Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Ikan Patin. Show all posts
Showing posts with label Ikan Patin. Show all posts

Monday, April 29, 2019

Patin masak tempoyak: Bukan kegemaran.

Assalamu'alaikum.

Patin masak tempoyak : Bukan kegemaran.


Sejujurnya, aku bukanlah penggemar ikan patin masak tempoyak ni. Aku beli seekor ikan patin yang beratnya hampir dua kilo dan masak sampai empat kali. Inipun baru je habis ikan patin yang seekor tu. Lepas ni kalau beli lagi ikan patin, baiklah aku goreng je. Sedap makan masa panas.


Dah beli dan stok tempoyak banyak dalam freezer, maka akupun masak la jugak. Jenuh nak habiskan empat ketul tu. Abang aku kat rumah ni pun kurang suka patin tempoyak ni. Tapi kalau patin masak pais tempoyak, okay je dia makan. Aku pulak sama je kurang gemar. Mungkin sebab kena guna tempoyak masam, tu yang patah selera aku. Aku kurang menggemari lauk yang masam-masam ni sebab takut nanti muka bertambah masam. Ehh, ada kena-mengena ke? Haha.. Tak la. Mungkin sebab aku ada gastrik dan lauk ni kena masak pedas-pedas, tu yang aku tak suka nak makan beria. Setakat makan sikit-sikit tu aku boleh je makan.


 ^
Stok last ikan patin. Dan bahan rencah bawah ni semuanya dari kebun mini di rumah aku. Alhamdulillah, jimat la seringgit dua.
v










p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah beri. 
.

Friday, June 2, 2017

Menu berbuka puasa hari kelima dan keenam.

Assalamu'alaikum.

Menu berbuka puasa hari kelima dan keenam.

Hari kelima puasa, aku masak tempoyak ikan patin dan masak lemak cili padi ayam berencahkan kentang. Ini merupakan kali pertama aku masak ikan patin tempoyak ni. Secara jujurnya, aku kurang menggemari masakan tersohor negeri Pahang ini. Tapi disebabkan anak buah dah beli ikan patin ni dan dia siap beli dengan cili padi dan timun tahun tu sekali, maka aku gagahkan jugak la memasaknya. Kiranya aku masak patin tempoyak ni atas permintaan anak buah tu la. 






Memandangkan lauk semalam tu masih ada lagi, makanya hari keenam puasa tu, aku cuma masak nenas tumis air ni je. Ni pun merupakan kali pertama aku masak nenas macam ni. Selalunya aku masak pajeri je. Sedap jugak masak ringkas macam ni. Tambah pulak bulan puasa ni tekak macam tak lalu je nak makan. Makanya, apabila dapat je masakan seperti nenas tumis air ni, jadi berselera la sikit memakannya. Namun, tak boleh la makan lebih-lebih. Kesihatan nak kena jaga jugak. Heh.


Ni resepi nenas tumis air aku.

1/2 biji nenas masak - bersihkan dan potong ikut suka
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu makan udang kering - tumbuk
1 batang kulit kayu manis**
1 kuntum bunga lawang**
2 biji buah pelaga**
3 biji bunga cengkih**
1/2 sudu teh halba campur
1-2 sudu makan gula pasir
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air untuk jadikan kuah

1- Panaskan minyak dan tumiskan dahulu rempah 4 sekawan bersama halba campur hingga naik bau.

2- Kemudian, masukkan bahan tumbuk. Kacau sebati. Biarkan naik bau. Lepas tu masukkan pula bawang besar dan cili merah serta cili hijau.

3- Lepas tu, masukkan pula nenas yang telah dipotong tadi. Kacau-kacau biar rata. Masukkan pula air secukupnya. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.

4- Masak hingga kuah mendidih dan nenas menjadi lembut. Rasa dulu sebelum tutup api dapur.




Bulan puasa ni bulan untuk kita menahan segala jenis nafsu yang ada. Jangan membazir dan jangan mengikut gaya orang lain. Orang beli banyak makanan di bazar ramadan, kitapun ikut beli jugak. Lepas tu makan tak habis. Kan dah membazir kat situ. Bersorak sang setan tengok makanan banyak terbuang.


p/s: Siapa yang berniaga makanan atau minuman di bazar ramadan tu, masaklah dengan sepenuh kasih sayang dan bersungguh-sungguh seumpama memasak untuk bagi makan sekeluarga. Janganlah masak main cincai je. Kasihanilah para pembeli.

Tuesday, December 15, 2015

Resepi: Asam pedas ikan patin bersama terung telunjuk...

Assalamu'alaikum...

Resepi: Asam pedas ikan patin bersama terung telunjuk...

Ini merupakan kali pertama aku masak asam pedas ikan patin ni.. Selalunya, ikan patin ni orang buat masak tempoyak tapi disebabkan aku sudah jemu nak makan patin tempoyak ni, tu yang aku cuba masak asam pedas pulak.. Sebetulnya, asam pedas ni memang kegemaran aku jika nak dibandingkan dengan masak lemak cili api atau kari.. Cumanya, asam pedas versi aku kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. Aku pilih yang sedang-sedang sahaja.. hehh..


Sebenarnya, ikan patin ni kakak aku bawa balik ke sini.. Ikan patin ni opis dia yang jual.. Katanya ikan patin sangkar dari Kerdau.. Masa kat sini hari tu, dia kata nak masak tempoyak tapi aku kata aku dah jemu makan patin tempoyak.. Maka, diapun masak la asam pedas patin ni.. Lepas je makan, terus aku tersuka tanpa sengaja pulak.. hehh..


Mahal ke murah..? Saja la tanya.. hehe..



^
Besar, kan..? Tengok warna isi ikan yang masih lagi merah walaupun dah hampir dua bulan aku simpan di dalam freezer.. Aku masak separuh je dulu.. 
v



^
Bahan tumbuk.. Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup dan serai..
v


 Semua ni hasil dari keliling rumah..



 ^
Air asam jawa dan cili kering kisar..
v



Okay, bahan sudah diperkenalkan.. Sekarang masa untuk menumis dan seterusnya memasak asam pedas patin ni..



^
Panaskan minyak.. Kemudian, tumiskan bahan tumbuk tadi.. Kacau sebati dan tunggu hingga naik bau.. Lepas tu, masukkan pula cili kering kisar..
v



^
Kacau rata dan tunggu hingga pecah minyak.. Lepas tu, terus je masukkan air asam jawa ikut banyak yang kita nak bersesuaian dengan kuantiti bahan tumbuk tadi..
v



^
Kacau kuah dan tunggu hingga mendidih agak lama sedikit supaya kuah betul-betul masak.. Kemudian, masukkan ikan patin tadi.. Aku masak separuh je ikan patin ni.. 
v



^
Lepas tu, terus je masukkan daun kesum, bunga kantan dan terung telunjuk.. Kacau sebati..
v



^
Biarkan beberapa minit lagi sehingga terung telunjuk sudah kelihatan lembut.. Kemudian, masukkan garam dan kacau rata perlahan-lahan.. Tutup api dapur..
v



^
Okay, dah siap dah masak asam pedas ikan patin bersama dengan terung telunjuk versi aku..
v



Selamat mencuba.. Itupun jika nak cuba la, kan.. hehh..


p/s: Alhamdulillah... Masak sendiri lebih menjimatkan.. Lagi jimat jika sayur tu semua kita tanam sendiri.. Ikan patin tu je yang tak boleh nak bela sendiri.. hehe..

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)