Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, February 22, 2013

Ustaz Kazim Elias: Pintu Ke Syurga...

Assalamualaikum...

Ustaz Kazim Elias: Pintu Ke Syurga...

Sedikit sedutan video daripada rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 malam tadi..



Pergi kenduri kawen jangan dok mengata pengantin... :)


p/s: Nak masuk tandaspun kena bayar, kena ada tiket.. Apa tah lagi nak masuk ke tempat penuh nikmat, masuk ke syurga.. Lagi la banyak tiket yang diperlukan..

Thursday, February 21, 2013

Santau gemuk... huhuhu...

Assalamualaikum...

Santau gemuk... huhuhu...


Untuk menghalang diri dari terkena santau angin, bolehlah diamalkan membaca sepotong ayat daripada surah Al-Araf iaitu ayat 17:

مَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ 

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

Sedikit sedutan daripada rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran tengahari tadi.. Kalau tak berapa nak dengar, silalah gunakan speaker kuasa kuda... huhuhu...





p/s: Janganlah amalkan santau-santau ni.. Berdosa tau.. huhuhu....

Wednesday, February 20, 2013

Kepok Ganu...

Assalamualaikum...

Kepok Ganu...


Keropok atau kepok ni mak kirim kat kawan kakak ipar aku.. Masa cuti raya cina hari tu, orang tu balik kampung dia kat Terengganu. Tu yang mak aku kirim tu.. Mak aku cakap, beli dalam bajet seratus ringgit...




Kat rumah aku ni selalunya memang ada stok samada keropok kering ataupun kerepek belinjau. Keropok ni bukannya untuk orang yang datang bertandang ke rumah, tapi keropok ni adalah untuk dijadikan kudapan bila kaum-kerabat aku balik sini. Dorangkan jenis berjaga sampai pagi. Kadang-kadang takde apa nak digigit. Tu yang mak aku beli keropok ni.. Sediakan aje la sos cili sebab anak-anak buah aku memang hantu sos cili ni. Tak lengkap makan keropok ni kalau takde sos cili tu..




Kadang-kadang mak aku ada jugak kirim keropok kat jiran Kelantan tapi ada beberapa kali tu, keropoknya bila dimakan, lidah dan tekak jadi gatal-gatal. Tak tau la kenapa. Sejak hari tu, mak aku jarang dah nak kirim beli keropok dari sana. Kirim je dengan orang Ganu tadi. Ikut pandai dia la nak pilih jenis macam mana. Lagipun dia memang dah biasa membeli keropok ni. Dah semestinya dia tau nak pilih yang mana elok, kan..


Aku suka jugak makan keropok ni.. Kalau sebelum ni makan keropok ni macam tu je. Tapi masa zaman aku bekerja dulu, aku tinggal serumah dengan orang-orang pantai timur dan dari situlah aku dah pandai jadikan keropok ni sebagai lauk.. Sedap wehh makan nasi berlaukkan keropok goreng dengan telur mata kerbau + kicap masin.. Perrgghhh...!!!


p/s: Kenapa ada keropok yang gatal bila dimakan ehh... Dan macam mana nak pilih keropok tu masa membeli..? 

Tuesday, February 19, 2013

Rezeki di pagi hari... :)

Assalamualaikum...

Rezeki di pagi hari... :)


Alhamdulillah...
Pagi-pagi dah ada jiran datang rumah bagi ikan apa entah dengan sayur apa entah.. Jiran tu kata dia tak pandai makan ikan tu.. Sebab tu dia bagi kat mak aku.. Ikan tu anak dia dapat masa memancing.. Sayur tu pulak dia tanam sendiri kat rumah dia..


Ikan tu aku tengok macam ikan lais je tapi tak tau la betul ke tak. Aku ni pun bukannya boleh percaya sangat, bukannya kenal sangat ikan-ikan ni.. hehe.. Sayur tu pun aku tak tau apa nama dia.. Kalau kangkung tu aku tau la.. kehkehkeh....


Ikan tu nampak ekor je.. Malas nak buka plastik punya pasal.. hehh..


p/s: Rezeki jangan ditolak, ya tak..? Moga rezeki jiran tadi makin bertambah.. Amin3...

**Oh ya, aku dah tanya mak aku nama ikan tu.. Mak aku kata, ikan tu ikan belida... Aku ingatkan ikan lais.. hikk...

Monday, February 18, 2013

Cintaku Luruh Di Oxford...

Assalamualaikum...

Cintaku Luruh Di Oxford...

Sejujurnya aku tidak pernah membaca novel karya Noor Suraya dan Imaen ini.. Malahan aku tak taupun bahawa mereka merupakan pasangan suami isteri.. Aku ingatkan Imaen tu seorang perempuan berdasarkan namanya yang suwit-suwit gitu.. hehehe...

Tapi masa kat rumah kakak, aku ada jugak nampak beberapa buah novel karya pasangan ini sebab anak buah aku memang peminat setia karya mereka berdua.. Aku je yang ketinggalan.. ehehh.. Namun, tidak la aku rasa nak membelek semua novel yang ada tu..

Jadi, masa PB1M hari tu, akupun beli la beberapa buah novel karya Noor Suraya ni termasuklah novel Cintaku Luruh Di Oxford atau CLDO ni.. Dan aku baru je selesai membacanya.. Pendapat aku, novel ni bagus sebab penceritaannya sangat terperinci.. Cuma, perlu diingat bahawa jika anda jenis pembaca yang tidak suka nak baca kisah tentang satu-satu sejarah tu, mungkin CLDO ini bukan pilihan yang tepat..

Namun, jika anda peminat filem Lord Of The Rings dan yang seangkatan dengannya, boleh la baca CLDO ni sebab ada diselitkan tentang tempat penggambaran filem itu dan secara tak langsung, anda boleh bayangkan bagaimana suasana tempat itu.. Juga diceritakan tentang kehebatan Rumah Shakespeare yang sering menjadi tumpuan pelancong..

CLDO berkisar tentang kisah seorang gadis yang bernama Zuha Zaid Salim yang mendapat peluang belajar di Lady Margaret Hall College atau dikenali dengan University Oxford dalam jurusan English Language & Literature. Zuha merupakan seorang anak ahli politik yang kemudiannya terpaksa menamatkan pelajarannya kerana ayahnya ditahan atas dasar menentang kerajaan..


Novel terbitan Adiwarna ini setebal 738 muka surat dan harga pasaran di Semenanjung adalah RM34...


Dalam masa yang sama, Zuha memendam perasaan sukakan seorang pelajar jurusan Ekonomi & Pentadbiran dari universiti yang sama iaitu Muhammad Falah bin Ahmad Nordin.. Tanpa mereka berdua sedari, sebenarnya mereka berdua saling tertarik antara satu sama lain. Atas kerana sifat malu untuk meluahkan perasaan, akhirnya hubungan mereka terputus begitu sahaja..


"Baru lepas. Mak masak sambal tumis udang. Sedap. Jamuan kau nanti boleh ke lawan sambal tumis udang mak. Tapi dah orang jamu tu, kau makan banyak-banyak ya. Anak kau kirim salam. Babai." - Damina


Zuha pulang ke Malaysia tanpa berpeluang untuk meluahkan isi hati kepada Falah. Dan Falah pula kecewa bila tiga kali ternampak Zuha bersama dengan seorang lelaki kacak lantas mengambil keputusan untuk menjauhi Zuha... Falah fikir Zuha sudah berkahwin dengan lelaki tersebut manakala Zuha pula fikir Falah sukakan Damina kerana mereka berdua dilihat sering menghabiskan masa bersama malah Falah juga kenal seisi keluarga Damina.. Itu menguatkan lagi andaian Zuha yang Falah memang ditakdirkan untuk jadi milik Damina.. Kesian Zuha.. Memendam rasa cinta seorang diri.. huhuhu...


"Mak, Falah ni sibuk dengan kerja. Falah tak ada siapa-siapa. Jadi kalau emak nak tolong cari untuk Falah pun..., kalau emak dah berkenan, Falah ikut saja.." - Falah


Kehadiran Wassim, Damina, Nik Mabel, Abang Syukri, dan lain-lain watak berjaya mengembangkan lagi cerita dalam CLDO ini. Masing-masing ada peranan masing-masing. Damina yang sukakan Falah, akhirnya kecewa bila Falah sekadar menganggapnya hanya sebagai kawan biasa. Wassim yang diamanahkan menjadi penjaga Zuha tiba-tiba jatuh hati pada gadis yang muda separuh daripada umurnya. Nik Mabel yang bercita-cita ingin menjadi penulis novel juga banyak peranannya dalam menyatukan hubungan Falah dan Zuha..


"Dia yang saya tunggu selama ini, sudah beristeri..!" - Zuha


Bagaimanakah kesudahan kisah CLDO ini..? Berjayakah Wassim menjadikan Zuha sebagai isterinya..? Berjayakah Damina menjadikan Falah sebagai suaminya..? Adakah Zuha masih menaruh harapan terhadap Falah..? Bagaimana pula dengan Falah yang sering mengejar Zuha yang selalu melarikan diri daripadanya..? Seperti biasa, nak tau, kena la beli dan baca sendiri.. muahahaha... Oh ya, novel ni dibahagikan kepada tiga bahagian..


p/s: Nak baca novel macam ni, yang banyak penceritaan di dalamnya memang memerlukan mood yang betul-betul baik.. Kalau tidak, memang baca separuh jalan je la.. Rasanya aku dah mulai sukakan karya Noor Suraya ni.. :)

Saturday, February 16, 2013

Ibu, bapa, datuk dan nenek...

Assalamualaikum....


Ibu, bapa, datuk dan nenek...


Nasib baik la aku ni bukannya seorang cikgu..
Nasib baik la ini bukan kerja anak-anak buah aku..
Kalau tak, mau aku pitam sepuloh saat...


Tapi................................
Kalau........................
Aku.....................
Nak...............
Gelak........
Boleh...
Tak?


Hehehehe....


Apa kata ibu, bapa, datuk dan nenek semua pasal ni..???





p/s: Hahahahahaha... adoyaiii... Sabo je la ya cikgu semua.. Jangan dimarah budak-budak itu.. Senyum sokmolah.. adehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)