Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, September 9, 2022

Kek marble gebu gebas.

 Assalamu'alaikum.

Kek marble gebu gebas.

Alhamdulillah. Kali ni aku dapat hasil kek marble yang gebu gebas. Sebelum ni asyik dapat hasil yang kurang menjadi. Aku buat kek ni pada 1 September hari tu tapi baru sekarang aku masukkan cerita dalam blog. Tak sempat nak update sebab line Unifi kat rumah ni lemau ya amat padahal dah upgrade dah. 
















Sebenarnya, aku saja buat kek marble ni untuk birthday anak buah aku. Birthday dia pada 1 September. Kesian pulak aku menengoknya. Tu yang aku buat tu. Nak beli kek harijadi kat kedai kek tu mahal sangat sampai 80 ringgit. Baiklah aku buat sendiri. Tak sampai setengah jam, kek ni pun selamat. Alhamdulillah.

p/s: Kena rajin try and error.

.

Thursday, September 8, 2022

Tanam dan petik kangkung.

 Assalamu'alaikum.

Tanam dan petik kangkung.

Pokok kangkung ni aku tanam dari batang kangkung yang aku beli di pekan sehari. Aku suka kangkung jenis macam ni. Sebab tu aku tanam.










Lepas petik, letak atau siram baja. Nanti cepat la tumbuh balik semula.



p/s: Dapat la jimat seringgit dua. Alhamdulillah.

.

Tuesday, September 6, 2022

Tabur kulit telur kat pokok asparagus.

 Assalamu'alaikum.

Tabur kulit telur kat pokok asparagus.

Ada yang kata, kulit telur ni mengandungi sumber kalsium dan elok ditaburkan pada tanaman. Tu yang aku buat tu. Kulit telurpun banyak yang aku simpan. Keringkan dan pijak bagi hancur sikit. Lepas tu boleh la tabur.










p/s: Kenapa nak buang jika boleh recycle.. Kan...

.

Monday, September 5, 2022

Pokok jambu batu madu dah berbunga.

 Assalamu'alaikum.

Pokok jambu batu madu dah berbunga.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah.

Pokok jambu batu madu yang aku beli masa balik kampung bulan enam hari tu dah berbunga dan berputik. Seronoknya la haihh..





Kata penjual tu hari tu, buah jambu batu madu ni takde biji. Kalau adapun, sikit je biji dia. Mudah-mudahan betul la apa yang dikatakan. Tak nak la nanti buah tu jadi yang biasa yang keras dan banyak biji tu.





p/s: Jom tanam pokok jambu batu madu ni pulak. 😁😁😁

.

Sunday, September 4, 2022

Set blouse sempoi.

 Assalamu'alaikum.

Set blouse sempoi.

Alhamdulillah, siap dah satu set blouse sempoi aku ni. Material kain cey crepe. Aku beli dari seller di facebook iaitu Shadiwan Tailor.









p/s: Entah bila nak pakaipun tak tahu la. Haha.

.

Buat sendiri bubur asyura utara.

 Assalamu'alaikum.

Buat sendiri bubur asyura utara.

Hari tu, aku ada buat bubur asyura utara ni. Niat nak bagi sikit kat tiga empat orang kawan arwah Omak aku. Kiranya ni hajat aku la.































 

p/s: Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. 

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)