Assalamualaikum...
Rimasnya.. Rasa macam duduk dalam gua..
Bilik jahit aku sedang dalam proses renovation. Bukannya renovate apapun. Cuma tukar tingkap je.. Tingkap yang lama dah banyak yang jammed. Susah nak buka dan tutup. Lepas tu, pantang buka je, terus berderet-deret kucing aku masuk ikut tingkap tu. Naik rimas pulak aku sebab banyak bulu melekat kat cermin tu. Tapak kaki jangan cakap la. Pening aku..
Malah, ada yang pandai mengumpil cermin tu dan berjaya memboloskan diri masuk kat bilik ni.. Ada satu cermin yang dah longgar dan tak boleh nak tutup rapat. Haaa.., yang itu la dorang dok kerjakan setiap hari, tak kira siang atau malam..! Aku nak mimpipun tak senang. Asyik terjaga je.. Lotih mak..!! Huhuhu..
Kenangan.. Lepas ni takde dah aksi macam ni.. ehehh...
Malah, ada yang pandai mengumpil cermin tu dan berjaya memboloskan diri masuk kat bilik ni.. Ada satu cermin yang dah longgar dan tak boleh nak tutup rapat. Haaa.., yang itu la dorang dok kerjakan setiap hari, tak kira siang atau malam..! Aku nak mimpipun tak senang. Asyik terjaga je.. Lotih mak..!! Huhuhu..
Kenangan.. Lepas ni takde dah aksi macam ni.. ehehh...
Pengsan aku.... adehh...
Hari ni dah masuk hari ke berapa ehh bilik aku bertukar jadi gua..? Rimasnya jangan cakap la. Gelap dan kelam. Makin sakit kepala aku..., huhuhu. Kalau tak silap, sejak hari Khamis lagi dorang dah bukak tingkap tu. Asalnya dorang nak ketuk lagi sikit dinding tu, nak kasi tingkap tu panjang sikit ke bawah. Tapi tak boleh nak ketuk sebab dinding tu punyalah kuat. Siap ada besi padu lagi yang ikat batu tu. Takut nanti runtuh lak dinding tu kalau teruskan mengetuk..
Dah pasang rangka.. Lega sekejap dapat tengok luar...
Aku tengok cara dorang ketukpun aku tau dah. Mesti tak lepas punya la.., hahaha.. Aku dah kata tak payah, degil sangat nak jugak ketuk. Tak pasal-pasal dah cacat dinding tu. Kena tampal balik. Kalau cat semula ni, mesti cat tu lari warna dia.. Tak suka..
Dalam keadaan macam ni pun kucing aku nak jugak masuk.. Terkejut aku sekejap.. Ingatkan bunyi apa la..
Ni yang aku rakam malam tadi.. Sian dia tak lepas nak masuk.. kehkehkeh...
Ni yang aku rakam malam tadi.. Sian dia tak lepas nak masuk.. kehkehkeh...
Dorang kata esok cermin tingkap tu sampai. Harap-harap betul la. Tak larat dah aku nak duduk terkurung dalam gua ni. Mana dengan gelapnya. Mana dengan debunya.. Mana dengan bersepahnya..
p/s: Oksigen please...!!! Fuuhh..!!! Fuuhh..!! Fuuhhhhhhh...!!!
4 Tukang Tembak:
sabor ye kak, esok-esok dah elok bilik tu bole le bergolek gelantang sesuka hati dan dgn riangnye...
lawak lah kak azz
ehehheh wahhh xlama lagi nanti dah siap renovation mesti bilik jahitan akak cantikkk wink3x...dasat2...plg kelakar tuh kucing pun nak gak cuba boloskan diri ke dinding tuh ehehheeh mesti ada sesuatu yg menarik perhatian kucing2 tuh suka masuk umah akak kan...nanti upload pic dh ciap renovate tau....mesti mantop! cayalah sis
Angah>
Opkos la kena sabar... Bukankah sabar itu sebahagian daripada iman.. hehe..
Wahh... Angahpun pandai guna ayat bergolek gelantang tu ehh.. Ingatkan kitorang N9 je yg guna ayat tu.. hehehe..
With Julia>
Alahaiii... Takde maknanya nak cantik bilik ni.. Akak cuma nak keselesaan je.. Cantik tu jatuh nombor berapapun tak kisah.. hehe...
Post a Comment