Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, January 16, 2020

Kata-kata pemangkin semangat.

Assalamu'alaikum.

Kata-kata pemangkin semangat.


Ada kalanya, kita akan dilanda kemurungan dan pada ketika itulah kita amat memerlukan kata-kata positif untuk menaikkan semangat kita yang merudum. Kalau takde bahu yang kita boleh pinjam, kita boleh aje cari quote di carian google. Kat facebookpun banyak quote yang positif yang orang kongsikan. Kita tinggal pilih je nak ambil yang mana satu.


Aku antara manusia yang suka dengan segala quote dan kata-kata positif ni walaupun ada masanya, akupun bersikap negatif juga. 😁😁😁 Ada kalanya, apa yang dikongsikan itu kena pada situasi dan diri aku. Lagipun, aku kat sini jenis yang kurang gemar bersosial. Jadinya, semangat yang merudum tadi akan segera bangkit apabila baca segala quote pemangkin semangat tadi. Alhamdulillah. 


Image may contain: one or more people, possible text that says '@Follow2words No matter how hard it seems just keep going, don't quit because we only fail when we give up.'




Image may contain: text




p/s: Terima kasih di atas setiap perkongsian kata-kata pemangkin semangat itu.
.

Masak lemak cili padi udang berencahkan nenas.

Assalamu'alaikum.


Masak lemak cili padi udang berencahkan nenas.


Watak utama untuk buat masak lemak cili padi udang dan nenas ni sudah semestinya cili padi, garam, santan, kunyit dan udang. Serai tu watak sampingan je tapi kalau ada, lagi sedap. Bawang-bawang semua tu takde ya.







Masakkan kuahnya dulu. Biar kuah tu mendidih. Sambil masak, kena kacau dan jenguk selalu. Jangan biarkan kuah tu buat hal sendiri. Nanti pecah minyak pulak santan tu. Dah tak cantik rupakuah tu.





Kuah dah mendidih, masukkan nenas. Masak lagi hingga mendidih dan nenas lembut. Lepas tu, baru masukkan udang dan garam. Tunggu mendidih sekejap, baru tutup api dapur.




Okay. Dah siap dah...! Sekejap je masak macam ni sebab bahan semua dah ready. Haha.







Sedapnya la haihh.. Kecur liur dibuatnya. 🤤🤤🤤




p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Moga rezeki kita semakin melimpah ruah. Aamiin.
.

Wednesday, January 15, 2020

Pokok nenas dah berbuah.

Assalamu'alaikum.


Pokok nenas dah berbuah.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tiga pokok nenas dalam pasu dan dua pokok nenas atas tanah dah berbuah. Kiranya, ada lima pokok nenas yang sedang membuahkan hasil. Sebelum ni pun dah beberapa kali makan buah nenas ni. Alhamdulillah.






Siapa kata tanam nenas dalam pasu tak boleh berbuah? Yang kata macam tu sejenis manusia yang hanya pandai berkata-kata sahaja. Dia tak buatpun (tanam pokok nenas tu) tapi dia punya kata-kata macamlah dia dah buat semua tu. Jadi, abaikan aje orang macam ni. 🤭🤭🤭





Jiran kiri kanan akupun dah mula dah tanam pokok nenas dalam pasu dan polybag. Sebelum ni pun dorang macam tak percaya jugak tapi aku dah tunjukkan bukti, barulah dorang percaya. Cumanya, buah nenas yang tanam dalam pasu ni takde la besar gedabak macam tandan buah sawit. 😂😂😂


Update:

Hari ni, aku tengok ada sepokok lagi pokok nenas dalam pasu dah mula berbuah. Alhamdulillah. Ini menjadikan kesemua pokok nenas yang sedang berbuah adalah enam pokok termasuk empat pokok yang dalam pasu.




p/s: Tak cuba, tak tahu, kan? Sebab tu, kena cuba  buat dulu. Jangan pulak belum cuba tapi dok pung pang pung pang sana-sini. Sekali dua, orang layankan aje tapi kalau dah kerap sangat, orangpun jadi meluat. 
.

Tuesday, January 14, 2020

Patahnya hatiku...

Assalamu'alaikum.

Patahnya hatiku...


Pokok kaktus aku yang ini, aku dah tak ingat tahun berapa aku tanam. Asalnya aku tanam dalam pasu. Apabila tengok dia semakin meninggi, aku ubah ke tanah. Masa ubah ni sekitar tahun 2012.

Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: plant, sky, tree, flower, outdoor, nature and food

Image may contain: plant, tree, sky, cloud, outdoor and nature


Entah macam mana, pada 30/8/2019 yang lalu, salah satu batang pokok kaktus ni tiba-tiba je patah. Dah la sedih sebab dia patah. Lepas tu, bertambah sedih sebab batang yang patah tu jatuh menimpa pasu orkid aku. Sayang oo pasu tu. Hadiah dari adik ipar aku tu. 







Aku kutip beberapa keping telinga kaktus ni. Ada yang aku bagi kat staff pejabat pos dan ada yang aku tanam balik semula. Tanya jiran, dorang tak nak kaktus ni. Maka, yang selebihnya tu, terpaksalah aku buang sebab dah takde tempat nak tanam.




Akupun dah mula jual keratan pokok kaktus yang ada kat rumah aku. Duit hasil jualan tu, boleh la aku beli tanah untuk semai lagi pokok kaktus ni. Aku jual RM10 untuk 7 jenis pokok kaktus. Jika bernasib baik, dapat la lebih dari 7 jenis tu. Harga tak masuk postage. 



Image may contain: food

Image may contain: plant and food


p/s: Sekarang ni zaman duit. Jual je apa yang boleh dijual. Yang penting, bukan jual hasil curi atau jual diri. Ehh...!
.

Monday, January 13, 2020

Aduhai blender..!

Assalamu'alaikum.

Aduhai blender..!


Apabila kau dah siap rebus cili kering, dah masukkan cili tu dalam blender dah. Tapi apabila kau tekan je button kat blender tu, dia tak bergerak.. 😅😅😅 Dah la stok cili blend takde langsung..! Dah la cili kering tu stok last yang kau rebus..! Adoiii.... Masa ni jugak la kau nak rosak blender oiii...!




Gigih aku pi angkut batu-bata. Gigih jugak aku keluarkan #tengkalan dari dalam kabinet tapi aku giling sikit je la cili tu. Itupun giling kasar je. Tak daya oii aku nak mencangkung lama-lama.. Kalau badan kurus kedengking, takpe la jugak.. 😂😂😂





Kalau sikit cili rebus tu, takpe la jugak. Ni haa, satu tapis oii...! Aku siap pakai sarung tangan lagi nak giling cili tu. Kahkahkah..!




Akhirnya, banyak ini je cili yang mampu aku giling dengan keadaan mencangkung. Jadi la tu. Asal ada, sudah. Haha. Mengah weii dengan perut terlebih lemak aku tu. Tu la, siapa suruh tak nak diet. 😀😀😀




Kena tunggu hujung bulan la gamaknya baru beli blender baharu. Aku tak suka beli barang letrik secara online. Baik beli di kedai sebab boleh try test cuba. 🤭🤭🤭


p/s: Siapa pandai giling cili guna penggiling ni?
.

Wednesday, January 8, 2020

Roti cincai-cincai..

Assalamu'alaikum.

Roti cincai-cincai.


Dah lama sungguh aku tak buat roti. Kalau dulu, memang selalu aku buat untuk anak-anak buah tapi sekarang ni, dah malas dah nak buat. Lagipun, budak-budak tu dah besar belaka. Masing-masing dah kenyang dok ngadap gadget je. Kah...!


Baru-baru ni, aku buat la balik roti tu tapi takde la buat beria. Kiranya, aku main cincai je buat. Takde la aku nak uli beria-ia. Cukuplah sekadar dok tepuk-tepuk gitu je. Haha. Bahanpun aku guna mana yang ada je. Asal ada, sudah. 😁😁😁


Aku bakar roti ni atas dapur gas je. Malas aiihh aku nak bakar guna oven letrik aku tu. Sejak kes plug melecur (?), terus aku serik dah nak guna oven besar tu. 





Ni sukatan bahan yang aku gunakan untuk buat roti cincai ni. Bahanpun main sukat gitu-gitu je. Takde la beria-ia ikut sukatan. Guna bahan yang ada stok je. Cara adun tu ikutlah cara masing-masing nak uli macam mana. Pandai-pandai la adjust sendiri..


Bahan A:


1 sudu makan yis mauripan.
2 sudu makan gula.
1 1/4 cawan air suam.


==> Campurkan semua dalam bekas. Kacau sebati. Tutup bekas tu dan perap sampai bancuhan yis kembang/naik.


Bahan B:


2 cawan tepung gandum + sedikit lagi tambahan jika adunan melekat di jari.
2 sudu makan susu tepung.
1 sudu teh baking powder.


==> Campurkan semua bahan dalam bekas. Then, curahkan bancuhan yis tadi. Gaul dan uli. Lepas tu, masukkan pula bahan C.


Bahan C:


2 sudu makan marjerin.
1 sudu makan dough softener.

==> Dan teruskan menguli hingga doh jadi elok. Tutup bekas dan perap hingga doh naik.

Aku bakar roti ni atas dapur gas je. Tenggek je kuali popia yang tebal tu atas dapur, lepas tu, letakkan redai/tungku, then baru letak loyang atas dia. Aku tutup dengan penutup oven letrik yang bulat tu. Api sederhana je. Kang guna api besar, rentung pulak roti korang. Haha.






Alhamdulillah, roti tu lembut walaupun sampai pagi esok. Takde la keras kedengkung walaupun tidak diuli dengan secukupnya dan tidaklah terlalu gebu macam roti yang kita beli di kedai tu. 


Gambar selepas roti dibakar aku tak sempat nak ambil. Lagipun, masa tu bateri handphone aku kong. Malas aku nak pergi charge.


p/s: Nak habiskan stok bahan tu sebelum tamat tempoh. Tu yang buat roti tu. Heh.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)