Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kacang Panjang Renek. Show all posts
Showing posts with label Kacang Panjang Renek. Show all posts

Saturday, March 10, 2018

Tanam pokok sayur secara terbalik.

Assalamu'alaikum.

Tanam pokok sayur secara terbalik.


Dah lama dah aku tengok kat Youtube fasal penamanam pokok sayur secara terbalik ni. Masa tengok tu, rasa teringin pulak nak cuba buat tapi masa tu aku belum lagi serius dalam berkebun ni. Saja je la cari info sebelum memulakan berkebun. At least, jika nak buat nanti, aku dah tahu kat mana nak cari info berkaitan.


Makanya, pagi ini, akupun cuba la buat. Kebetulan, semua bahan dah sedia ada termasuk anak pokok kacang panjang renek yang dah cambah dah. Botol dan tanahpun ada. So, apa lagi. Proceed je la tanpa halangan. Hehe.




Sebaiknya, cat dulu botol ni untuk elakkan akar pokok terkena sinaran matahari tapi aku malas pulak nak cat padahal cat dan berus dah ada dah. Yang takde cuma thinner je. Tu yang jadi malas nak mengecat. Heh. Lagi satu, rasanya tak perlu buat banyak sangat lubang pada botol sebab nanti masa siram, air tu akan bawa tanah keluar ikut lubang tu. Tapi disebabkan botol ni memang dah ada, maka aku gunakan sahaja la.






Aku gunakan garfu besi untuk umpil anak pokok kacang panjang renek tu. Sambil umpil, sambil pegang tanah tu. Lepas tu, terus je kepal tanah tu untuk elakkan tanah terbarai.






Lepas tu, sambil kepal tanah tadi, sambil masukkan anak pokok ke dalam botol yang sudah dipotong dua. Tolak dan tarik perlahan-lahan daun dia keluar dari muncung botol tu.





Kemudian, boleh la penuhkan tanah atau medium yang kita nak gunakan. Aku gunakan tanah organik yang beli dari nurseri tu je.





Dan, akhir sekali, boleh la gantungkan botol tadi mengikut kreativiti masing-masing. Aku gunakan jaring kipas yang dah rosak ni. Aku tutup atas botol dengan jaring untuk elakkan tanah berterabur masa disiram. Kebetulan, jaring tu memang dah ada. Aku gunakan aje la. Kalau jaring tu takde, aku biarkan aje botol tu terdedah. Tak rajin pulak aku nak pergi beli jaring. Haha.







Tak salah untuk mencuba dan aku ni memang jenis yang suka mencuba. Tak cuba, tak tahu, kan? Siapa yang takde ruang untuk menanam, boleh la cuba guna kaedah ini. Aku gunakan kacang panjang renek sebab pokok ni tak besar dan tak tinggi. Sesuai la pulak dengan nama dia yang renek tu, kan? Haha.


Kita tengok dulu macam mana kejadiannya nanti. Harapnya, elok la pokok ni hidup dan berbuah. Dah terbayang dah buah kacang panjang tu berjurai-jurai ke bawah. Dah berangan dah nak petik. Hahaha.


p/s: Lebih baik mencuba dari tidak mencuba langsung tetapi tahu mengata sahaja. Ehh...! 🤭🤭🤭
.

Monday, November 27, 2017

Masakan hasil dari kebun mini.

Assalamu'alaikum.

Masakan hasil dari kebun mini.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur di atas segala limpahan rahmat dan nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah.


Inilah antara masakan yang hasil sayurnya dipetik dari kebun mini kat rumah aku ni. Betul la kata orang; jika berbudi pada tanah, insyaAllah, pasti ada hasilnya. Berapa banyak hasil  yang kita dapat, itu jangan diambil kisah sangat. Yang penting, kita yakin bahawa tanaman kita itu bebas dari racun serangga. 


^
Kobis yang tak berapa bulat. Haha. Walaupun kecil, dapat la jugak semangkuk apabila digoreng.
v


^
Kacang panjang merah dan kacang panjang renek. Goreng campur dengan telur. Sedap.
v


^
Bendi dan bunga kantan. Masukkan dalam asam pedas. Mabeles..! Daun kesum tu pun ambil dari kebun mini aku jugak. 
v


 ^
Ini tuaian untuk hari ini. Dapat la jadi rencah dalam masak lemak cili padi ikan siakap ni.
v










Jika diikutkan, dah banyak dah hasil dari kebun mini aku ni yang aku kutip hasilnya. Alhamdulillah. Apabila ada hasil, makin bersemangat nak menanam lagi.


p/s:  Tanam tanaman takpe. Boleh jimat belanja dapur. Jangan tanam dosa. Tanam dosa, tak dapat apapun. Dapat dosa tu je la. Heh.

Wednesday, November 8, 2017

Kacang panjang renek.

Assalamu'alaikum.

Kacang panjang renek.


Aku tau fasal keujudan kacang panjang renek ni melalui grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri di facebook. Masa tu, ada orang share apa yang dia tanam. Masa tu aku sekadar tengok je la.




Tak lama lepas tu, akupun cerita la pada jiran aku fasal pokok kacang ni. Jiran aku kata, dia pernah nampak kacang ni ada kat rumah kawan dia. Then, akupun cakap la kat jiran aku tu; cuba la mintak sikit benih dia. Dapat empat lima bijipun jadi la. Nanti kita semai la sendiri.




Alhamdulillah. Jiran tadipun buka la mulut dia dan bagitau kat kawan dia tu. Tak lama kemudian, kawan dia bagi la benih kacang panjang renek ni. Tak banyakpun. Ada la dalam 13 biji. Jiran aku tu bagi kat aku enam biji. Akupun apa lagi. Terus je aku semai semua benih tu.




Sejak hari itu la aku mula semai benih kacang panjang renek ni hinggalah sekarang. Asal ada je benih, aku main sumbat je kat mana-mana pasu yang ada. Pokok kacang panjang renek ni mudah hidup tapi dia tak tahan lama. Maksud aku, hayat dia tu sekejap je. Paling lamapun dia hidup ada la dalam sebulan dua. Lepas tu dia mula meragam dan terpaksalah semai yang baru. Sebab tu benih dia tak banyak. Lagipun aku jarang letak baja. Jadinya, buah diapun takde la banyak sangat.


 ^
Dua pasu besar ni yang aku baru semai lebih kurang sebulan. Satu pasu tu aku letak dalam 8-10 biji benih.
v



Gambar kat bawah ni pulak adalah sebelum dan selepas. Aku tambah tanah baru dalam pasu, gunting mana-mana daun yang buruk dan ranting yang dah mati serta cabut rumput liar yang gemuk merimbun kat batu-bata alas pasu tu. Jenuh weii aku mencangkung dok cabut rumput tu. Bukan pasu ni je ada alas bata tu. Semua pasu ada alas. Hongeh dibuek ehh.. Bopoluh-poluh tapi lopeh tu rasa segar sikit badan. Haha.




p/s: Sedap kacang panjang renek yang ditanam sendiri ni. Rasa dia lebih manis dan rangup. Takde la rasa maung macam kacang yang dibeli di pasar tu.

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)