Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 8, 2017

Perbezaan kulit karipap.

Assalamu'alaikum.

Perbezaan kulit karipap.



Ini adalah karipap yang biasa aku gunakan resepinya. Aku panaskan minyak masak dan letak marjerin planta masa akhir menguli doh. Cuma kali ni, aku kelim guna jari je dan tidak menggunakan acuan. 












Dan ini pula doh untuk kulit karipap yang aku panaskan minyak masak dan marjerin planta tu sekali harung, lepas tu baru curahkan ke dalam tepung gandum. 










Doh yang sama tapi cara kelim yang berbeza. Sebelah kiri tu kelim dari atas ke bawah dan sebelah kanan tu kelim dari bawah ke atas. Nampak beza dia punya kelim tapi aku lagi suka kelim dari atas ke bawah (kiri).






Perbezaannya adalah pada doh itu sendiri. Doh yang hanya panaskan minyak masak dan letakkan planta last sekali tu agak berminyak sedikit dan agak susah nak kelim. Apabila digoreng, kulit karipap tu sangat rapuh. Kita goreng malam, pagi esok kulit karipap tu masih lagi rapuh.


Manakala doh yang kita panaskan minyak masak dan planta sekali harung, dohnya sangat lembut dan tidak berminyak. Senang nak kelim walaupun kelim guna jari. Apabila digoreng, kulit karipap tu agak rangup masa baru angkat dari kuali tetapi apabila sudah sejuk, ia jadi agak liat sedikit. 


Jika diukur dari segi rasa, aku lagi suka dengan doh yang pertama sebab kulit dia rapuh biarpun dah sejuk. Dan jika diukur dari segi pembuatan iaitu senang dan mudah untuk handle, aku suka pada doh yang kedua sebab ia sangat mesra alam dan tidak berminyak.


p/s: Pilihan ada di tangan kita. Fikir baik-baik sebelum membuat pilihan.

Friday, May 5, 2017

Mudahnya tanam halia!

Assalamu'alaikum.

Mudahnya tanam halia!

Jom tanam halia jom! Senang je cara nak tanam halia ni. 


Ni cara aku tanam halia. Potong bahagian yang bertunas je. Bahagian selebihnya tu kita guna buat masak. Jangan membazir pi tanam seketul besar halia tu. Halia mahal oii..!




Lepas tu, pi la tanam halia yang dah bertunas tu kat dalam pasu atau polybag. Nak tanam atas tanahpun boleh tapi nanti susah nak kawal jika pokok dah mula membiak. Pastikan tanah tu elok la ya. Jangan pulak pi tanam kat tanah yang keras kedengkung. Rajinlah siram setiap pagi dan petang. Jika rajin, boleh juga siram dengan air basuhan ikan atau air basuhan beras. Cepat la nanti halia tu besar.




Inilah dia hasilnya halia yang aku tanam. Bercampur aduk dengan pokok lain dah ni. Haha. Ada dalam tujuh polybag halia termasuk yang baru aku tanam ni dan satu pasu besar. Sekalipun aku tak pernah ambil. Entah, suka pulak tengok pokok halia tu membesar dan menghijau macam tu. Sanggup pulak pergi beli halia kat pasar. Haha.




p/s: Tanam serai, payah pulak dia nak hidup. Apa cerita ni? Hehe.

Kutip hasil.

Assalamu'alaikum.

Kutip hasil.

Alhamdulillah. Alhamdulilllah. Alhamdulillah. Kutip hasil lagi dari pokok yang ada di sekeliling rumah.


 Kacang panjang merah, kacang panjang renek, bendi dan terung telur itik.


Pisang 40 hari dan durian belanda.


p/s: Berbuat baiklah sesama alam. Berbudilah pada tanah. InsyaAllah, ada hasilnya.

Friday, April 28, 2017

Tau tak apa kegunaan lubang pada gunting dapur ni?

Assalamu'alaikum.

Tau tak apa kegunaan lubang pada gunting dapur ni?


Tau tak?
Kalau tak tau, ni nak bagitau la.
Tapi kalau dah tau tu, bagus la.
Haha.




Inilah kegunaan lubang yang ada pada gunting dapur kita tu. Ada sebab kenapa ia direka sebegitu. Tujuannya adalah untuk membuka penutup botol seperti botol kicap dan sebagainya. Pandai-pandai la adjust lubang tu dengan tutup botol tu. 




Dan ia sangatlah mudah untuk digunakan. Tak payah nak bazir duit pergi beli penutup botol yang khas tu. Haha.





Al-kisahnya, hari tu anak buah aku nak buka botol kicap ni. Punya la dia terkial-kial nak buka tapi dia tak gunakan lubang kat gunting dapur ni. Dia main umpil-umpil je penutup botol tu dengan muncung gunting tu. Lepas tu dia dok mengadu la kat aku. Dia kata susah betul nak buka botol ni dan lepas tu dia minta tolong aku bukakan botol kicap tu.


Akupun cakap la kat dia; Yang kau susah sangat nak bukak botol ni apsal? Kau nampak tak lubang ni (sambil tunjukkan lubang kat gunting tu). Lubang ni tujuan dia untuk bukak botol ni la. Dan akupun tunjuk la demo kat dia. Dia jawab apa tau? Dia kata; Laaa, mana la tau fungsi benda alah (lubang) tu. Haaa, sekarang dah tau, kan? Cuba buat. Nak tengok, jadi ke tak? 


p/s: Ada otak, fikir. Ada akal, guna.

Thursday, April 27, 2017

Tanam jagung manis lagi.

Assalamu'alaikum.

Tanam jagung manis lagi.

27/4/2017. 
Aku baru je selesai menanam anak pokok jagung manis ni ke dalam pasu. Sebelum tu, aku dah siap semai dulu dah benih jagung tu atas tisu yang dilembabkan. Jangan lupa untuk siram atau sembur setiap pagi dan petang setiap hari. Dalam anggaran masa lima hingga tujuh hari, benih jagung dah mula cambah dah. Masa semai bebih jagung ni, aku letakkan bekas berisi benih tu dalam kabinet bawah sinki. Sebab tu warna daun yang keluar tu kekuningan sebab tak dapat cahaya.




Kemudian, aku keluarkan bekas tu dan letakkan pula di atas sinki supaya dia dapat cahaya. Setiap hari aku sembur dengan air supaya anak pokok jagung ni kekal sihat. Warna daunpun dah mula jadi hijau muda. Alhamdulillah.





Dan bermulalah proses mengubah anak pokok jagung manis tadi dari bekas semaian ke dalam pasu. Kawasan keliling rumah dah bersimen. Tu yang tanam jagung dalam pasu. 





Aku letakkan tiga anak pokok jagung manis ni dalam satu pasu sebab pasu ni agak besar. Lagipun jika kita perhatikan, memang jagung ni ditanam secara rapat-rapat untuk memudahkan proses pendebungaan. Keseluruhannya, ada tujuhbelas anak pokok jagung manis ni. Mudah-mudahan semua anak pokok jagung manis ini membesar dengan sihat dan mengeluarkan buah yang elok-elok serta cukup sifat. Aamiin. 




Dan seperti sebelumnya, aku pagarkan pasu ni dengan lidi satay untuk mengelakkan kucing jadikan pasu ni sebagai jamban dorang. Siapa degil, habislah nanti bontot dia terkena cucuk dengan lidi satay tu. Haha.





Dan ini pula anak pokok cili kulai yang aku baru ubah hari tu. Aku pagarkan jugak dengan lidi satay. Maklumlah, kat rumah ni ada banyak kucing.




Habis dah benih jagung manis yang aku kirim kawan grup belikan di MAHA hari tu. Lepas ni, kenalah beli benih jagung yang baru pulak.


p/s: Aku memang sengaja letakkan entri ini dalam blog supaya senang aku cari untuk buat rujukan dan kira tempoh matang setiap pokok yang aku tanam. Nak buat label kat pokok, aku malas. Heh.

Wednesday, April 26, 2017

Kerana terpaksa, kuambil jua walau tanpa rela.

Assalamu'alaikum.

Kerana terpaksa, kuambil jua walau tanpa rela.


Aduhai, syahdu dan sadis sungguh tajuk entri kali ni. Macam kisah alam percintaan je. Hahaha.


Sebenarnya, aku terpaksa ambil dia ni haaa... Kisah sedih yang berkaitan ada kat sini. Silalah klik jika nak baca. Heh.






Tak tau lagi nak tanam apa kat tempat rock melon tu. Belum ada perancangan rapi lagi. Tapi rasanya macam nak tanam kacang panjang merah je sebab dah siap ada tali untuk jadikan pancang.


p/s: Boleh la makan jugak isi buah rock melon tu walaupun tidak masak dengan sempurna.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)