Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Salad. Show all posts
Showing posts with label Salad. Show all posts

Monday, January 15, 2018

Salad yang pertama.

Assalamu'alaikum.

Salad yang pertama.

Inilah salad pertama yang aku tuai, hasil dari tanam sendiri. Alhamdulillah, berjaya juga aku tanam salad ni walaupun susah dia nak hidup. 





Orang kampung macam aku ni, makan seadanya sahaja. Apa yang ada, sudah memadai. Sekurang-kurangnya, ada jugak benda yang boleh dimakan. Alhamdulillah.




Ini pulak, hasil kedua salad aku tu. Alhamdulillah, banyak la sikit dari yang pertama tadi. Boleh la gantikan sayur. Dah jimat tak payah beli dan masak sayur. Makan je salad ni mentah-mentah. 





p/s: Sentiasa bersyukur dengan limpah rahmat dari Allah. Alhamdulillah. Biarlah orang pandang sebelah mata. Biarlah orang nak mengata. Do I look like I care?
.

Saturday, December 9, 2017

Jom jamu mata!

Assalamu'alaikum.

Jom jamu mata! 

Sekarang ni, inilah kerja aku sehari-hari; pagi, tengah hari dan petang. Mesti nak jenguk dan belek pokok sayur aku ni. Mesti nak bercakap dengan dorang. Pelik? Tak la. Ini perkara normal apabila kita berkebun. Heh.


 









 






Dan semalam, aku semai pulak biji benih salad grand rapid ni. Ini merupakan percubaan pertama aku semai benih salad jenis yang ini. Harapnya benih bercambah dengan elok dan pokok salad tu sihat dan subur.






Aku kalau nak semai apa-apa biji benih, aku akan siram dulu tanah tu. Lepas tu, barulah aku buat lubang, masukkan biji benih dan kambus. Lepas tu tak payah siram dah untuk dua atau tiga hari. Letak bekas semaian kat tempat redup dulu. Kalau letak biji benih dulu, lepas tu baru siram, takut nanti biji benih tu hanyut ikut bawah bekas yang ada lubang tu. Biji benih dah halus. Kalau biji benih yang besar macam biji kacang panjang tu, takde masalah sangat.




p/s: Seronok apabila tengok pokok yang ditanam, dibelai dan dijaga mula menampakkan hasil. Alhamdulillah. Satu terapi untuk aku. 
 

Thursday, November 16, 2017

Perkembangan terkini kangkung hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan terkini kangkung hidroponik.


Asalnya, hidroponik comel ni aku buat untuk tanam salad. Kangkung ni menumpang je tapi dia pulak yang besar dulu. Salad tu masih lagi kurus dan lambat membesar. Sabar je la.





Kat bawah ni gambar yang aku ambil pada 15/11/2017. Dah boleh petik untuk buat rencah untuk nasi goreng. Haha.






Lepas ni tanam kangkung guna kaedah hidroponik ni je la. Senang sikit nak jaga. Cepat pulak tu dia besar. Gunakan batang kangkung yang dibeli di pasar je. Lepas tu masukkan dalam bekas yang berisi dengan baja AB.



Update:

Aku dah potong dah #kangkunghidroponik aku tu. Dapat secekak kecil. Jadi la. Nanti boleh rebus je. Alhamdulillah.



p/s: Kuantiti itu tak penting. Yang penting adalah kualiti. Lagi penting sebab tak payah dah beli kangkung. Heh.

Tuesday, October 31, 2017

Hidroponik comel. :D

Assalamu'alaikum.

Hidroponik comel. :D


Aku ni, memang macam ni. Suka mencuba sesuatu yang aku rasa tidak membazir. Lebih-lebih lagi jika ada kaitan dengan DIY dan penanaman sayur di rumah. 


Kali ini, aku cuba semai benih salad dengan menggunakan span. Span ni span yang kedai perabot letak kat sofa untuk cover sofa dari rosak. Aku simpan span ni masa beli sofa dulu. Dah bertahun dah aku simpan. Sekarang aku keluarkan sekeping untuk buat eksperimen. 









Sebenarnya, aku memang dah lama berhajat nak tanam sayur dengan kaedah hidroponik ni. Dah makan tahun dah. Sejak aku bela ikan keli dalam kolam simen lagi aku dah berangan dah tapi tak buat jugak. Lagipun masa tu aku banyak komitmen kepada perkara lain. Tapi sekarang ni kolam ikan keli tu pun dah lama kosong sebab akupun dah tak bela dah ikan keli tu. Akupun dah ada masa terluang untuk buat kerja-kerja menanam ni.



 Aku takde gabus yang leper tu. Aku bantai je gunakan gabus yang ada. Tak ingat dah ni gabus untuk apa. 



Ni la dia acuan untuk buat lubang kat gabus tu. Panaskan yang bulat tu dengan api dapur gas dan tekapkan pada gabus. Pegang bahagian atas dawai tu guna kain sebab dawai ni panas. Kang melepuh pulak jari yang runcing tu. Heh.


 Lubang gabus tu terbesar la pulak. Haha. So, kenalah sendal sikit supaya span tu tak tenggelam.


 ^
Aku letak air baja AB. Biasanya jentik-jentik takde dalam air baja ni tapi kali ni tak tau la kot dia ada pulak. Kenalah pantau selalu. Kang tak memasal kena denda. Tak rela aiii.. Heh.
v



Siapa nak cuba buat macam ni, boleh la tengok kat page FB Kebun Bandar ni. Kat situ ada dikongsikan cara buat untuk ruang yang lebih besar. Yang aku buat ni hidroponik comel je. Comel macam tuan dia. Huahuahua. #Gurauje.


p/s: Ni merupakan kali ke tiga aku beli benih salad. Sebelum ni, dua-dua benih tak menjadi. Hiduppun tidak. Harapnya benih yang ini, dapat la aku merasa hasilnya nanti. Aamiin.

Thursday, May 18, 2017

Jom tanam salad dan kucai!

Assalamu'alaikum.

Jom tanam salad dan kucai!


Pagi ni aku cuba semai benih salad dan kucai. Ini merupakan kali pertama aku beli dan semai benih kucai dan kali kedua aku beli dan semai benih salad. Kali pertama semai benih salad dulu satu pokokpun tak hidup. Mungkin benih dah sambang/rosak walaupun gunakan benih dari jenama yang sama iaitu Green World.




Ni la cara aku buat lubang pada bekas yang berasaskan plastik. Aku panaskan mata pengetuk ais tu. Nak guna pakupun boleh. Ikutlah selesa masing-masing.





Aku gunakan bekas kiub ais yang tidak digunakan lagi. Daripada bekas tu buat menyemak dalam almari je, baiklah kita jadikan dia sebagai tapak semaian benih sayur. Haha.







Lagi satu, bekas semaian yang kita beli kat kedai yang warna hitam tu nipis sangat. Plastik dia mudah pecah. Walaupun harganya tidaklah semahal mana tapi jika dah selalu pecah dan asyik nak kena beli yang baru, rasa rugi jugak kat situ. Berbeza dengan bekas kiub ais ni sebab plastiknya tebal dan kuat.





p/s: Mudah-mudahan anak benih salad dan kucai aku ni bercambah dan hidup dengan subur. Tak tau la berapa lama proses pertumbuhan benih ni. Tunggu je la dalam masa sebulan ni.

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)