Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, May 19, 2016

Jangan tersalah jolok!

Assalamu'alaikum.

Jangan tersalah jolok!


Jika mahu menjolok sarang, joloklah sarang burung tempua. Jangan pula dijolok sarang tebuan. 


p/s: Jika tak pandai nak menjolok, janganlah buat kerja menjolok tu. Hari biru jadinya nanti.

Tuesday, May 17, 2016

Adakah kita begini?

Assalamu'alaikum.

Adakah kita begini?


Atau, layakkah kita menggelarkan diri kita sebagai seorang sahabat sejati? 




Kita ni, nak dapatkan status sebagai kawan baik tu pun punyalah susah. Inikan pula nak jadi sahabat sejati. Tapi, tak salah untuk kita terus berusaha. Sekurang-kurangnya, dapat status kawan yang boleh dipercayai, itupun rasanya dah memadai sangat dah.


p/s: Belajar dahulu macam mana nak jadi kawan yang pandai simpan rahsia sebab bukan semua kawan baik boleh simpan rahsia kita. 

Friday, May 13, 2016

Koleksi terbaru.

Assalamu'alaikum.

Koleksi terbaru.


Orang lain berpusu-pusu melabur kat pesta buku di MAEPS (dah habis dahpun), aku pulak sekadar beli secara online sahaja. Jadi la, kan? Sekurang-kurangnya ada jugak yang aku beli untuk menyokong industri penulisan di negara kita. Siapa kata akak tak payung? Heh.




Novel Dame Zoete Sarah dan Teluki Itu Untuk Aku tu, aku dah baca yang versi free iaitu versi e-book kat website PNM. Lepas baca kat situ, tu yang aku terus je beli online dengan pihak Jemari Seni. Mula-mula pihak JS kata buku Teluki Itu Untuk Aku mungkin takde stok dan dorang akan check stok balik semula. Aku dah cuak dah ni. Dalam hati berdoa, minta-minta ada la stok buku tu. Alhamdulillah, ada rezeki untuk aku. Terima kasih pihak Jemari Seni yang sabar melayan mesej aku kat inbox fesbuk. Heh.


Sebenarnya, aku dah agak lama tak membeli novel dalam jumlah yang banyak baik dari penerbitan JS atau penerbitan yang lain. Biasa la. Apabila hati kita kecewa, maka kita akan ambil masa yang lama untuk mengubati rasa kecewa itu. Haha.


Aku beli tiga buah buku baru iaitu Lelaki Bona Fide, Vignette dan Nota tu berserta dengan buku Dapur Mak Cik Raja tu sebab ada diskaun 30%. Kalau takde diskaun banyak tu, harga semua tu lagi mahal. Makanya, disebabkan nak harga yang berpatutan, akupun beli la. Mujurlah perut sotong merah aku tu aku baru isi. Hehe. Yang lagi tiga buah tu rasanya dapat diskaun 20% kot. Tak pulak aku tanya. Haha.


p/s: Jumlah keseluruhan untuk semua buku ni termasuk postage (RM12) menggunakan KTMB adalah RM156.90. Okay la tu, kan? Kita main klik-klik je dan tunggu je kurier hantar depan rumah. 

Monday, May 9, 2016

Sky's Still Blue.

Assalamu'alaikum.

Sky's Still Blue.


Alhamdulillah. Langit pagi ini masih lagi berwarna biru.










Andrew Belle - Sky's Still Blue.


p/s: Tiba-tiba tersuka pulak kat lagu ni. Macam best je dengar. Heh.

Wednesday, May 4, 2016

Jom merempit..!

Assalamu'alaikum.

Jom merempit..!


Dah lama aku tak merempit dengan Mr. S versi old fashion ni. Alhamdulillah, ia masih lagi boleh bekerja dengan baik sebab aku memang jaga betul-betul mesin ni. Kalau aku tak jaga, alamatnya dah tinggal rangka je kot. Maklum la, banyak sangat tangan yang dok mengusik. Sebelum ni mesin ni dah tak berapa elok jahitan dia. Jenuh jugak la aku dok mencari mana silapnya. 




Bil letrik semakin mahal. Tu yang aku guna balik mesin jahit lama ni. Huhuhu. Lagipun sekarang ni cuaca panas sangat. Aku tak berapa berani nak guna mesin jahit letrik yang besar tu. Lagi satu, mesin jahit letrik aku tu ada masanya dia meragam tak nak bergerak. Entah apa yang tak kena, akupun tak tau la padahal setiap dua tahun aku panggil orang Singer datang ke rumah untuk servis mesin tu.


p/s: Penat sebenarnya guna mesin jahit lama ni tapi apa nak buat, dah terpaksa. Heh.

Saturday, April 23, 2016

DIY: Buat sendiri sangkar kucing.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat sendiri sangkar kucing.


Zaman serba meleset ni, eloklah kita kerahkan otak kita untuk lebih berfikir ke arah yang menjimatkan. Jika boleh, serba serbi nak jimat tapi tu la, kadang-kadang tak terjimat jugak. Ada aje yang tersasar dari bajet. Heh.


Disebabkan nak berjimat inilah, aku reda je lengan dan jari aku luka dan calar balar demi untuk menyiapkan sangkar kucing yang aku buat dari rak pinggan terpakai ni.




Mula-mula tu aku gunakan dawai mata punai yang terpakai je. Tapi lepas tu rasa macam tak cukup je dawai tu. Maka, aku putuskan untuk beli dua meter dawai mata punai yang baru. Semeter harganya adalah RM6. Dawai mata punai yang lama tu aku tetap gunakan jugak. Lepas tu aku beli pulak cable ties empat bungkus. Dua bungkus cable ties saiz kecil dan dua bungkus lagi cable ties saiz besar. Setiap sebungkus ada dalam 100 pieces cable ties tu. 




Dan aku beli juga lima batang kayu penyapu untuk dijadikan sebagai tiang bagi mengukuhkan lagi sangkar kucing aku tu. Semuanya aku ikat dengan cable ties je. Sebatang pakupun aku tak gunakan. Sebatang kayu penyapu tu harga dia RM2.



Ini rupa sangkar yang dah siap. Dah macam tarzan dah si bulus tu. Hehe.


Lepas tu, aku tambah lagi satu tingkat dan aku buatkan tangga untuk naik ke atas tingkat tu. Tingkat tu aku just gunakan tingkat dari peti ais yang dah rosak. Aku gantikan jugak kayu kat bahagian pintu tu dengan kayu lapik katil bujang. Katil tu dah rosak tapi kayu alas katil tu aku simpan. Setiap bahagian yang ada ruang besar, semuanya aku tutup samada dengan dawai mata punai ataupun dengan jaring yang tebal. Kalau tak tutup semua tu, confirm budak-budak bulus tu terlepas keluar.




Lepas dah siap sangkar ni, akupun masukkan la budak-budak bulus ni. Punya la bising mulut dorang sebab kali pertama kena kurung. Malam pertama tu aku susah nak tidur sebab dorang bising. Ibu-ibu dorangpun bising jugak sebab aku tak masukkan ibu dorang dalam sangkar tu. Apabila tiba masa nak menyusu je aku masukkan ibu dorang sekali dalam sangkar tu. Tak pun aku keluarkan budak-budak bulus tu menyusu kat luar sangkar.

















Sekarang ni aku tak kurung dah budak-budak bulus ni dalam sangkar. Lagipun dorang dah besar dan sudah pandai membuang kat dalam tempat berisi pasir tu. Sangkar tu aku biarkan kosong tapi masih lagi kekal di beranda. Sekejap je pun guna sangkar tu. Haha.




Budak-budak bulus ni bukannya tau mana satu ibu dorang. Ibu dorangpun bukannya tau mana satu anak dorang. Masing-masing pakat menyusu je. Yang si ibu pulak pakat bagi je susu dorang. Ahahaha.




Tengok ni. Tiga belas ekor budak bulus menyusu kat dua ekor ibu. Sepatutnya ibu tu tiga ekor. Masing-masing berebut-rebut mengopek. Sabar aje la. Hehe.







Sangkar kucing tu bila-bila masa boleh digunakan. Nanti kalau ada lagi kucing yang beranak, boleh la aku letakkan dorang kat dalam sangkar tu. Ingat nak cat sangkar tu biar nampak cantik sikit tapi malas la pulak. Bajet takde maa.. Heh.


p/s: Tolonglah klik iklan Nuffnang tu. Boleh jugak aku kumpul sikit-sikit buat beli cat. Haha.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)