Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 21, 2020

Projek semasa #PKP: Projek tanam taugeh.

Assalamu'alaikum.


Projek semasa #PKP: Projek tanam taugeh.

Sepanjang #PKP ni, banyak juga aktiviti yang aku buat terutama sekali yang melibatkan makanan. Ye la, nak beli makanan siap, kedai makan tak buka. Kalau bukapun, aku pulak tak berani nak keluar. Mana ada aku keluar ke mana-mana sepanjang perintah kawalan pergerakan ni. Memang jenis mendengar kata sungguh..! Haha.


Ni projek yang mula-mula aku buat. Maklum la, sayur takde. Maka, kenalah tanam sayur sendiri di rumah. Ni pokok taugeh yang aku tuai pada 26/3/2020. Kiranya aku mula tanam taugeh ni pada 22/3 laa..





Lepas tu, aku tanam lagi pokok taugeh ni. Kali ni tanam banyak sikit. Yang ini aku tuai pada 2/4/2020.











Dan semalam, aku tuai lagi pokok taugeh yang aku tanam pada 18/4/2020. Cuma kali ini cara tanam tu berbeza dan aku tanam sikit je dalam segenggam lebih je kacang hijau yang aku gunakan.


Rendam kacang hijau semalaman. Basahkan tanah dalam pasu. Lepas tu, taburkan kacang hijau tadi di atas tanah dalam pasu tu. Kemudian, timbus sikit tanah atas kacang hijau tu dan renjis-renjis dengan air sikit.. Lepas tu, tutup rapat-rapat pasu tadi. Jangan sampai ada cahaya masuk.





Buka penutup untuk siram pokok taugeh tadi. Renjis-renjis manja je. Jangan siram kuat sangat. Lepas tu, tutup balik semula dengan tong cat tadi.


Pagi semalam, 20/4/2020, akupun tuai la taugeh yang ini. Dah rasa macam cabut cendawan busut la pulak. Haha.






Dah boleh tuai dah pokok taugeh ni. Tarik/cabut perlahan-lahan.









Bagusnya tanam taugeh guna kaedah macam ni (tanam guna tanah) adalah kerana dia punya topi warna hijau tu banyak yang tanggal. Jadinya, proses mencuci takde la ambil banyak masa berbanding jika ditanam di dalam kukus/kotak/botol dan sebagainya tu.









Tanam taugeh guna tanah ni aku ikut cara yang orang kongsikan dalam grup kebun. Taugeh yang aku tanam ni takde la gemuk sebab kita tak letak baja. Lagipun, ada bahan khas untuk gemukkan taugeh. Itu untuk siapa yang buat bisnes la yang gunakan bahan tu. Kita ni tanam taugeh untuk makan sendiri je. Takpe la kuruspun. Yang penting, dijamin bersih dan takde penggunaan bahan kimia.


Yang ini pulak kali kedua aku tanam guna tanah. Lihat la betapa gigihnya aku untuk berjimat cermat. Heh.












p/s: Banyak lagi projek yang aku buat dalam musim PKP ni tapi yang pastinya, bukan projek buat anak ya. Aku buat projek untuk sumbat makanan dalam anak tekak je.. 😁😁😁
.

1 Tukang Tembak:

Farrah MF said...

Wah, seronoknya kak! Geram tengok tauge2 tu.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)