Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, May 14, 2017

Ubah anak pokok durian belanda.

Assalamu'alaikum.

Ubah anak pokok durian belanda.

Dua hari lepas, aku ubah anak pokok durian belanda yang aku semai hampir dua bulan lalu ke dalam polybag kecil. Aku ni main semai je benih durian belanda tu. Ikut sempat aku je sumbat dan tekan biji benih tu merata-rata. Tak sangka pulak banyak yang tumbuh. Apabila semua pakat tumbuh, mula la kalut cari tanah dan beli polybag. Haha.







Apabila dah siap ubah masuk ke dalam polybag, dapatlah banyak ni. Menceceh-ceceh la jugak peluh masin aku keluar. Hahaha.







Yang kat bawah ni ada yang aku dah semai dan ubah dari awal. Sebab tu ada pokok yang daun dia dah banyak sikit.


Kat rak ni je dah ada 29 anak pokok durian belanda.


Aku semai benih durian belanda ni untuk kakak aku. Dia ada kata yang dia nak buat kebun durian belanda kat kampung. Makanya, sebelum dia pencen ni, aku tolonglah semaikan dulu. Mudah-mudahan impian kakak aku tu dimakbulkan Allah. Moga Allah panjangkan usianya dan berikan kesihatan yang baik pada beliau. Aamiin.


Nak bantu dari segi kewangan untuk buat kebun durian belanda tu, aku tak mampu. Makanya, aku buatlah apa yang aku rasa aku mampu nak buat. 


p/s: Keseluruhannya, ada hampir 60 buah polybag anak pokok durian belanda ni. Rasanya, cukuplah setakat ni je yang aku semai. 

Tingginya la haihh..! Benih dari mana ni?

Assalamu'alaikum.

Tingginya la haihh..! Benih dari mana ni?



Ni merupakan salah satu pokok bendi yang aku tanam kat mini kebun aku ni. Pokoknya dah tinggi melebihi tinggi aku dah. Rasanya dah hampir enam kaki dia punya tinggi. Masalahnya, sampai sekarang pokok bendi ni masih belum ada buah lagi. 




Nak kata terlindung dari cahaya matahari, pokok bendi ni elok je dok kat tengah-tengah mini kebun aku ni. Kiranya dapat seratus peratus cahaya matahari la.




Akupun tak tau kenapa pokok bendi yang aku tanam dalam polybag ni payah sangat nak berbuah. Entah benih sesat dari mana agaknya. Tapi tengok kat pucuk atas tu, macam dah nak keluar bunga dah. Harapnya bunga tu nanti lekat la jadi buah. Jenuh dah ni aku tunggu buah bendi ni keluar. 



Ni bunga ke, buah? Macam nak jadi buah terus je ni. 


Apa yang peliknya, pokok bendi yang aku tanam di bawah pokok rambutan ni, elok pulak berbuah walaupun pokoknya masih lagi rendah dan tidak mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Dah tiga kali jugak la aku ambil buah dia. Tapi sepokok tu ambil sebuah je la sebab bendi ni keluar tak sama waktu.




Baru je petik buah bendi yang ini. Sebijipun jadi la. Haha.


Apapun, alhamdulillah. Hidup jugak pokok bendi aku ni. Bendi ni payah nak hidup. Punya la banyak benih yang aku semai, ini aje yang hidup dan besar dengan sihat. 


p/s: Takpe, sabar je la menunggu buah bendi dari pokok tinggi melangit tu keluar. 

Friday, May 12, 2017

Siapa kata yang rendang tu tak berbuah?

Assalamu'alaikum.

Siapa kata yang rendang tu tak berbuah?

Kan? Sesuka hati je kata rendang tak berbuah sampaikan ada lagu gunakan tajuk macam tu. Heh.


Ni ha, elok je dia rendang tapi banyak buah. Aku siap bagi bukti bergambar lagi ni. Haha.


 Rendang, kan?






Alhamdulillah, pokok limau purut aku ni dah banyak kali berbuah. Aku takde la letak baja. Mungkin dia serasi dengan tanah dari sisa sawit tu.


p/s: Boleh la buat tomyam selalu. Tadipun aku buat tomyam ayam. Hehe.

Thursday, May 11, 2017

Dah lama tak masuk rumah ni, kan?

Assalamu'alaikum.

Dah lama tak masuk rumah ni, kan?

Dah lama aku tak letakkan gambar anak kucing yang ada kat rumah aku ni. So, kali ni bagi la dorang masuk sekejap. Heh.











 Amboi! Main kasar nampak! 



^
Dah penat main kejar-kejar, apa lagi,  kita tidoq la puaih-puiah.. Sedap betul jadi kucing. Haha.
v



 Jangan buat jamban kat sini, tau! Kalau buat jugak, siap la bontot tu kena cubit!



^
Adeh. Kat sini jugak korang nak main nyorok-nyorok.
v


Sebenarnya aku dah tak boleh nak simpan banyak gambar kat dalam laptop aku. Aku takut laptop aku buat hal lagi macam hari tu. Sebab tu la mana-mana gambar yang ada, aku masukkan kat dalam blog aku ni. Saja la letak sebagai kenangan. Mana la tau nanti boleh dijadikan kenangan. Hehe. So, lepas ni boleh la delete gambar dalam folder tu. 👏


p/s: Blog aku, ikut suka aku la nak letak gambar apapun, kan? Poyo je. Haha.

Redakan bengkak dan gatal-gatal dengan tepung beras.

Assalamu'alaikum.

Redakan bengkak dan gatal-gatal dengan tepung beras.


Beberapa hari lepas, telinga mak aku bengkak dan gatal-gatal. Mungkin terkena gigitan cikenit. Abang aku pergi klinik ambilkan ubat untuk telinga mak tapi mak tak nak makan ubat tu. Ubat untuk sapu pun mak tak nak guna. Aku tanya sakit ke telinga yang bengkak tu? Mak kata; tak sakit tapi gatal-gatal. Rasa gatal-gatal tu yang buat tak selesa.


Mak aku suruh abang aku sapu telinga dia dengan tepung beras. Boleh pulak abang aku pergi sapu macam tu je. Dia pergi buat macam sapu bedak powder tu. Sabar je la. Aku kata kat dia, kalau sapu macam tu, tak jadi apa-apa la. Kena la campurkan dengan air sikit, baru la sapu kat telinga mak tu. Sebab kalau dah campurkan dengan air, nanti dia akan mencengkam kulit sebelum dia kering.


Lebih dari seminggu jugak baru bengkak kat telinga mak aku tu surut. Masa telinga mak tu bengkak, memang besar betul jadinya cuping telinga tu. Naik risau aku dibuatnya. Ajak pergi klinik, mak tak nak. Sekarang telinga mak dah okay dah seperti sedia kala. Syukur alhamdulillah.


Tak lama lepas tu, jari aku ni pulak yang bengkak dan gatal-gatal. Tak tau la kenapa. Dia punya gatal tu merenyam semacam je. Gatal macam kena kudis buta tapi takde pulak air yang keluar. Dia cuma membengkak. Akupun garu je la tapi lama-lama jadi sakit pulak jari aku tu. Mujurlah jari tu tak luka.




Akupun ikutlah petua mak aku tu. Aku sapukan jari aku yang bengkak dan gatal-gatal tu dengan tepung beras yang dicampur dengan air. Makan tiga hari jugak baru rasa gatal dan bengkak tu surut. Lepas bengkak tu surut, barulah aku perasan macam ada satu titik sebesar mata jarum kat bahagian yang bengkak tu. Mungkin jari aku tu kena sengat dengan serangga tanpa aku sedar. Alih-alih gatal dan bengkak je jari tu.


Sekarang dah okay sikit dah jari aku tu. Bengkak dah surut tapi rasa gatal-gatal tu masih ada lagi sikit tapi takde la mengganggu macam mula-mula kena hari tu. Alhamdulillah.





Kiranya tepung beras ni ada jugak kegunaan dia selain daripada yang ada kaitan dengan makanan dan masakan. Mungkin boleh kecutkan bisul jugak, kan? Mana la tau. So, siapa yang ada bisul, boleh cuba sapukan kawasan bisul tu dengan tepung beras ni. Kot la bisul tu boleh mengecut.


p/s: Kita ikhtiar je. Selebihnya, tawakkal kepada Allah.

Monday, May 8, 2017

Jom repair kipas!

Assalamu'alaikum.

Jom repair kipas!

Kipas meja aku ni dah lama sangat dah umur dia. Aku beli masa aku kerja kat Johor Bahru dulu. Masa tu harga dia RM75. Jenama National. Sekarang ni dah takde dah jenama ni, kan?


Baru-baru ni, kipas aku ni tak nak berpusing. Puas aku dok tekan-tekan button tapi dia dok macam tu jugak. Aku dah mula cuak dah. Bukan apa, kipas ni aku gunakan untuk 'kipaskan' laptop aku. Maklum la, laptop aku ni takde kipas sendiri. Lepas tu pulak, umur laptop aku ni pun dah banyak jugak. Aku beli laptop aku tu sejak tahun 2009 lagi. Kira la dah berapa tahun dah aku guna. Dah tiga kali kena format balik semula. Setiap kali laptop aku ada masalah, adik aku tu yang jadi tukang format. Terima kasih la kat dia. Hehe.


Disebabkan itu, akupun acah-acah beranikan diri pergi buka skru kat belakang kipas tu. Buka juga penutup kat depan tu. Aku tengok la apa yang patut walhal aku bukannya pandaipun nak baiki kipas rosak ni. Gaya je lebih sampai habis semua peralatan aku keluarkan. Hahaha. 





Akhirnya, kipas aku kembali berpusing! Alhamdulillah. Jimat bajet aku tak payah beli kipas baru. Hehe.





Rupanya, ada rambut yang bergumpal kat batang besi tempat kipas tu berpusing. Patutlah macam berat je kipas tu nak bergerak. Rupanya dia sangkut kat situ. Lepas buang segala jenis habuk dan rambut yang melilit tu, aku titiskan beberapa titik minyak mesin Singer kat batang besi tu bagi melicin dan melancarkan perjalanan kipas tu. Syukur alhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan aku. Mujurlah kerosakan tiada kaitan dengan motor kipas.


p/s: Jangan panik. Tenangkan fikiran dulu. Lepas tu baru fikir nak buat apa. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)