Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 9, 2020

Gotong-royong tanam pokok bunga loceng.

 Assalamu'alaikum.

Gotong-royong tanam pokok bunga loceng.


Pada 2/11 yang lalu, ada gotong-royong tanam pokok bunga loceng di kawasan aku. Jadinya, AJK bagi GPW kenalah turun padang. Ini merupakan kali kedua tanam pokok loceng ni sebab kali yang pertama hari tu, banyak pokok yang mati. Kiranya kali ni kena sulam balik la dan gantikan pokok yang mati tu. 


Dah, tak payah nak bebel panjang sangat. Tengok gambar aje dah laa.. 😁😁😁 Susunan gambar adalah tidak mengikut turutan. Hentam aje la labuuu...
























Kitorang panggil bunga ni dengan nama bunga loceng je. Sesuka hati je letak nama, kan.. Haha. Tapi nama saintifiknya ialah allamanda cathartica. Benda boleh google, google aje la.. 😂😂😂

p/s: Lepas ni, ada lagi gotong-royong yang bakal menyusul. Aku okay je. Sesekali berjumpa, rasa seronok pula. Oh ya, kawasan aku masih lagi zon hijau. Alhamdulillah.

.

Saturday, November 7, 2020

Nasi ayam style kakak.

 Assalamu'alaikum.

Nasi ayam style kakak.


Semalam, kakak aku masak nasi ayam. Sambil tu, aku tengok la cara dia buat nasi ayam tu. Aku memang tak pandai buat nasi ayam ni. Seumur usia aku, baru sekali aku masak nasi ayam. Itupun aku ikut cara Elly Mazlein kat youtube. Haha.


Okay, jom la tengok gambar. Aku tak sempat nak ambil semua gambar sebab masa ni akupun sibuk nak buat inti karipap.

 

Untuk masak nasi ayam ni, kakak aku tumiskan dulu 4 sekawan dengan marjerin dan sedikit minyak masak. Lepas tu, dia masukkan serai. Serai tu biar sampai garing sikit. Kemudian, dia masukkan pula bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan halia. Lepas tu, dia masukkan pula daun pandan. Kemudian, tuangkan bahan tadi ke dalam periuk berisi beras dan kacau rata. Beras tu cuci dulu dan toskan. Lepas tu baru masukkan air rebusan sup ikut sukatan yang sesuai. Dan masak la macam biasa.


Sup ni tumiskan sekejap rempah sup bunjut bersama 4 sekawan. Lepas tu barulah masukkan ayam dan air. Masak la sampai mendidih. Jangan lupa perisakan garamnya.


Ayam tu kita rebus sekejap dalam kuah sup. Lepas tu angkat dan gaulkan dengan kicap manis. Perap sekejap dalam 30 minit atau sejam.


Lepas tu, goreng ayam yang diperap tadi. Goreng sekejap je sebab ayam tu dah rebus dulu, kan..



Untuk buat sos ni, gunakan dalam 10 biji cili merah, dua ulas bawang putih dan sebiji tomato. Kisar dengan menggunakan air sup tadi. Letak sikit daun sup. Masak hingga mendidih dan perisakan garam gulanya.


Sambal kicap ni boleh cari kat dalam blog aku ni. Ada aku kongsikan cara membuatnya.

p/s: Sedap nasi ayam dia. Nanti aku nak cuba buat la.

.

Friday, November 6, 2020

Resepi dan cara buat karipap frozen.

 Assalamu'alaikum.

Resepi dan cara buat karipap frozen.

Kakak aku yang kat Labu tu nak makan kuih karipap yang aku buat. Jadi, aku buatkan la. Tak sampai hati pulak nak reject permintaan dia. 



Aku dah lama sungguh tak buat kuih karipap ni. Terpaksalah aku selongkar buku resepi aku yang dah uzur tu. Haha.


Jom tengok gambar dan sedikit penjelasan yang aku berikan. Harapnya korang faham la ya. Kalau tak faham, boleh tanya kat ruang komen atau pergi je kat personal fb aku. InsyaAllah, aku sedia membantu. Tapi better tanya kat fb la sebab aku banyak lepak kat situ. 😁😁😁






Air tu sama paras dengan kentang. Ini kalau guna kentang yang kulit kuning tu sebab jenis kentang ni lambat sikit nak empuk.


Anggaran lagi seminit nak tutup api dapur, masukkan hirisan daun sup. Pertama kali aku buat inti karipap letak daun sup. Memang sedap..!



Ramas mesra butter dan tepung hingga jadi seperti serbuk roti.


Curahkan minyak masak yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Gaul dengan sudu dulu. Dah suam, baru gaul guna jari.


Dia jadi macam ni.


Masukkan air sejuk dari peti ais. Ikut sukatan betul-betul sebab air ni ngam-ngam je dengan sukatan. Penat oii aku try and error dan olah resepi ni. Ingat senang ke nak dapatkan resepi dan tekstur karipap yang kena dengan tekak sendiri? Sudah weiii... Mujurlah aku gigih usaha demi untuk diri sendiri jugak. 😘😍😀


Tambah 1/2 sudu makan marjerin untuk bagi doh licin. Jangan tambah lebih sebab nanti kulit karipap jadi berminyak sangat.


Dia jadi macam ni. Dalam bekas tu bersih dah takde sisa tepung yang tinggal.


Tengok video yang aku kongsikan di bawah. Gigih tu rakam video demi untuk beri kefahaman pada orang lain. 😄😃😉





Cara bulat-bulatkan doh karipap.


Perap dalam sejam atau sejam lebih untuk bagi doh lembut. Perap sampai keluar minyak.








p/s: Sukatan bahan dalam resepi aku tu ngam-ngam je. Sekilo tepung gandum dapat dalam 96 biji karipap.

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)