Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

Berangan je lebih... ehehh...

Assalamualaikum...

Berangan je lebih... ehehh...

Semalam aku dok gugel la cara-cara nak buat tote bag ni. Ye ke nama dia tote bag..? Kalau kata beg kitar semula, okay kot.. ahaha... Entah, tetiba je nak gugel. Banyak je ada kat Youtube nun. Tapi disebabkan streamyx aku tak berapa nak laju, susah la pulak nak tengok. Berjam menunggu loading sampai naik kebas ponggong duduk lama-lama atas kerusi.. 
Konon-kononnya nak bagi followers la.. Berangan je lebih... ehehh...
(Jangan ada yang tuntut dah la... Aku lari dulu... hahaha....)

Kalau aku, suka yang ini. Boleh isi telekung.. :)

Akhirnya aku jumpalah satu web ni. Kat situ kita boleh create bag yang kita nak, dengan decoration yang kita suka. Tapi takde la banyak sangat pilihan. Boleh la kalau sekadar nak suka-suka atau perasan sekejap.. kehkehkeh... 
Kalau jenis feminin, sesuai la kot.. Nampak la sikit kewanitaannya... ;)

Kat sini aku sertakan beberapa keping gambar yang aku jadikan sebagai hiasan pada beg aku tu... Ecehhh, macam la nak buat... hahaha.. Sebenarnya dulu aku rajin jugak buat beg-beg macam ni. Buat untuk isi buku pergi kelas petang atau ada aktiviti lain kat sekolah.. Rupa beg tu lebih kurang macam yang kat sini...
Sekuntum mawar merah, sebuah puisi... 

Tapi aku cuma buat beg kosong je la, takde la nak bergambar. Lagipun, mana nak cekau gambar tu. Memang ada tapi nak kena suruh orang design-kan. Lepas tu, mana pulak nak cekau ongkosnya... huhuhu... Sekarang ni pulak, dah ada kawan aku yang get involved dan menyediakan perkhidmatan cetak-mencetak ni.. Cuma aku je yang tak pernah nak contact dorang.. Bukan menyombong, cuma belum ada keperluan lagi.. ;)
Ohh yeaahhh...!!!  Hobing Jang Hobing... :D

Kat mana nak cari kain untuk buat beg ni ehh..? Aku memang fail la kalau bab-bab tempat membeli ni. Nak guna kain jenis apapun aku tak tau.. Susah jugak kalau takde kepakaran dalam bidang ni.. Ehh jap, aku nak survey je dulu ni.. Mana la tau kot-kot di masa akan datang nak beli pulak, kan senang nanti nak tuju kat mana... Ada sesiapa yang tau..? Boleh la kongsi-kongsi info kat sini ya...




p/s: Aku berkenan dengan cara pembuatan beg yang ada kat video tu. Walaupun tak faham langsung apa yang dia cakap, tapi bila tengok cara dia buat tu, rasa-rasanya boleh la faham sikit-sikit kott...

Wednesday, December 28, 2011

Aku boleh copy, tapi korang tak boleh... :)

Assalamualaikum...

Aku boleh copy, tapi korang tak boleh... :)


Ini adalah entry berupa gambar yang aku copy paste dari beberapa blog dan web. Tapi, korang tak boleh nak copy kat blog aku ni, kan. Oleh itu, jika ada yang berkenan dengan gambar-gambar kat bawah ni, silalah copy melalui link yang telah aku sediakan sekali kat bawah gambar tu. Banyak lagi gambar yang menarik yang ada kat dalam link tu.. 

Blog aku yang ini lebih menjurus kepada blog peribadi. Harap faham ya... :)

Nanti takde la aku dapat hadiah free lagi macam hari tu... ehehh... Since that day, shoutbox aku sepi je. Takde dah orang nak singgah.. Takut IP kena check ke..? Kalau ko tak buat onar, buat apa nak takut, ya tak..? Tepuk dada, tanyalah nawaitu korang tu.. :-)

Aku cuma copy gambar-gambar yang aku rasakan menarik minat aku untuk dikongsikan di sini. Siapa yang tak suka nak tengok ataupun meluat nak jenguk, tak mengapa.. Itu hak anda... Masing-masing ada hak, kan... Kalau sebut pasal hak, semua nak sama rata. Kalau boleh, nak lebih lagi dari yang sedia ada.. Ooppsss...!!!

Okay, layankan aje la gambar-gambar ni sebelum tersasar... ;p

Rilek je budak ni tersengih... Korang berani buat camni? Berani cakap je kott... ahakk...


Bakul pergi pasar... ehehh...


Kalau aku, rela jalan kaki kottt.... pheewww...!!!


Jenuh la kaki tergantung macam tu... hikk...


Macam nak hempap orang tu je... adehh....


So sweet, right..?


Ngeri wehhhh... huhuhu...


Lupa ambil kat mana... Sorry... So, tak boleh nak copy.. Jangan hangin yaa..  :)
Untung kucing ni ada yang sayang...


Ada berani nak lepak macam ni...?? Aku angkat tangan dulu.. Bukan angkat tangan sebab berani la.. Tapi sebab serender... kehkehkeh...


Hari ni rajin pulak aku pergi jalan-jalan keliling dunia... Jauh perjalanan, luas pemandangan, kan... Takde la nak mengadap benda yang sama je... ehehh...

p/s: Malas nak buat entry sendiri, main copy paste je la.. Boleh gitu... Boleh aje... ;)

Tuesday, December 27, 2011

The making of butter cookies.. :-)

Assalamualaikum...

The making of butter cookies.. :-)


Aku baru je selesai membakar butter cookies ni. Aku mula membancuh adunan pukul sebelas tadi sampaikan aku tak dapat nak tengok perlawanan Manchester United bertemu Wigan. Tak kisah la, janji MU menang besar.. kehh3...




Aku masih merujuk majalah yang sama untuk resepi ni. Kalau boleh, aku nak cuba semua resepi yang ada kat dalam majalah tu... Ceewaahhh..., macam la rajin sangat, kan... ihikkk...


Macam-macam bentuk ada... hihihi...


Anak sedara aku cakap kuih ni namanya kuih sakit tangan.. hikhikhik... Sebab apa tau.. Sebab dia nampak aku macam susah je nak paipkan adunan tu keluar. Dah la gunakan mata acuan untuk hiasan kek.. Tu yang terkial-kial buat bentuk tu sebab kecil je mata dia.. Lepas tu, bila tinggal adunan yang terakhir tu, boleh pulak plastik piping tu bocor sana sini. Okay la, ganti yang baru. Satu hal juga nak ganti sebab adunan tu kan melekat. Nak kena kaut balik semula masukkan ke dalam plastik piping yang baru.


Bila dah tukar, ingatkan okay la plastik piping tu. Rupanya bocor lagi. Aku picit atas, abeh keluar kat tepi-tepi plastik tu. Dah macam rupa cacing dah.. Melekat kat sekeliling plastik tu.. Adehh, memang cubaan sungguh.. Sudahnya, aku hentam je picit.. Ikut ko la labu nak jadi bentuk apapun... hahaha...


Si kenit ni asyik cakap sedap je.. Tu dia bagi signal nak makan banyak la tu... Pagi ni bila dia bangun, terus tanya biskut malam tadi ada lagi ke tak... Aku cakap dah habis dah. Terus dia buat muka monyok.. Padahal aku dah simpan sikit dah untuk bagi kat ibu dengan kakak dia... Saje je menyakat... hehehe...


Anak-anak buah aku yang bertiga ni tunggu aku buat butter cookies ni. Yang si kenit tu tanya ni kuih raya ke..  Aku cakap mana ada raya. Makan aje la kalau dah masak. Pastu bila tray yang pertama je keluar, terus dorang nak ambil biskut tu. Aku kata, kan panas lagi tu.. Tunggu kejap lagi baru boleh makan. Terus dorang tarik balik tangan masing-masing... hehehe... Bila dah suam sikit biskut tu, barulah dorang ambil dan dorangpun makan la. Anak buah yang lagi tiga orang kat atas yang tengah mengadap komputerpun berlari masuk ke dapur sebab terbau biskut yang wangi ni.. Sekejapan je licin satu tray.. ahahaha....


Banyak juga dapat biskut ni. Mana taknya, adunan dia 500 gram tepung + 2 buku butter. Tapi tu la, kejap ada, kejap takde.. Asal masak je, hilang... Bila dah sampai tiga tray terakhir tu baru dorang tak makan dah.. Kenyang agaknya.. Baki tu aku simpankan untuk anak buah yang takde kat rumah ni.. Kalau tak simpan, memang selamat la tinggal bekas je..


Cukup untuk kali ini.. Lain kali cerita lagi... Mata akupun dah mula mengantuk dah ni.. (~__~ )


p/s: Trust takes years to build, seconds to break and forever to repair.. ;)

Monday, December 26, 2011

Walking in and out...

Assalamualaikum...

Walking in and out...

"Some people make your life better by walking into it while other people will make your life better by walking out of it..."


Kita tidak akan tau samada orang suka atau tidak dengan kehadiran kita di dalam satu-satu komuniti tertentu. Jika semua diam membisu, sampai bila-bilapun kita tak akan tahu. Namun, jika ada yang menggunakan pendekatan berupa menyindir atau memerli, barulah kita tahu. Itupun jika kita faham sebab kadang-kadang ada juga orang yang tak berapa nak faham dengan bahasa sindiran ni lebih-lebih lagi jika sindiran itu diselitkan bersama gurauan.. Dan selalunya jawapan standard yang akan kita dapat ialah, aku gurau je la.. Itupun nak terasa.. :)

Jika kita dah terasa seperti ada yang tak suka kat kita, pandai-pandailah membawa diri. Tak perlulah kita nak biarkan diri kita terus-menerus menjadi bahan sindiran. Membiarkan diri menjadi bahan umpatan juga tidak bagus sebenarnya. Walaupun ramai yang suka sebab boleh dapat pahala percuma, namun bukan itu caranya untuk mengumpul pahala.. Banyak lagi cara lain yang lebih berfaedah untuk mengumpul pahala ni.. 

Walking out atau membawa diri bukan bermaksud membenci. Namun ianya lebih kepada mencari ruang untuk diri kita sendiri. Senang kata, muhasabah diri itu lebih baik dari mencari salah orang lain.. Mungkin ada orang yang tak suka dengan cara kita sedangkan dalam masa yang sama kita ingat orang tu suka nak berkawan atau berborak dengan kita.. Kita fikir positif pada semua benda sedangkan kita tak tahu ada orang lain yang fikir negatif tentang diri kita.. Dan, bermula dari situ akan mula timbul selisih faham dan seumpamanya..




Walking out for a while.. See you as I see you ( c-u-s-i-c-u )

p/s: Terima kasih atas kesudian membaca entri merapu ini.. ehehh..

Sruuuutttttttt....!!!

Assalamualaikum....

Sruuuutttttttt....!!! 

Adik-adik aku ada balik sempena cuti Xmas ni. Mak akupun masak la siput sedut ni untuk dorang. Dan seperti biasa, menjadi tugas aku untuk memotong bontot siput tu.. Lenguh la jugak tangan nak habiskan memotong dua kilo siput sedut ni... Namun, disebabkan dah biasa buat, sekejap je dah siap.. Janji takde siapa yang kacau masa aku buat kerja pemotongan tu.. 




Batang dan ubi keladi tu mak aku yang siang. Kedua-duanya kena celur separuh masak dulu biar keluar semua getah dia. Lepas tu toskan dan lalukan air bersih ke atasnya. Beria-ia betul siput tu melarikan diri... ehehh...


Bila dah siap potong, cuci bersih-bersih sebab takut nanti ada serpihan kulit yang termasuk dalam gulai... Bahaya kalau terlepas masuk nanti.. Takut usus luka.. 


Potong bontot siput dengan pisau yang tajam. Aku gunakan bahagian mata pisau yang dekat dengan pemegang tu sebab senang nak ejas. Kalau guna mata pisau yang kat hujung tu, takut nanti terpotong jari la pulak.. Potong jangan terlalu pendek sebab nanti susah nak menyedut. Silap-silap haribulan, isi siput tu tak mahu keluar... Potong dalam anggaran tiga garisan yang ada kat kulit siput tu.. Kalau potong terlalu panjang takut nanti terpotong pulak isi siput tu.. Kalau isi siput dah pendek, nanti feel menyedutpun jadi pendek jugak.. Srut je bunyi dia nanti, bukan sruuuutttttttt... hihi... 


Sruuuutttttttt....!!! 

Masakkan kuah untuk siput tu dulu dengan bahan untuk menggulai. Bila dah mendidih, baru masukkan siput dan batang serta ubi keladi yang telah dicelur tadi. Bila ubi keladi dah empuk, barulah boleh tutup api. Ayam goreng tu untuk anak-anak buah aku yang tak pandai nak menyedut. Manakala jelatah tu untuk menambah selera.. Tu mak aku suka... 

Setakat ini je dulu.. Thanx for reading... :-)

p/s: Aku suka edit gambar kat photoscape sebab boleh ubah saiz dia jadi kecil. Bila saiz dia kecil, takde la gambar tu lambat nak keluar. Dalam erti kata lain, takde la memberatkan sangat masa loading berbanding masukkan gambar secara direct sebab kesemua gambar yang aku ambil, saiz dia mesti 1MB ke atas...
.

Sunday, December 25, 2011

Rezeki di pagi Xmas... hohoho...

Assalamualaikum...

Rezeki di pagi Xmas... hohoho...

Seperti yang selalu aku cakap, rezeki itu datang tanpa diduga.. Dan datangnya dalam pelbagai cara.. Dan sebagai penerima, kita haruslah redha... :)

Pagi ni, bila aku masuk blog je, perkara pertama yang aku buat ialah check kalau-kalau ada komen yang perlu aku approve, dan akan aku approve-kan. Komen yang ada backlink, aku tak approve.. Lepas tu, aku akan check shoutbox aku, tengok kalau-kalau ada link menarik untuk aku balas kunjungan walaupun sebenarnya aku agak fobia sikit nak klik direct link ni.  Trauma dulu masih lagi terbayang... 

Dan pagi ni aku memang tak sangka la bila dapat hadiah sempena Xmas ni.. Dan hadiah tu sangat-sangat 'bernilai' untuk aku... Terima kasih banyak-banyak pada orang yang bagi hadiah tu kat aku.. Ni kira rezeki terpijak la ni ehh... hikhikhik....

Dan hadiahnya adalah... jeng.. jeng... jeng....
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaaaaaaaaa.....!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
V


Disebabkan nak tau sangat siapa yang baik hati bagi aku hadiah Xmas ni, maka akupun carilah alamat dia.. Ye la, akupun teringin jugak nak balas balik pemberian ikhlas dia tu, kan... Orang dah berbudi, kita kenalah berbahasa.. tak gitu...? :P

Cari punya cari punya cari punya cari... Ehh..., banyak jugak alamat dia ni rupanya.. hihihi... Dan aku sertakan beberapa alamat dia ehh... heeeeee.... 

-1-

-2-

-3-
Cukup la tiga ni je kot... ehehh....


Marah sangat sebab tak dapat nak copy? Sukahati aku la nak bagi copy ke tak... Kalau nak copy apa-apa, sila pergi kat sini ataupun sini... Faham tak sayang...? Baru tak dapat copy dah naik angin.. Macam mana la nak handle perkara yang lebih mencabar nanti agaknya ya... ;)

p/s: Rezeki di pagi Xmas yang buat aku ketawa... Terima kasih banyak-banyak... Semakin ramai orang yang jiwa kacau sekarang ni, kan... hohoho....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)