Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, December 12, 2016

Alhamdulillah. Sukanya hati kita. :)

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Sukanya hati kita. :)


Bahagia itu bukan dilihat dari apa yang kita ada tetapi sikap kita terhadap apa yang kita ada. Jangan dengki. Kadang-kadang kita tak dapat satu benda tapi Allah bagi kita rezeki yang lain. Alhamdulillah.


Ni gambar bunga orkid yang diambil dua hari lepas. Mulanya saja la aku pi melawat kawasan sini. Alih-alih terbau wangi semerbak je. Ingatkan pokok anggerik hutan yang berbunga tapi takde pulak nampak bunga dia. Rupanya pokok orkid ni yang berbunga. Dua-dua pasu pulak tu keluar bunga dia. Rasanya dah dekat setahun atau setahun lebih pokok orkid ni tak berbunga. Kali ni elok pulak dia keluar bunga tanpa aku sedar masa bila tangkai bunga tu keluar. Alhamdulillah. Rezeki aku la ni, kan? Sukanya hati kita. Haha.






Sebenarnya aku takde la jaga sangat pokok-pokok orkid aku ni. Sebabnya, aku dah macam-macam letak baja tapi dorang malu nak keluarkan bunga. Sudahnya, aku biarkan aje dorang. Ikut suka dorang la masa bila dorang nak keluarkan bunga dorang tu. Aku dah malas dah nak paksa. Haha.




Bunga orkid yang ini tak tahan lama lebih-lebih lagi jika kena timpa dek air hujan, cepat je bunga dia berubah warna dan layu. Sebab tu la jika dia dah keluarkan bunga, cepat-cepat pergi hidu dan ambil bau wangi bunga dia tu. Ambil aura positif gitu. Hahaha.






Tak perlu nak beli barang branded yang mahal-mahal untuk ceriakan hati. Dapat tengok pokok orkid keluarkan bunga dia ni pun dah buatkan hati aku suka yang amat sangat. Haha. Satu terapi jiwa dan minda yang tiada ternilai harganya. Syukur alhamdulillah. 


p/s: Berhentilah menyebut nasib baik. Takde faedahpun sebut ayat macam tu. Gantikan ayat nasib baik tu dengan Alhamdulillah. Pahalapun dapat.

Sunday, December 11, 2016

Si Kembang dan mainannya. Haha.

Assalamu'alaikum.

Si Kembang dan mainannya. Haha.

Nama budak ni Kembang. Dah kenapa letak nama Kembang? Sebab bulu kat ekor dia macam kembang sikit, tu yang letak nama Kembang tu. Senang je kan bagi nama kat kucing ni. Hehe. 


Bagus Kembang ni. Dia main je apa yang ada. Takde la dia demand nak mainan yang mahal-mahal je. Main dengan bekas plastik kosong ni pun dia suka sangat dah. Syukur alhamdulillah. Sejuk perut mak angkat dia menengoknya. Hahahaha.






Oh ya. Kembang ni merupakan seekor kucing jantan. Bukan kucing betina tau, tapi kucing jantan! Jantan yang bernama Kembang? Kahkahkah.


p/s: Suka hati mak angkat dia la nak letak nama apapun. Janji ada nama. Kan Kembang, kan? Kehkehkeh.

Friday, December 9, 2016

Ikan siakap masak masam manis cara aku. Haha.

Assalamu'alaikum.

Ikan siakap masak masam manis cara aku. Haha.


Hari tu, aku beli ikan siakap ni. Sekilo harga dia RM10.90. Kiranya murah la dari harga biasa. Selalunya sekilo harga dia RM16. Disebabkan sekilo RM10.90 tu, aku beli empat ekor terus ikan siakap ni. Dan harga untuk empat ekor ikan siakap tu tak sampaipun RM40. Ikan siakapnya cantik dan nampak segar. Tu yang aku beli lebih sikit tu sebab ikan siakap ni aku suka masak sup atau masak stim.. Cumanya sekarang ni ada anak-anak buah kat rumah, tu yang aku buat masak masam manis ni. Dorang tak makan ikan ni kalau aku buat sup atau stim.


Ni cara masak aku la ya. Aku ni kalau bab masak lauk-lauk ni, memang jenis main redah je. Takdenya aku nak ikut sangat resepi orang. Aku yakinkan aje diri yang aku boleh buat. Haha.


Bahan-bahan sampingan yang diperlukan. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Lemon tu kita gunakan sehiris je. Kacang panjang, cili hijau dan bawang besar tu sebagai hiasan. Dan juga sos cili serta cili kering kisar.


Gaulkan ikan siakap dengan tepung kentucky tu. Goreng ikan siakap tadi. Toskan dan ketepikan sekejap.
v

 Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Aku gunakan sikit je minyak untuk menggoreng. Bukan sebab nak jimatkan minyak tapi sebab nak jaga kesihatan. 


 Masukkan dua sudu makan cili kering kisar. Goreng hingga pecah minyak. 


 Masukkan pula satu sudu makan sos cili. Cukup la tu. Jangan banyak sangat. Nanti terlebih manis pulak. Kurangkan penggunaan gula ya puan-puan. Haha.


 Masukkan pula hirisan bawang besar. Kacau rata.


Masukkan sos tiram. Anggaran satu sudu makan je dah cukup dah. Kacau sebati.


 ^
Masukkan pula kacang panjang dan masukkan sedikit air jika terlalu kering.
v

 ^
Masukkan pula hirisan cili besar. Kacau rata dan perahkan hirisan lemon ke dalam kuali. Kacau sebati. Akhir sekali, masukkan secubit garam halus. Rasa dulu sebelum tutup api. Lepas tu, curahkan aje ke dalam bekas yang berisi ikan tadi.
v

Dah siap! Senang je, kan?


Alhamdulillah. Dah siap masak. Dah habis dahpun sebab ni semalam punya cerita. Haha.


p/s: Abaikan aje la kuali aku yang antik dan rare tu. Janganlah sebab kuali antik aku ni, ada pulak mulut yang mengata dan jari pulak ikut menulis apa yang mulut kata. Bukan apa. Kesian je kat orang yang kuat mengata untuk perkara yang bukan-bukan ni. Heh.

Wednesday, December 7, 2016

Masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan kangkung tanam sendiri.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan kangkung tanam sendiri.


Sebelum tengok gambar lauk, kenalah tengok dulu gambar pokok kangkung yang aku tanam ni. Haha.


Aku beli seikat kangkung kat pekan sehari. Batang kangkung tu aku rendam dalam air selama lebih kurang tiga hari atau sampai akarnya keluar agak panjang sikit. Air rendaman tu aku ganti setiap hari.




Apabila akarnya dah panjang, boleh la letakkan atas tanah yang elok dan lembut. Lepas tu, timbuskan sedikit bahagian batang kangkung yang ada akar tu. Macam aku, aku letakkan kat dalam pasu sebab kalau letak kat tanah, nanti kucing aku kerjakan kangkung ni. Itupun dorang masuk jugak dalam pasu ni. 




Oleh kerana sekarang ni musim hujan, maka aku takde la nak kena siram selalu kangkung ni. Aku takde letak bajapun tapi aku selalu siram dengan air basuhan ikan. Tu yang kucing aku suka naik panjat pasu ni. Haha.





Rasanya dalam tempoh dua minggu kot, dah besar dah pokok kangkung aku ni. Dah boleh ambil dah. Dapat la satu ikat. Ni kalau beli, mau dua ringgit jugak ni. Siapa kata kangkung murah weii.. Haha. Oh ya, cili padi dan cili besar hijau tu hasil dari tangan aku jugak. Alhamdulillah, dah membuahkan hasilnya. Jimatlah sikit duit pasar. Hik.





Dan boleh la masukkan kangkung tadi sebagai rencah untuk masak lemak cili padi ikan kembung ni. Ikan kembung tu je beli. Yang lain-lain semuanya hasil dari tanaman sekeliling rumah. Alhamdulillah. 




Jemput tengok! Hehe.




p/s: Alhamdulillah. Lauk licin. Mungkin sebab dah lama sangat tak masukkan kangkung dalam gulai ni. Selalu masukkan pucuk ubi kayu je sebagai rencah.

Monday, November 28, 2016

Gergaji sendiri dahan pokok mangga.

Assalamu'alaikum.

Gergaji sendiri dahan pokok mangga.

Hari tu masa aku nak tajak tanah, aku kena serang dengan semut api. Tadi masa dok gergaji dahan pokok mangga telur ni, aku kena gigit dengan kerengga pulak. Susah jugak kalau ramai peminat ni. Semua dok attack je. Hahahaha.





Tak kemas lagi ni. Dahanpun tak habis gergaji lagi. Kena tunggu kerengga tidur baru boleh sambung buat kerja. 😤😤😤 Sementara nak tunggu petang nanti, jom la kita makan biji gajus homemade ni.




p/s: Mood membaca novel jatuh merudum. So, layan aje la apa-apa kerja kat rumah ni. Makanpun satu kerja jugak, kan? Haha.

Friday, November 25, 2016

Cara mudah bakar biji gajus.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah bakar biji gajus.


Yeszzaaa...! Hahaha.


Sekarang ni aku dah malas dah nak bakar biji gajus ni guna oven letrik. Oven besar, power kuat, nanti bil letrik mencanak naik. Tak kuasa aiihh nak bayar bil letrik banyak-banyak ni. Pening kepala dibuatnya nanti. Heh. Makanya, aku kenalah cari cara alternatif untuk membakar biji gajus ni, kan? Dan caranya mudah sesangat weh. Hehe. 


Korang gunakan aje kuali non stick ni. Biji gajus tu korang lalukan bawah air sekejap. Lepas tu, toskan sampai kering. Tos sampai takde air yang menitis. Kalau tak nak lalukan bawah airpun takpe jugak. Boleh je terus guna. Ikut masing-masing la, ya tak?




Kemudian, korang taburkan sedikit garam halus dan gaul untuk ratakan garam tu. Lepas tu, dengan menggunakan api dapur yang paling kecil, korang tutuplah kuali tadi.




Apabila dah ada bau, korang boleh la buka tudung periuk tadi dan kacau-kacau la biji gajus tu. Balik-balikkan dia. Garam tu tak hancurpun tapi biji gajus tu tetap ada rasa masin. 





Okay, dah siap dah biji gajus yang dibakar dengan kuali non stick ni. Biarkan sejuk dahulu. Lepas tu, boleh la masukkan ke dalam bekas kedap udara. Garam tadi tak payah la kaut sekali tapi jika nak masukkan sikit, sekali lagi terpulanglah pada kehendak masing-masing. Jangan risau biji gajus tak masak. InsyaAllah, elok je dia masak sebab kuali tu kita tutup dengan tudung periuk. Kiranya macam bakar dalam oven jugak la. Lagipun biji gajus ni lembut je dan bukannya keras macam biji badam tu.





Dan, boleh la jadikan biji gajus bakar ni sebagai kudap-kudapan sambil menonton tv. Buat sendiri lagi jimat dari membeli. Biji gajus mentah macam ni setengah kilo harganya dah hampir RM25. Itu harga untuk masa bulan puasa hari tu. Sekarang ni tak tau la berapa harga dia. Kalau yang dah siap panggang tu, lagi la mahal harganya. Jadinya, mana yang boleh kita jimat tu, kita berjimat la tapi kenalah ada usaha iaitu rajin buat sendiri. Hehe.


Bagus makan biji gajus bakar ni. Kentut meletus-letus keluar. Pembuangan bahan buanganpun lancar je. Badanpun rasa ringan je. Takde la badan rasa sebu dan berat je. Hahaha. 



Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)