Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Cili Padi. Show all posts
Showing posts with label Cili Padi. Show all posts

Sunday, February 12, 2023

Kutip cili bara kali yang keempat.

Assalamu'alaikum.

Kutip cili bara kali yang keempat.

Selama dua hari setengah kami petik cili ni bermula dari 5 hingga 7 haribulan. Jumlah kutipan bersih setelah ditolak susut nilai, dapat la 71 kilogram. Ada peningkatan dari kali ketiga. Alhamdulillah.

Kali ni kami petik cili dalam hujan. Nak buat macam mana. Terpaksa jugak la redah hujan tu.












p/s: Doakan pokok cili kami sihat ya. Risau jugak ni sebab pokok dah mula diserang penyakit hawar pucuk. Habis rosak pokok.

.

Friday, September 16, 2022

Petik cili padi bara dan bawa balik.

 Assalamu'alaikum.

Petik cili padi bara dan bawa balik.


Alhamdulillah. 

Terima kasih Allah yang memberi rezeki. Terima kasih tuan punya kebun yang bagi cili secara percuma. Terima kasih juga pada kawan yang tolong petikkan cili padi bara ni dan hantar ke rumah. Moga Allah luaskan lagi rezeki tuan punya kebun cili dan tukang petik cili ni. Aamiin.




Kelmarin, tuan punya kebun cili ajak sesiapa je pergi petik cili kat kebun dia sebab dia nak bersihkan kawasan. Dia suruh petik dan bawa balik cili tu secara percuma. 




Aku tak pergi tapi aku minta tolong sorang kawan grup kebun cili padi bara untuk petikkan bagi pihak aku. Pagi tadi dia hantar ke rumah. Alhamduillah, sudah aku blend semuanya. 😊😊😊  



p/s: Memang pedas cili padi bara ni. Habis pijar tangan aku ni haa..

.

Sunday, September 11, 2022

Projek fertigasi cili bara.

 Assalamu'alaikum.

Projek fertigasi cili bara.

Ini bukan projek aku. Aku sekadar jadi tukang sibuk je. 😁😁😁


























p/s: Doakan agar projek fertigasi cili bara kami ni berjaya ya. Aamiin.

.

Wednesday, November 15, 2017

Masak lemak cili padi ikan siakap berencahkan rebung madu.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan siakap berencahkan rebung madu.


Pergh...! Panjang betul tajuk entri kali ini. Haha. 


Sebetulnya, rebung madu ni kakak aku yang kat Labu tu bawa balik sini dua minggu lepas. Rebung tu dia dah siap rebus sebab nak simpan lama. Kalau nak masak rebung tu on the spot, tak payah rebus, terus je masak tapi sebab nak simpan lama, kena la rebus dulu. Kalau tak rebus, nanti dia jadi masam. Dah jadi rebung jeruk. Kurang sedap la jadinya nanti.


Hari ini, aku teringat pulak kat rebung madu yang aku letak dalam peti sejuk tu. Tu yang aku keluarkan dan terus je masak. Aku masak separuh je dulu. Lagi separuh tu nanti masak lain kali la pulak.




Sebelum masak rebung madu ni, kenalah hiris nipis dulu. Jangan pulak gulai seketul-seketul macam tu. 




Dah siap hiris, boleh la simpan separuh dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lain kali boleh masak lagi. Tak payah letak garam. Masa merebuspun jangan letak garam. Nanti rebung tu serap garam tu.





Oleh kerana rebung madu ini tidak dijerukkan, maka kenalah letak asam keping. Kalau guna rebung jeruk yang masam tu, tak payah dah letak asam keping.




Disebabkan rebung madu ini sudah direbus terlebih dahulu, maka proses memasaknya tidaklah mengambil masa yang lama jika nak dibandingkan masak rebung yang belum direbus.


Mana gambar gulai yang dah masak? Alahai, aku dah tak larat dah nak ambil gambar. Lepas je siap masak, terus aku melepek sebab sebelum masak tu, aku dah buat kerja-kerja pembersihan di kebun mini aku tu. Tu yang penat berganda tu. Itupun syukurlah aku gagahkan jugak diri untuk masak ikan siakap dengan rebung madu ni. Jika ikutkan badan yang penat, aku goreng je telur mata kerbau. Haha.


p/s: Alhamdulillah. Sesungguhnya setiap rezeki kita ini Allah yang tentukan. Maka, bersyukurlah selalu.

Thursday, April 6, 2017

Cili jiran.

Assalamu'alaikum.

Cili jiran.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ini adalah cili padi pemberian dari jiran depan rumah aku. 




Ceritanya begini. Pagi tadi aku ke rumah jiran aku tu. Nak ingatkan dia fasal mata gergaji yang aku kirim dia beli kat pekan sehari. Takut dia terlupa, tu yang aku ingatkan semula. Rupanya, gergaji dia tu dia beli kat bandar. Makanya, tak jadilah aku kirim beli. 


Lepas tu, aku tegur la pokok cili padi dia tu. Aku tanya dia, pedas ke tak cili tu sebab aku tak pernah makan cili padi jenis macam ni. Dia kata, cili padi ni tak sedap dan dia memang tak makan sangatpun. Aku tanya la kenapa tak sedap? Rasa dia maung ke? Dia kata maung la sikit. Tu yang dia tak makan sangat tu. Lagipun, pokok cili padi ni bukannya dia yang tanam. Pokok tu tumbuh sendiri. Mungkin ada la tu benih cili tu jatuh kat situ.




Lepas tu, terus je dia patah-patahkan ranting pokok cili padi tu. Dia bagi kat aku sikit dan bagi lagi sikit kat sorang lagi jiran. Alhamdulillah, kiranya rezeki aku la. Lagipun, stok cili padi kat rumah baru je habis. Baru je semalam aku minta abang aku beli cili padi setelah dua bulan tak beli cili padi di pasar. 





Dan, pagi tadi aku buat sarapan nasi goreng ni dan aku gunakan sikit cili padi pemberian jiran tu. Aku gunakan dalam enam biji je cili padi tu. Takde la pedas sangat. Akupun mana tahan pedas.


p/s: Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah. Terima kasih jiran. Moga Allah murahkan rezeki jiran aku tu dan murahkan rezeki kita semua. Aamiin.

Monday, March 6, 2017

VIDEO: Mini kebun aku di rumah.

Assalamu'alaikum.

VIDEO: Mini kebun aku di rumah.


Ni la dia mini kebun aku. Ni yang sebelah sini yang dekat dengan dapur. Kat sebelah sana dan kat depan ada lagi pokok lain pulak. Guna aje la mana-mana ruang yang ada. Sementara badan tak sakit ni, buat aje la apa yang patut. Pastinya buatlah perkara yang memberi manfa'at kepada diri kita. Jangan pulak masa badan sihat, kita buat perkara yang merosakkan tubuh badan. Buat rugi diri sendiri je. Kan?



Hari ni aku petik sawi kerinting ni. Satu pokok je yang elok. Lain-lain tu habis tak hidup. Ada la lima enam pokok yang baru keluar daun. Buat ulam je la sawi kerinting ni. Ontah apo ghaso ehh, denpun tak tau sobab tak ponah makan sawi kerinting ni.






Hari ni jugak aku buat lagi projek mini nutripot ni. Kali ni pesen lain pulak. Haha. Saja la nak mencuba. Aku ni kan jenis suka try and error. Heh. 


 Tandakan dengan marker pen bahagian yang hendak dipotong nanti. Masa memotong/gunting botol tu, kena lebihkan sikit la. Biar besar sikit supaya bahagian bawah cawan plastik tu boleh masuk. Jangan buat lubang besar sangat nanti cawan plastik tu bolos!


 Isikan tanah dan anak pokok sawi ke dalam cawan plastik dan siram macam biasa. Lepas dah masukkan ke dalam bekas air baja nanti, tak payah siram dah.


^
Ni la dia baja AB yang sedang galak diperkatakan. Satu botol tu harga dia RM5. Sepasang AB harga dia RM10. Kena guna dua-dua jenis baja. Sukatan dia 5ml untuk setiap jenis baja dan dicampurkan dengan 1.5L air. 
v



 ^
Curahkan air baja AB tadi ke dalam botol mineral yang telah ditebuk tadi. Letakkan cawan plastik yang berisi anak pokok sawi tadi ke dalam lubang yang dibuat. Disebabkan botol ni tak rata, kenalah sendalkan dia kat pasu supaya dia tak senget.
v


Sepatutnya lagi elok jika gunakan botol minyak masak terpakai yang 5kg tu sebab botol tu besar dan boleh dibaringkan. Tapi disebabkan aku takde lagi stok botol minyak masak tu, aku guna aje la dulu bolot air mineral 1.5L ni. Katanya nak buat try and error. Guna aje la apa yang ada, kan?


Daripada apa yang aku tahu dan apa yang tuan punya nurseri bagitahu, baja AB ni sebenarnya sesuai untuk pokok yang berbuah macam pokok cili besar dan pokok terung. Tapi sebab ramai yang gunakan untuk sayur berdaun macam sawi ni, akupun nak jugak la mencuba. 


p/s: Tak cuba, tak tau. Kan?

Wednesday, December 7, 2016

Masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan kangkung tanam sendiri.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan kangkung tanam sendiri.


Sebelum tengok gambar lauk, kenalah tengok dulu gambar pokok kangkung yang aku tanam ni. Haha.


Aku beli seikat kangkung kat pekan sehari. Batang kangkung tu aku rendam dalam air selama lebih kurang tiga hari atau sampai akarnya keluar agak panjang sikit. Air rendaman tu aku ganti setiap hari.




Apabila akarnya dah panjang, boleh la letakkan atas tanah yang elok dan lembut. Lepas tu, timbuskan sedikit bahagian batang kangkung yang ada akar tu. Macam aku, aku letakkan kat dalam pasu sebab kalau letak kat tanah, nanti kucing aku kerjakan kangkung ni. Itupun dorang masuk jugak dalam pasu ni. 




Oleh kerana sekarang ni musim hujan, maka aku takde la nak kena siram selalu kangkung ni. Aku takde letak bajapun tapi aku selalu siram dengan air basuhan ikan. Tu yang kucing aku suka naik panjat pasu ni. Haha.





Rasanya dalam tempoh dua minggu kot, dah besar dah pokok kangkung aku ni. Dah boleh ambil dah. Dapat la satu ikat. Ni kalau beli, mau dua ringgit jugak ni. Siapa kata kangkung murah weii.. Haha. Oh ya, cili padi dan cili besar hijau tu hasil dari tangan aku jugak. Alhamdulillah, dah membuahkan hasilnya. Jimatlah sikit duit pasar. Hik.





Dan boleh la masukkan kangkung tadi sebagai rencah untuk masak lemak cili padi ikan kembung ni. Ikan kembung tu je beli. Yang lain-lain semuanya hasil dari tanaman sekeliling rumah. Alhamdulillah. 




Jemput tengok! Hehe.




p/s: Alhamdulillah. Lauk licin. Mungkin sebab dah lama sangat tak masukkan kangkung dalam gulai ni. Selalu masukkan pucuk ubi kayu je sebagai rencah.

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)