Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, February 1, 2020

Warna-warni aiskrim Malaysia.

Assalamu'alaikum.

Warna-warni aiskrim Malaysia.


Ini antara aiskrim Malaysia yang aku buat. Selagi ada kudrat, selagi itulah aku berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Aku sekadar buat sedikit sahaja untuk jualan di rumah. Harapnya, dapat la sokongan dari orang setempat. 


Sebelum ini, aku pernah letak aiskrim aku ni di kedai dengan menumpang freezer di kedai tapi lepas tu, aku diberitahu yang aku dah tak boleh lagi tumpang freezer tu sebab tuan punya freezer tak benarkan sebab dia dah tukar freezer baharu. Tak mengapalah. Adat menumpang, memang begitulah jadinya. Reda dan pasrah aje la walaupun selepas itu, aku dilanda kemurungan sebab barang-barang baru je aku restock. Jenuh aku pujuk hati. Mujurlah adik-beradik aku bagi semangat dan dorang kata, cuba je sambung jual di rumah.


Aiskrim aku ni, aku jual sebatang seringgit sahaja. Sekarang dah tahun 2020 dah. Kenalah faham dengan peredaran zaman dan harga yang serba-serbinya meningkat naik. Lagi-lagi untuk aku yang tinggal di kawasan kampung ni. Harga barang jauh lebih mahal dari harga barang di bandar. 









Untuk aiskrim yang berasaskan susu, aku gunakan susu Saji walaupun harganya agak tinggi. Kenapa aku pilih Saji? Faham-faham sendiri dah la yaa.. 😉












































p/s: Moga Allah luaskan rezeki aku dalam penjualan ais krim Malaysia ni. Aamiin. Tolong doakan sama ya. Terima kasih. 😘😘😘
.

Thursday, January 16, 2020

Kata-kata pemangkin semangat.

Assalamu'alaikum.

Kata-kata pemangkin semangat.


Ada kalanya, kita akan dilanda kemurungan dan pada ketika itulah kita amat memerlukan kata-kata positif untuk menaikkan semangat kita yang merudum. Kalau takde bahu yang kita boleh pinjam, kita boleh aje cari quote di carian google. Kat facebookpun banyak quote yang positif yang orang kongsikan. Kita tinggal pilih je nak ambil yang mana satu.


Aku antara manusia yang suka dengan segala quote dan kata-kata positif ni walaupun ada masanya, akupun bersikap negatif juga. 😁😁😁 Ada kalanya, apa yang dikongsikan itu kena pada situasi dan diri aku. Lagipun, aku kat sini jenis yang kurang gemar bersosial. Jadinya, semangat yang merudum tadi akan segera bangkit apabila baca segala quote pemangkin semangat tadi. Alhamdulillah. 


Image may contain: one or more people, possible text that says '@Follow2words No matter how hard it seems just keep going, don't quit because we only fail when we give up.'




Image may contain: text




p/s: Terima kasih di atas setiap perkongsian kata-kata pemangkin semangat itu.
.

Masak lemak cili padi udang berencahkan nenas.

Assalamu'alaikum.


Masak lemak cili padi udang berencahkan nenas.


Watak utama untuk buat masak lemak cili padi udang dan nenas ni sudah semestinya cili padi, garam, santan, kunyit dan udang. Serai tu watak sampingan je tapi kalau ada, lagi sedap. Bawang-bawang semua tu takde ya.







Masakkan kuahnya dulu. Biar kuah tu mendidih. Sambil masak, kena kacau dan jenguk selalu. Jangan biarkan kuah tu buat hal sendiri. Nanti pecah minyak pulak santan tu. Dah tak cantik rupakuah tu.





Kuah dah mendidih, masukkan nenas. Masak lagi hingga mendidih dan nenas lembut. Lepas tu, baru masukkan udang dan garam. Tunggu mendidih sekejap, baru tutup api dapur.




Okay. Dah siap dah...! Sekejap je masak macam ni sebab bahan semua dah ready. Haha.







Sedapnya la haihh.. Kecur liur dibuatnya. 🤤🤤🤤




p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Moga rezeki kita semakin melimpah ruah. Aamiin.
.

Wednesday, January 15, 2020

Pokok nenas dah berbuah.

Assalamu'alaikum.


Pokok nenas dah berbuah.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tiga pokok nenas dalam pasu dan dua pokok nenas atas tanah dah berbuah. Kiranya, ada lima pokok nenas yang sedang membuahkan hasil. Sebelum ni pun dah beberapa kali makan buah nenas ni. Alhamdulillah.






Siapa kata tanam nenas dalam pasu tak boleh berbuah? Yang kata macam tu sejenis manusia yang hanya pandai berkata-kata sahaja. Dia tak buatpun (tanam pokok nenas tu) tapi dia punya kata-kata macamlah dia dah buat semua tu. Jadi, abaikan aje orang macam ni. 🤭🤭🤭





Jiran kiri kanan akupun dah mula dah tanam pokok nenas dalam pasu dan polybag. Sebelum ni pun dorang macam tak percaya jugak tapi aku dah tunjukkan bukti, barulah dorang percaya. Cumanya, buah nenas yang tanam dalam pasu ni takde la besar gedabak macam tandan buah sawit. 😂😂😂


Update:

Hari ni, aku tengok ada sepokok lagi pokok nenas dalam pasu dah mula berbuah. Alhamdulillah. Ini menjadikan kesemua pokok nenas yang sedang berbuah adalah enam pokok termasuk empat pokok yang dalam pasu.




p/s: Tak cuba, tak tahu, kan? Sebab tu, kena cuba  buat dulu. Jangan pulak belum cuba tapi dok pung pang pung pang sana-sini. Sekali dua, orang layankan aje tapi kalau dah kerap sangat, orangpun jadi meluat. 
.

Tuesday, January 14, 2020

Patahnya hatiku...

Assalamu'alaikum.

Patahnya hatiku...


Pokok kaktus aku yang ini, aku dah tak ingat tahun berapa aku tanam. Asalnya aku tanam dalam pasu. Apabila tengok dia semakin meninggi, aku ubah ke tanah. Masa ubah ni sekitar tahun 2012.

Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: plant, sky, tree, flower, outdoor, nature and food

Image may contain: plant, tree, sky, cloud, outdoor and nature


Entah macam mana, pada 30/8/2019 yang lalu, salah satu batang pokok kaktus ni tiba-tiba je patah. Dah la sedih sebab dia patah. Lepas tu, bertambah sedih sebab batang yang patah tu jatuh menimpa pasu orkid aku. Sayang oo pasu tu. Hadiah dari adik ipar aku tu. 







Aku kutip beberapa keping telinga kaktus ni. Ada yang aku bagi kat staff pejabat pos dan ada yang aku tanam balik semula. Tanya jiran, dorang tak nak kaktus ni. Maka, yang selebihnya tu, terpaksalah aku buang sebab dah takde tempat nak tanam.




Akupun dah mula jual keratan pokok kaktus yang ada kat rumah aku. Duit hasil jualan tu, boleh la aku beli tanah untuk semai lagi pokok kaktus ni. Aku jual RM10 untuk 7 jenis pokok kaktus. Jika bernasib baik, dapat la lebih dari 7 jenis tu. Harga tak masuk postage. 



Image may contain: food

Image may contain: plant and food


p/s: Sekarang ni zaman duit. Jual je apa yang boleh dijual. Yang penting, bukan jual hasil curi atau jual diri. Ehh...!
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)