Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, August 14, 2013

Jodoh Itu Milik Kita: Dari novel ke drama adaptasi..

Assalamualaikum...

Jodoh Itu Milik Kita: Dari novel ke drama adaptasi..


Jodoh Itu Milik Kita atau JIMK ini merupakan novel pertama Sara Aisha. Ianya mengisahkan perkenalan di antara Dahlia dan Marina yang kemudiannya membawa Dahlia  kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina iaitu Syafiq. Atas rasa hormatkan Marina dan simpati atas Marina yang menghidap kanser perut, Dahlia setuju untuk menerima Syafiq walaupun dia tidak pernah bercinta dengan lelaki tersebut.


Namun, Syafiq tidak menghadirkan diri di hari pernikahan mereka kerana dia tidak dapat menerima jodoh pilihan ibunya. Dia hanya meninggalkan sepucuk surat sahaja. Demi untuk menjaga airmuka keluarga mereka, abang Syafiq iaitu Aariz Danial yang baru balik dari Melbourne terpaksa menggantikan adiknya dengan mengahwini Dahlia.


Buat Dahlia,

I'm so sorry. Saya ingat saya boleh meneruskan perkahwinan ini, for the sake of umi. Tapi saya gagal!!! Please forgive me....

Syafiq.




Pada mulanya Dahlia tidak bersetuju Aariz menggantikan Syafiq. Namun, setelah dipujuk oleh Marina yang terus-menerus menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku, maka Dahliapun bersetuju untuk meneruskan pernikahannya dengan Aariz.


"Please Lia. Tunaikan permintaan umi. Umi merayu pada Lia..."


Walaupun sudah berkahwin, Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan kerana masing-masing masih lagi merasa janggal atas pernikahan yang tidak dirancang. Lama kelamaan, tanpa mereka sedar, cinta mula berputik di hati mereka.


"Perempuan jenis apa saya ni..? Saya rasa macam... macam saya ni murah sangat. Boleh diambil, boleh dibuang macam tu aje..!!!"


Syafiq pula melarikan diri ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya iaitu Alya tanpa mengetahui bahawa Dahlia sudahpun menjadi isteri kepada Aariz. Bagaimanapun, hubungan Syafiq dengan Alya tidak seperti yang Syafiq harapkan. Alya sudah ada kekasih baru dan mahu putuskan hubungannya dengan Shafiq.



Syafiq kembali ke Malaysia setelah dipujuk oleh Aariz kerana ibu mereka sangat rindukan Syafiq. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan bencikan Aariz semakin membuak-buak. Syafiq berazam untuk merebut kembali Dahlia dari tangan Aariz dan memusnahkan kebahagiaan antara Aariz dan Dahlia.


Kenapa Syafiq begitu mendendami Aariz..? Berjayakah Syafiq merampas Dahlia daripada Aariz..? Adakah Dahlia akan kembali kepada bekas tunangnya itu dan meninggalkan suaminya, Aariz..? Adakah Aariz akan menceraikan Dahlia dan sekali lagi berkorban untuk Syafiq..? Semuanya akan terjawab jika baca novel Jodoh Itu Milik Kita ini.. *nak tunggu drama lambat sikit nak tau ending dia, kan.. hehh..


Drama Jodoh Itu Milik Kita ini akan mula bersiaran pada hari Isnin, 19 Ogos 2013 di Astro Mustika HD iaitu cenel 134.. Yang takde astro atau yang ada astro tapi tak melanggan cenel 134 tu, kita tengok je kat Dailymotion. Mana la tau kot-kot ada yang rajin upload kat situ.. *Akupun takde cenel 134 ni.. Tak mampu nak langgan.. huhuhu.. Watak Dahlia ialah Tiz Zakiah dan watak Aariz dipegang oleh Farid Kamil..


Aku suka novel JIMK ni.. Bab drama adaptasi ni, entah la.. Harap-harapnya menjadi la seperti apa yang ada dalam novel tu.. Jangan la banyak sangat ubah skrip. Jangan la pelakonnya kayu, keras dan kejung serta nampak kaku tanpa emosi... huhuhu.. *Masih lagi ralat dengan adaptasi Teduhan Kasih yang banyak diubah-suai..


p/s: Novel kedua Sara Aisha iaitu Chan Rak Ter  ni pun best jugak.. Cubalah beli dan baca.. Pasti akan teruja nak tau kesudahannya yang tidak diduga... hehh...

Tuesday, August 13, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami: Kisah sebelum dan selepas baca.. :)

Assalamualaikum...

Pelangi Cinta Buat Suami: Kisah sebelum dan selepas baca.. :)

Al-kisahnya:

Aku bukanlah peminat karya novelis Acik Lana ni.. Novel beliau yang pernah aku baca ialah Kalau Memang Harus Begitu (KMHB). Itupun aku baca tak habis sebab tebal sangat.. Aku cuma main selak-selak je.. Lagipun buku tu anak buah aku punya. Kalau nak baca dari awal hingga tamat, memang tak cukup masa. Dan aku jenis tak suka nak bawak balik rumah novel orang ni. Namun begitu, aku dah pun beli novel KMHB tapi belum punya waktu yang sesuai untuk meneroka cerita tersebut.. Nanti-nanti la.. Akan aku baca jugak sampai tamat.. 


Beberapa bulan lepas sewaktu aku ke Popular JJS2, aku nampak la buku Pelangi Cinta Buat Suami (PCBS) ni. Sebenarnya aku nak beli buku novelis Suri Ryana iaitu Playboy Itu Suami Aku (PISA) tapi aku dah tersalah ambil sebab cover novel PISA dengan PCBS ni lebih kurang sama je meriahnya.. 




Bila dah sampai rumah baru aku perasan yang aku dah tersalah beli buku.. Hati dah mula rasa tak berapa nak senang sebab sebelum ni dah banyak tengok komen negatif tentang karya Acik Lana ni.. Risau sebab takut tak boleh nak hadam buku tu dengan baik. Dah la mahal harga dia.. huhuhu..


Bila dah beli, tentulah kena baca, kan..? Maka akupun mula membaca novel PCBS ni. Ajaibnya, bila dah mula baca, terus taknak lepas.. hahaha.. Rasa teruja nak tau kesudahan cerita ni begitu membuak-buak. Mungkin cara olahan dan jalan cerita yang ada dalam PCBS ni kena dengan jiwa dan selera aku, yang membuatkan aku sayang nak berhenti rehat.. hehehe..


Review Pelangi Cinta Buat Suami:

Pelangi Cinta Buat Suami ni mengisahkan tentang Imanina dan Qalif. Kisah perkahwinan mereka yang berlandaskan cabar mencabar antara kedua-duanya. Kisah Qalif yang dingin dan sentiasa naik angin dengan Imanina namun Imanina tetap sabar dan setia melayan karenah si suami..


Qalif atau Tengku Qalif jadi pemurung dan pemarah sejak kehilangan isteri yang baru dinikahinya sewaktu berbulan madu di Dubai. Dalam kemalangan itu, isterinya iaitu Liyana terkorban dan Qalif sendiri koma selama sebulan. Sedar je dia dari koma, terus ditanyakan perihal isterinya dan dia tidak dapat menerima hakikat yang isterinya dah meninggal. Hampir setengah tahun si Qalif tu mengasingkan diri dari dunia luar. Kerjanya hanya meratapi pemergian si isteri tercinta..


".... wife dia meninggal dekat situ jugak. Tengku Qalif pulak koma sebulan. Lepas tu, bila dia sedar dia terus tanyakan arwah isteri dia. Tapi itulah, Allah lagi sayangkan arwah isteri dia tu. Meninggal masa honeymoon, dah takdir dia... "


Imanina menawarkan diri untuk menjadi isteri Qalif demi untuk memulihkan semangat Qalif yang semakin hilang. Semuanya gara-gara sebuah diari..! Imanina terjumpa dan terbaca sebuah diari milik Qalif sewaktu dia masuk ke dalam bilik Qalif. Terus diari itu diambilnya dan dibaca di rumah. Semenjak itu, Imanina mula rasa sayang dan ingin mendekati si duda muda itu..


"Nina sanggup jaga Tengku Qalif. Demi Allah, Nina ikhlas.."


Bermula dari pengakuan Imanina itu, maka bermula jugaklah perang suara antara Qalif dan Imanina. Imanina yang begitu sabar melayan karenah Qalif dan akhirnya Qalif mula jatuh cinta dengan isterinya itu. Namun, kebahagiaan mereka cuma seketika. Qalif yang kena bertugas di Myanmar telah diculik dan hilang ingatan. Dan selama itu Imanina tetap setia menanti kepulangan Qalif..


Bagaimanakah kesudahan cerita Pelangi Cinta Buat Suami  ini..? Apakah yang berlaku kepada Qalif sepanjang dia hilang ingatan..? Bagaimana pulak nasib Imanina yang terus setia menanti kepulangan suami tercinta...? Adakah Imanina terus setia menunggu Qalif sedangkan ada lelaki lain yang cuba menagih cintanya..? Jika nak tau kisah seterusnya, itu kenalah beli dan baca sendiri.. hehehe..


p/s: Masa baca novel ni, aku kosongkan minda. Aku buang semua persepsi atau komen negatif yang pernah aku baca tentang karya Acik Lana ni.. Dan hasilnya, aku suka cerita PCBS ni.. Tahniah untuk Acik Lana.. Ada hikmahnya aku tersalah beli buku ni.. kehkehkeh...

Monday, August 12, 2013

Ceria di hari raya... hehh...

Assalamualaikum...

Ceria di hari raya... hehh...


Jika orang lain ceria dan meriahkan suasana hari raya dengan cara mereka, aku pulak ceria dengan apa yang ada di depan mata.. hehh...


Pokok-pokok bunga aku dengan gembiranya mengeluarkan 'produk' masing-masing.. Ada yang baru pertama kali berbunga dan ada juga yang dah sekian lama menyepi dari mengeluarkan bunga, kembali berbunga semula.. Suko mek amek ati den monengok ehh.. ehehh...


Bunga sulung...


Pokok ros ni selalu jugak keluarkan bunga tapi cuma keluar sekuntum je.. Raya ni dia keluar banyak kuntum jugak tapi ada yang dah gugur sebab keluar sebelum raya..


Orkid ni lagi lama tak keluarkan bunga.. Tiba-tiba tengok ada tiga pasu orkid ni yang berbunga..


Pokok mangga ni memang ramah berbuah.. Penuh satu pokok tu dengan putik dia.. Entah mana yang lekat, entah mana yang gugur, tak tau la.. Just wait and see..


p/s: Tak habis beraya lagi ke..? Kejiranan aku kat sini dah mula puasa sunat syawal.. Aku belum mula lagi.. Rumah tak habis kemas lagi..

Sunday, August 11, 2013

Corat coret hari raya 2013: Bendanya ada, gambarnya tiada, malas punya pasal.. hehh...

Assalamualaikum...

Corat coret hari raya 2013: Bendanya ada, gambarnya tiada, malas punya pasal.. hehh...


Raya kali ni takde gambar buat lemang, takde gambar periuk besar masak sup gearbox, takde gambar sekuali besar rendang, malahan gambar pakai baju rayapun nan hado... Raya kali ni tersangat la malasnya nak ambil segala gambar tu semua..


Sehari sebelum raya tu kakak aku yang nombor dua masak rendang daging. Lemang, ketupat, kuah kacang dengan rendang kakak aku yang nombor satu tu dah siap masak kat rumah dia kat Labu nun.. Raya kedua baru buat lemang sebab buluh mak aku dah beli banyak. Beras pulutpun kakak aku dah siap beli dah. 


Lepas tu kakak nombor satu tu buat nasi arab maqlubah ke apa entah nama dia.. Dia ambil resepi dari internet je.. Segala lauk dimasak dulu, kemudian dimasukkan sekali dalam beras tu.. Aku tak tengok sangat proses pembuatan nasi tu.. Dorang ramai-ramai buat.. Buat seperiuk rice cooker yang paling besar tu.. Sedap nasi tu.. Licin jugak. Maklum la, ramai kat rumah ni. Dah macam kenduri kecil pulak. Beras tu dia minta tolong abang long aku belikan kat Batu Pahat.. Jauh betul perjalanan beras tu.. 


Petangnya baru giliran aku buat sup gearbox. Anak buah tukang kapakkan tulang-temulang tu. Malam baru boleh makan. Sekejap je dah licin.. Bukan main lagi dorang menyedut isi dalam tulang tu.. Anak-anak buah yang cinonet tu pun ikut sama menyedut jugak.. Aku tak makan sangatpun. Just cicip sikit je..


Kesimpulannya, takde banyak pembaziran yang berlaku.. Alhamdulillah.. Sikit-sikit tu adat la.. Itu kiranya rezeki untuk ayam, kucing, semut dan sebagainya.. Mereka juga makhluk Allah..


Aku ambil gambar si kecil ni je.. Pandai berposing budak ni.. Ni anak bongsu adik aku. Banyak gambar dia yang aku ambil tapi cukup la dua ni je yang aku share kat sini, kat blog ni.. Bahaya kalau terlebih expose ni.. hehh..



Share gambar sipi-sipi sudah.. hehh...



p/s: Terima kasih pada dua orang anak buah dan sorang kakak ipar yang bagi duit raya kat aku.. Moga rezeki korang semakin murah.. Amin..

Wednesday, August 7, 2013

Sempat lagi tuuuuuu... haha...

Assalamualaikum...

Sempat lagi tuuuuuu... haha...


Sempat lagi tu jahit renda kat alas meja lama ni.. Alas meja lama, rendapun peten lama jugak. Dua tiga tahun akan datang jika panjang umur, tukar renda lain pulak.. haha.. 




Orang yang banyak duit takpe, dorang boleh je beli kat Ikea.. Yang kurang berduit macam aku ni kena la banyak fikirkan Idea.. Kalau semua nak beli baru, memang la tak mampu..


Apa ada hal kain merah, renda oren.. Belasah aje la.. muahahaha...


Mak aku selalu kata, kalau duit ada sepuluh ringgit, belanjalah takat lima ringgit je.. Jangan pulak duit tu sepuluh ringgit tapi kita belanja sampai dua puluh ringgit.. Memang bengkok la tulang menanggung beban hutang..


p/s: Walaupun aku ni degil tahap gaban tapi aku ikut dan dengar apa yang mak aku kata.. :D

Salam lebaran 2013..

Assalamualaikum...

Salam lebaran 2013..


Lagi beberapa hari je dah nak raya dah.. Rasanya biarlah blog ni ikut bercuti jugak dari membuat entry sempena cuti raya ni.. ehehh... Sebelum tu, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri 2013 yang bakal tiba tidak berapa lama lagi kepada semua umat Islam, juga kepada semua pembaca blog saya ini..


Bunga cempaka harum baunya..
Lebat merimbun di sudut laman..
Ampun dan maaf yang saya pinta..
Salah dan silap, harap maafkan..


Gambar kitar semula.. Teramat malas nak buat kerja mengedit ni..


p/s: Semoga Allah melindungi dan merahmati perjalanan kita dan seterusnya selamat sampai ke destinasi yang dituju... Amin..


**Entry ini asalnya bertarikh 5/8/2013 tapi di-up-kan semula.. hehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)