrrr....

Assalamualaikum...

Dalam seronok, ada juga yang tak seronoknya... ggrrr....

How's your holiday..? Ada baik ke tara baik..? Seronok tak cuti-cuti Malaysia..? Pergi mana je korang cuti raya cina hari tu...? Aku tak ke mana-manapun, just stay at home like usual.. Terbaik punya percutian.. kehkehkeh... Takde bajet nak jalan-jalan makan angin macam korang.. Nak jalan-jalan naik keretapun tak cukup bajet, apa lagi nak naik belon.. huhuhu..

Cuti hari tu rumah aku penuh dengan sepupu sepapat iaitu anak-anak arwah makcik aku (kakak mak aku..) bersama keluarga masing-masing. Dua keluarga tu datang pada hari Ahad manakala empat keluarga lagi datang pada hari Isnin. Adik-adik aku dengan keluarga dorangpun ada balik jugak. Kakak aku yang duduk kat Labis tu pun balik jugak tapi dia dari jalan-jalan ke Terengganu dan Rantau Panjang. Banyak jugak keropok losong yang dia bawak. 

Memang havoc la sekejap rumah ni.. Penuh kiri-kanan jalan dengan kereta. Dah macam ada kenduri merisik la pulak.. hehe.. Paling seronok dah semestinya mak aku la.. Macam-macam yang dia masak dengan bantuan kakak aku tu sampaikan sepupu aku cakap, duduk sini asyik makan je.. Ada rezeki, makan je la, kan.. Lagipun dorang ada jugak bawa kuih-kuih frozen serta sayur yang dibeli di Cameron Highlands. Aku cuma masak air dengan masak nasi je dan sediakan bahan.. hehehe... 

Kesemua sepupu aku dan keluarga dorang balik petang Isnin tu jugak.. Kakak aku balik lepas zuhur hari Selasa. Adik-adik aku balik waktu subuh sebab nak mengelakkan dari tersangkut jammed.. 

Dalam keadaan ramai-ramai macam ni, ada je benda yang tak diingini berlaku. Ibarat rezeki, datang tanpa kita duga. Begitu jugak halnya dengan musibah, datang tanpa kita minta... huhuhu.. Masa terdesak ni la dapur gas dengan mesin basuh kat rumah ni rosak. Mana nak masak lagi.. Mana nak mencuci kain baju yang melambak lagi.. Memang menyakitkan hati betul.. Ggrrr....

Mujurlah kat rumah ni ada dapur spare dan boleh la digunakan. Tapi mesin basuh, mana nak cekau..? Adik ipar aku dah siap bawak balik dua plastik hitam yang penuh dengan baju kotor sebab mesin basuh kat rumah diapun rosak jugak. Punyalah jauh bawak balik baju-baju tu dengan harapan yang menggunung. Tup-tup sampai je kat rumah, terus lemah semangat sebab mesin basuh tak boleh nak berfungsi. Tak kan nak bawak balik semula kain baju kotor tu, kan.. Nak mencuci manual..? Tak sanggup dia.. 

Mujur juga rumah abang aku dekat dengan rumah mak aku ni. So, adik aku tadi pergilah bawak kain baju dia ke rumah abang. Menumpang mencuci kat sana.. Selepas dorang semua balik, jadi tugas aku la pulak mencuci kain baju yang menimbun yang ditinggalkan kat bilik mandi. Aku malas nak pergi rumah abang, so, aku cuci sendiri je la. Dah berzaman tak mencuci baju banyak-banyak macam ni. Rasa macam nak patah pinggang aku mencuci tiga besen besar kain baju.. Huwaaaaa....

Semalam, mak aku pergi ke bandar. Beli dapur dan mesin basuh baru.. Nampak gayanya tak dapat la nak menyimpan lagi untuk kenduri besar lepas raya nanti. Musibah, kenapa la kau datang kat orang yang tak berduit macam kami.. Kan elok kalau ko pergi kat orang kaya-kaya yang dah tak tau nak buat apa dengan duit dorang tu... ehehh....

p/s: Cukup la cerita sikit-sikit je... Ni pun dah panjang jadinya.. adeiii... Bukannya seronok baca cerita merapu panjang-panjang ni, kan.. Mesti rasa nak skip je... kehkehkeh...

Wednesday, January 25, 2012

Bosan, perkataan yang sama dengan situasi yang berbeza..

Assalamualaikum...

Bosan, perkataan yang sama dengan situasi yang berbeza..


Bosan, bila mengadap benda yang sama setiap hari namun masih lagi boleh bertahan.. Bertahan atas sebab yang tertentu, yang hanya kita sendiri lebih tahu.. Orang boleh nampak airmuka 'bosan' kita namun mereka tidak akan dapat menyelami rasa kebosanan tersebut..



Bosan menanti namun terpaksa juga meneruskan penantian... 
Penantian satu penyiksaan yang sangat membosankan...




Bosan buat kerja yang sama namun terpaksa buat demi tuntutan kehidupan... 
Takde kerja takde duit... Takde duit, hidup merempat dan tersepit... Ko nak ke hidup macam tu..?





Bosan sampai tak boleh nak buka mulut... 
Diam adalah lebih baik daripada berkata yang bukan-bukan sebab orang yang sedang bosan ni boleh create any words..




Bosan sampai keluar semua taring.. Manjang nak marah je..
Dah kira macam naik hantu dah.. Bahaya ni... huhuhu...





Bosan tahap cipan sehingga mengambil langkah penyelesaian dengan tidur... 
**Macam aku... kehkehkeh...


Bertambah bosan bila mengadap orang yang tak reti bahasa ni. Memang susah nak kawal perasaan tatkala berhadapan dengan golongan sebegini. Kadang-kadang sampai satu tahap dah tak boleh nak tahan dah.. Betul-betul menguji kesabaran yang semakin hari semakin menipis... 



Bosan dengan sikap sesetengah manusia yang tak reti bahasa dan tidak memahami hingga menyebabkan kita sendiri menangis.. huhuhu...


Dalam apa jua aspek bosan tadi, kita terpaksa akur dan kenalah pandai memujuk hati. Jangan biarkan emosi menguasai akal fikiran walaupun kita tahu emosi yang tidak terkawal ni memang sukar untuk dibendung.. Berkata sabar itu mudah, just say it. Melaksanakan sabar itu yang sukar... 

Akupun tengah bosan jugak ni.. Dalam bosan-bosan aku tu, siap jugak la laksa Penang aku.. Tapi gambar takde kat sini.. Malas nak tepek sebab mee laksa sedang direbus atas dapur.. Kalau rajin, aku tepek kat fesbuk aku je laa.. ehehh... 

p/s: When we say don't, they do.. When we say do, they don't.. Degil atau bebal..?

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)