Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, June 6, 2018

Kuih raya ketiga 2018

Assalamu'alaikum.

Kuih raya ketiga 2018.



Hari ini, merupakan hari kedua aku gulung kulit popia ni. Mula-mula buat tu, sakit pinggang aku oii...! Mungkin sebab belum dapat lagi skill yang sesuai. Tapi lepas je dah adapt, ehh, senang la pula. Lepas ni, boleh la ambil tempahan. Kah..!









Aku gunakan putih telur sebagai pelekat. Lebihan putih telur masa buat biskut tart nanas gulung dan biskut bubble rice hari tu masih ada lagi. Makanya, gunakan aje la. Jangan membazir.




Kulit popia yang dah siap digulung, aku jemur dahulu bagi mengelakkan dia berkulat. Kulit popia ni kan lembab. Takut nanti jika tak terus goreng, akan timbul kulat pada kulit popia tu. Aku dah kena dah tahun lepas. Sayang sebab terpaksa buang separuh kulit popia yang dah siap digulung. Tapi kalau nak terus goreng, tak payah la jemur. Aku ni nak goreng sekali harung. Dah siap gulung semua kulit popia tu, barulah aku goreng. Malas nak buat kerja berulang kali.









Ni cara aku gulung kulit popia tu. Lain orang, lain caranya. Aku dengan cara aku la yang aku rasakan lebih efektif dan lebih efficient. Heh. Nak ikut atau tidak, ikut suka korang la. Aku takde la nak memaksa. Aku cuma sekadar nak berkongsi sahaja. 




p/s: Lepas ni, nak buat maruku pula. Ala, maruku yang guna tepung maruku Baba's tu.
.

Tuesday, June 5, 2018

Biskut raya kedua 2018.

Assalamu'alaikum.

Biskut raya kedua 2018.


Ini merupakan kali pertama aku buat biskut bubble rice ni. Resepi dari kakak ipar aku. 











Semangat aku untuk membakar biskut ini jadi terbantut kerana soket untuk plug in oven tiba-tiba sahaja rosak. Betul-betul spoiling my mood. Ceh..! Mungkin sebab power oven aku tu kuat sangat. Tiba-tiba je lampu oven tu padam. Aku ingatkan letrik terputus bekalan. Rupa-rupanya, soket itu yang buat hal.


Sudahnya, aku terpaksa bakar lebihan biskut yang empat dulang lagi tu di atas dapur gas. Jenuh nak tunggu dia masak. Sampai malam baru siap. Mujurlah satu loyang kuih tart nanas gulung aku dah sempat bakar dulu sebelum plug tu buat perangai.




Lepas tu, akupun apa lagi. Mood nak buat biskut raya dah lari, kan? Sudahnya, akupun kemas la semua peralatan yang aku gunakan. Resepi tidak aku sertakan sekali sebab malas dah nak pandang. Gara-gara soket, nak tengok buku resepipun takde mood. Haha.




p/s: Cukuplah dua jenis biskut yang dibakar ni.
.

Saturday, June 2, 2018

Tart nenas gulung: Biskut raya pertama 2018.

Assalamu'alaikum.

Tart nenas gulung: Biskut raya pertama 2018.

Secara jujurnya, aku nak bagitahu bahawa aku memang tak pandai nak buat biskut tart nenas gulung ni. Pada aku, biskut ni agak leceh pembuatannya. Kalau dah jenis malas, macam-macam alasan yang keluar. Ya tak? Kah!


Namun disebabkan ekonomi kat dompet aku agak menyedihkan, maka akupun usahalah buat sendiri biskut tart nenas gulung ni. Takut la pulak kalau raya nanti rumah aku takde kuih raya. Selalunya ada je kaum kerabat yang bawak balik sejenis dua kuih raya tapi mana la tau kot lepas peralihan kuasa ni, masing-masing bawak tangan kosong je. Heh.


Jom tengok gambar. Baca dan hadamkan apa yang aku tulis. Jangan pulak suruh aku lukis gambar sebab terang-terang aku dah letak gambar dah tu haa.. Tett...!


1- Pukul 250 gram butter dengan dua sudu makan susu pekat manis. Pukul guna spatula je. Alah, pukul-pukul gitu je. Janji dia sebati, dah la. Pukul anggaran dua hingga tiga minit. Tak payah nak pukul guna mixer semua tu. Jimatkan letrik, okay. 



2- Lepas tu, masukkan sebiji kuning telur. Pukul lagi biar sebati. Sama macam tadi, pukul dalam dua hingga tiga minit.



3- Kemudian, masukkan pula satu sudu makan shortening. Pukul lagi biar sekata. Dua tiga minit juga ya.



4- Lepas tu, masukkan pula dua sudu makan tepung jagung. Pukul lagi biar sekata. Sama juga, dua tiga minit je.



5- Akhir sekali, barulah masukkan tiga cawan tepung gandum. Gaul rata dan uli dengan jari hingga doh tidak melekat kuat pada jari. Doh biar lembut. Kalau doh keras, nanti susah nak tekan acuan dan adunan biskut akan pecah-pecah.



6- Dan inilah hasilnya doh untuk tart nenas gulung aku.



Ini pula jem nenas yang aku gunakan. Aku beli je jem nenas ni. Malas nak buat sendiri. Lagipun, biskut tart nenas gulung ni bukannya aku buat banyak. 



Sekarang, masa untuk menekan acuan. Aku hanya gunakan acuan samperit tembaga kepunyaan Omak aku. Rare tau acuan ni. Zaman aku kecil lagi acuan ni dah ada dah. Ko ado? Nan hado, kan? 🤭🤭🤭




Tekan acuan, isikan jem nenas dan gulung perlahan-lahan. Sambil gulung tu, sambil tekan jem nenas tu kiri kanan. Maksudnya, jari telunjuk dan ibu jari kena bekerja sama untuk memampatkan jem dalam gulungan tadi. Kemudian, susunkan atas dulang yang sudah dilapik dengan baking paper. 




Bagus lapik dulang pembakar guna baking paper ni sebab lapisan bawah biskut tak melekat dan tak mudah hangit. Satu keping baking paper yang saiz besar tu harga dia cuma 80 sen sahaja.



Sapukan kuning telur pada permukaan biskut tart gulung tu. Hati-hati sapu. Jangan main tenyeh je. Kang tertanggal pulak bentuk biskut tu. Haha.




Sebelum bakar biskut, panaskan dulu oven selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celcius. Lepas tu, bakar la biskut tadi sehingga masak anggaran dalam masa 15-20 minit bergantung pada jenis oven masing-masing.



Lepas keluarkan dari oven, jangan terus usik biskut tu. Kang terbarai terus isi perut dia. Bagi dia sejuk dulu, barulah boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ala, masuk dalam botol plastik tu la. 




Sukatan acuan tu, aku gunakan sukatan cawan/sudu metrik. Sukatan jangan main agak-agak ya. Takut nanti sukatan tu lari, kang lari pulak bentuk dan rasa dia. Lepas tu, mula la salahkan resepi padahal sendiri yang salah. Haha. 


p/s: Masa berbuka puasa tadi, aku dah rasa dah kuih tart nenas aku ni. Alhamdulillah, boleh tahan jugak rasa dia. Lepas ni, boleh la ambil order tart nenas gulung pula. Heh.
.

Wednesday, May 30, 2018

Berbahagi rezeki di bulan Ramadan.

Assalamu'alaikum.

Berbahagi rezeki di bulan Ramadan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Setelah lama menunggu, akhirnya dapat jugak merasa buah durian belanda ni. Kali ini, buah dia besar. Beratnya 2.6 kilogram. Rasanya, inilah buah durian belanda yang paling besar dan berat sepanjang pokok tu berbuah.




Ingatkan apabila buah tu dah kena bungkus, selamat la buah ni dari kena kokak dek tupai. Rupanya, dapat jugak dia gigit sikit. Haha. Tak apalah. Buahpun besar. Apalah salahnya bagi tupai tu makan sikit, kan? Tak larat tupai tu nak habiskan sebuah besar macam tu.




Malam sebelum tu, hujan lebat. Aku rasa pembalut tu jatuh ditimpa hujan. Petang esoknya baru aku ternampak pembalut tu dah ada kat bawah pokok. Akupun apa lagi, berkejar la pergi tengok. Memang betul, buah tu dah kena kokak sikit. Padahal, boleh dikatakan setiap hari aku tengok dan tekan sikit buah tu sebab nak tahu dia dah masak atau belum.




Aku suka tabur garam halus sikit. Barulah sedap dimakan begitu sahaja. Nak buat jus? Maaf la, aku sangat tidak rajin. Heh.


p/s: Ada tiga biji lagi buah di atas pokok tapi buahnya masih kecil lagi. Ada la sebesar penumbuk aku. Nampaknya, raya ni tak dapat la nak kenduri buah durian belanda ini.
.

Tuesday, May 29, 2018

Macam ni je dah RM82.70?

Assalamu'alaikum.

Macam ni je dah RM82.70?

Semalam, aku ke bandar. Beli la 'sikit' barang-barang yang ada kaitan dengan jahitan. Sekali lepas kira semua barang tu, tak tertelan air liur dibuatnya. Mahalnya la haiih..!




Harga barang jahitan makin lama makin mahal. Harga upah jahit baju, kalau aku naikkan sikit, mula la terdengar suara sumbang di belakang. Rasa nak menangispun ada. Tapi nak buat macam mana. Reda aje la. Allah je yang tahu apa yang aku rasa. 


p/s: Apa nak buat. Nak guna, terpaksa la beli juga. 
.

Wednesday, May 23, 2018

Rawatan mujarab untuk kurangkan rasa kebas pada anggota badan.

Assalamu'alaikum.

Rawatan mujarab untuk kurangkan rasa kebas pada anggota badan.

Siapa yang selalu merasa sakit-sakit badan atau sering merasa kebas dan tidak selesa pada anggota badannya, boleh la cuba ikut petua ini. Bahan yang diperlukan pun jenis yang mudah disediakan.




p/s: Tak cuba, tak tau, kan? Lagipun ini bahan semula jadi. Kiranya bebas dari bahan kimia la. Daripada makan supplement atau pil yang kita tak tahu isi kandungannya, baiklah cuba buat dan amalkan dahulu petua ini.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)