Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 9, 2018

Cara buat tali butang untuk baju kurung.

Assalamu'alaikum.

Cara buat tali butang untuk baju kurung.


Ini cara aku untuk buat tali butang bagi baju kurung, baju melayu dan yang seumpama dengannya. Caranya mudah je. Perhatikan betul-betul jari jemari montok aku beraksi di dalam video tu. 😜😜😜





Gunakan tiga lembar benang. Nanti benang tu dilipat (?) dua dan jadilah dia enam lembar. Baru nampak kemas sikit tali butang tu. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Benang yang kat jari tu kena tegangkan. Sebab tu aku pegang benang tu. Berhati-hati sebab benang mudah berbelit dan bersimpul. 


Aku rasa, aku dah masukkan video ni kat dalam entri blog tapi apabila aku cari balik semula, tak jumpa la pulak. Mungkin aku hanya kongsikan di facebook sahaja.


p/s: Selamat mencuba ya.
.

Thursday, November 8, 2018

Buat lagi tepung goreng pisang rangup homemade.

Assalamu'alaikum.

Buat lagi tepung goreng pisang rangup homemade.


Memandangkan pisang kematu yang aku beli hari tu masih ada lagi (dah kau beli sampai tiga sisir, opkos la ada lagi), maka, akupun buat lagi bancuhan untuk tepung goreng pisang rangup tu. Tapi kali ini, aku add on tiga bahan lagi untuk penambaikan. 😍😍😍




Kali ini, aku ikut resepi dari Normala Saad. Beliau ada kongsikan resepi beliau di dalam entri aku yang ini. Cumanya, aku tak masukkan tepung beras. Masih lagi kekal dengan tepung gandum.


Resepi masih sama. Cuma ada tambahan sikit. Disebabkan aku nak goreng tempe sekali dan pisangnya lebih sikit dari hari tu, maka sukatan tepung gandum tu aku tambah sikit.


2 senduk makan tepung gandum.
1 sudu makan gula pasir.
1 sudu makan planta.
2 sudu makan minyak masak.
1/2 sudu teh garam.
2 sudu makan air kapur.
1 sudu teh serbuk kunyit.
Air suam secukupnya.

Gaulkan semua bahan kecuali air. Bahan dah sebati, baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yang kita kehendaki. 





p/s: Alhamdulillah. Sedap. Tak percaya? Cuba buat dulu maaa.. 😀😀😀
.

Wednesday, November 7, 2018

Ziarah orang sakit.

Assalamu'alaikum.

Ziarah orang sakit.


Petang Isnin hari tu, aku ke hospital Kuala Lipis bersama dengan dua orang jiran untuk menziarah seorang jiran yang sakit. Jiran tu ditempatkan di wad dalam hospital baru. Wad tu nampak selesa jika nak dibandingkan dengan wad di hospital (bangunan) lama. Alhamdulillah.




Janji dengan jiran, nak pergi pukul 3.30 petang. Aku ni, pukul tiga lagi dah siap dah. Maklumlah, tumpang naik kereta orang, kenalah siap awal. Tup-tup, pukul empat kot baru jiran tu datang ambil aku kat rumah. Sepanjang jalan hujan je. Mujurlah masa tiba di hospital, hujan dah mulai reda.





Anak jiran yang jadi pemandu, tidak ikut naik ke wad. Mungkin dia segan sebab dia seorang je lelaki. Maka, kami bertigapun naik la. Satu hal pulak sebab kena guna lif. Ada je tangga kat sebelah lif tu tapi takkan la nak bawak makcik dua orang tu naik tangga, kan? Nak naik lif ni, akupun tak pandai. Hahaha. Maklum la, mana pernah aku naik lif dengan bawak orang lain. Selalunya, aku yang ikut orang. Cuak tu jangan cakap la tapi aku cuba untuk tidak gabra. Cool bebeh..! Kononnya la tapi dalam hati, berdebar jugak ni. 😁😁😁


Sudahnya, tawakal je la. Nak tekan button tutup atau tahan pintu lif jangan bagi tutup tu pun aku tak tahu weii.. Makcik dua orang tu lagi la tak tahu. 😅😅😅. Kitorangpun apa lagi, pakat la dok gelak sakan. Memang macam rusa masuk kampung sungguh aihh..! Akhirnya, jumpa juga katil jiran yang sakit tu. Itupun jenuh jugak menanya nurse yang bertugas.




Selesai jumpa jiran tu, satu hal lagi nak turun balik. Syukurlah jumpa seorang gadis yang baru keluar dari lif. Akupun tanya la kat dia mana fungsi button yang ada kat dalam lif tu. Lepas tu, aku tanya lagi, button kuning ni untuk apa? Dia cakap, itu untuk kecemasan. Akupun pakat gelak je la. Aku cakap, mujurlah akak tak tekan tadi. Kalau tak, mau kecoh hospital ni. Minah tu gelak je dengar cerita aku. 


Lepas tu, dia kata, jangan tekan nombor satu sebab situ tempat simpan mayat. Gulp! Mujurlah dia bagitahu. Katanya, tekan nombor tiga je sebab sampai situ je parasnya. Kiranya hospital baru ni ada enam tingkat la. Akhir sekali, aku ucap la terima kasih banyak-banyak kat dia. Orang dah berbudi kat kita, takkan kita nak berkurang ajar pulak, kan? 




Masa nak masuk dalam lif untuk turun tu, masuk jugak satu keluarga ni. Maka, bercerita la sesama kami fasal isu lif tadi. Orang tu pun ada pengalaman jugak. Dia tekan button nombor satu dan apabila pintu lif terbuka je, diapun pelik sebab terhidu bau kapur barus. Seram aiihh..! Akupun buat la lawak bodoh. Aku cakap, mujur takde pocong tunggu depan lif tu. Pakat gelak je la memasing. 😂😂😂


p/s: Malu bertanya, sesat jalan. Setiap kejadian yang berlaku, boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman.
.

Tuesday, November 6, 2018

Tepung goreng pisang rangup homemade.

Assalamu'alaikum.

Tepung goreng pisang rangup homemade.


Pagi tadi, semasa di pekan sehari, aku beli la tiga sisir pisang kematu. Geram punya fasal. Kenapa geram pulak? Geram la sebab kelmarin aku beli pisang goreng. Seringgit tiga keping. Nipisnya la haiih pisang tu. Gamaknya sebiji pisang tu dibelah tiga. 


Aku baru je goreng pisang kematu tu. Disebabkan tepung goreng pisang dah kehabisan stok, maka akupun mulakan pencarian di facebook. Wah, ramai sungguh orang yang bermurah hati berkongsi resepi homemade tepung goreng pisang ni. Dalam banyak-banyak resepi tu, aku tergerak hati nak pilih yang satu ni. Yang ni mudah je nak buat dan bahannyapun memang ada kat dapur kita. Tak perlu nak pening-pening kepala mencari.




Bahan-bahan dan caranya adalah seperti di bawah. Ni sukatan yang aku adjust sendiri mengikut kuantiti pisang yang aku goreng tu iaitu sepuluh biji. Dalam resepi asal, dinyatakan ada gula pasir tapi aku tak letakpun. Akukan sedang menjauhi gula pasir. 😀😀😀


1 1/2 senduk tepung gandum. (anggaran 1 cawan)
1/2 sudu teh garam halus.
2 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan planta.
Air suam secukupnya.


Bancuhkan semua bahan dengan air suam. Bancuhan tu jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Agak-agak sendiri la ya. 


Lepas ni dah tak payah gelabah kalau takde tepung goreng pisang untuk menggoreng. Dah boleh buat sendiri dah. Dah boleh berjimat dah. Maklum la, zaman sekarang ni zaman meleset. Semua bajet nak kena catu. ✌✌✌


p/s: Sila klik di sini untuk tengok video cara bancuhan tepung tu ya. Terima kasih pada yang sudi berkongsi resepi. Alhamdulillah. Moga Allah murahkan rezeki anda.
.

Layan jap ambil mood.

Assalamu'alaikum.

Layan jap ambil mood.


Sesekali, layan jugak lagu rare ni. Lagu DJ Dave ni best jugak. Santai dan cool je. Takde la macam lagu zaman sekarang yang terpekik terlolong menjerit sampai nak terkeluar taik telinga mendengarnya. ✌✌✌




p/s: Mood terbang melayang. Macam ni la jadinya apabila badan tak berapa sihat. Bersabar dan bertabah je la melayan mood swing macam ni. 😊😊😊
.

Sunday, November 4, 2018

Orang perempuan mesti kena kuat..

Assalamu'alaikum.

Orang perempuan mesti kena kuat.


Bukan semua orang perempuan berjiwa lemah dan suka menunjuk-nunjuk, baik dari segi kelebihan apatah lagi kekurangan mereka. Ada je yang low profile tapi berjaya menangani masalah dengan cara tersendiri. Apa yang penting, semangat untuk berjuang itu kena kuat. Apabila semangat dah ada, barulah boleh merancang apa yang perlu dibuat dengan teliti. 


Lagi satu, jadi orang perempuan ni, jangan suka sangat merajuk dan mudah sentap. Langsung tak boleh ditegur. Asal tegur je, mulalah melenting. Mulalah bermasam muka. Beli produk kecantikan mahal-mahal tepek kat muka tapi kalau asyik sentap dan masam je muka tu, takde ke mana perginya. Hodoh jugak rupa muka tu. ✌✌✌





p/s: Jadi perempuan, kena kuat. Jangan mudah terpesong dan terdorong dengan segala pujuk rayu syaitan.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)