Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 2, 2012

How to remove a border around your post page...

Assalamualaikum...

How to remove a border around your post page...

Kali ni aku nak kongsikan cara-cara nak buang atau remove border yang ada di sekeliling post page kita. Ini yang aku buat sendiri ya. Rajin pulak aku menggodek HTML aku ni... ehehh...

Seperti biasa, backup dulu template korang sebagai langkah berjaga-jaga.. ;)

Contoh border sebelum di-remove...

Masuk Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates > Klik Ctrl + F dan taipkan code .post-outer { pada tetingkap yang keluar... Nanti ianya akan keluar macam kat bawah ni mengikut jenis template yang korang gunakan..


Sebelum ni, aku gunakan warna pink untuk border kat post page blog aku ni. Tapi sekarang aku gantikan pink tu dengan transperent sebab aku nak remove-kan border tadi. Memandangkan aku dah guna divider, rasanya tak perlulah aku gunakan border lagi..




Korang cuma perlu tukarkan pink tu kepada transperent. Lepas tu PREVIEW dulu.. Kalau takde ERROR, boleh la tekan SAVE.. Selamat mencuba... Kalau ada masalah pasal ni, boleh tinggalkan pesanan kat chatango aku tu.. ;)

Dah takde border dah.... :-)


p/s: Bangun pagi-pagi tu janganlah nak menyumpah seranah je kerjanya.. Cuba la sebut benda yang baik-baik sikit.. Ucapkan syukur alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati hidup di bumi Allah ini.. Kalau awal pagi lagi dah memaki hamun, tak mustahil sampai malampun akan ada maki hamun jugak..

Sunday, January 1, 2012

A long story of my anak angkat...

Assalamualaikum...

A long story of my anak angkat...

Ini kisah anak angkat aku yang baru. Kesian kat dia. Ditinggalkan dalam keadaan masih kecil dan kelaparan... huhuhu...

Hari tu, sewaktu aku ke rumah jiran untuk memberikan semangkuk gulai siput sedut, aku ternampak la si kecil ini bersama dengan ibunya (mungkin) sedang mengiau-ngiau di depan pintu dapur jiran aku tu. Disebabkan aku takut dia termasuk ke dalam longkang, tambahan pula masa tu hari asyik hujan je, maka akupun naikkan dia ke tembok kaki lima yang tinggi sedikit. Cepat-cepat aku angkat dia sementara menunggu jiran aku tu membuka pintu setelah aku memberi salam.. 

Aku pura-pura tanya, anak kucing siapa ni..? Lantas jiran tadi menjawab, entah la.. Siapa punya kucing entah.. Ada lagi sekor tadi.. Mana entah dia pergi... Iskkk... Dan selepas menghulurkan mangkuk gulai tadi, akupun balik la ke rumah... Namun dalam hati aku berkata jugak, tak lama lagi anak kucing ni mesti dah takde kat rumah dia...




Selang dua hari lepas tu, jiran tadi datang bertandang ke rumah aku. Kebetulan petang tu ada beberapa orang sedang lepak kat depan rumah aku tu.. Sambil borak-borak, dorang makan rambutan dan duku. Dan, anak kucing tadi ada ikut dia sekali. Ahh sudah.. Ni mesti kes nak selamatkan diri dari anak kucing tu.. Aku dah faham sangat dah sikap jiran aku yang tak suka kucing ni..

Disebabkan kereta selalu keluar masuk kat rumah aku tu sebab adik-adik aku balik bercuti, dan anak kucing tadi tersangatlah kecilnya, maka akupun pegang la dia sekejap. Tak lama lepas tu, jiran tadipun dengan selambanya balik la tanpa sedikitpun bertanyakan tentang anak kucing yang ikut dia tadi.. Hmmm.., dah agak dah.. Nampak gayanya terpaksalah aku bela si kecil itu.. 




Petang tu jugak aku terus masukkan anak kucing tadi ke dalam sangkar. Lepas maghrib aku terdengar suara dia mengiau kat luar bilik aku ni. Ni mesti ada orang yang keluarkan dia dari sangkar ni sebab tak tahan nak dengar suara dia yang nyaring tu. 

Akupun ambil balik kucing tu sambil mulut membebel. Siapa yang letak anak kucing ni kat luar..? Orang dah masukkan dalam sangkar, pandai-pandai je letak kat luar.. Takde siapa yang nak mengaku. Tau takut... Akupun belek-belek badan dia sebab dia asyik menangis je. Aku tengok ada dua ekor kerengga dan beberapa ekor semut melekat kat bulu dia. Mungkin semut tu gigit dia masa dia diletakkan di luar rumah tadi. Dan akupun turut sama menangis semasa membersihkan badan dia yang sedang menggigil-gigil tu. Tak tau kenapa, tersentuh sangat hati batu aku ni...




Selang dua hari lepas tu pulak, mak aku bawak balik sekor lagi anak kucing sebaya si kecil tadi. Mungkin adik-beradik dia kot. Bangun pagi tu aku tengok dah ada dua ekor kat dalam sangkar. Tapi keadaan yang sekor tu memang menunggu masa je. Lembik semacam. Aku tanya mak aku, mana dia dapat kucing tu. Mak akupun cakap dia ambil kucing tu kat tiang pagar rumah jiran aku tu. Dia kata kucing tu mengiau-ngiau sambil memeluk tiang tu. Lagi la sayu hati aku.. Tapi, aku tak nangis depan mak aku.. Malu la aku nanti, kan... ;)

Walaupun kucing yang sekor tu memang takde harapan nak hidup, namun aku tetap bagi dia minum susu. Mujurlah adik ipar aku ada bawak lebih syringe. Jadi, dapatlah aku bagi dorang minum susu dengan menggunakan syringe tu. Namun, dua hari lepas tu, kucing yang lemah tadipun mati. Maka tinggallah yang sekor tu dan aku kurung dia kat dalam sangkar sementara nak tunggu dia besar sikit.

Begitulah kisah anak angkat tu. Nama diapun aku tak letak lagi. Dah pening nak cari nama.. ehehh..

p/s: Tak suka kucing tu tak mengapa.. Tapi apa la salahnya bagi dorang makan ataupun minum. Setakat belikan susu tepung tu berapa sangat la harganya. Duit berkepuk bukan boleh bawak masuk kubur... (=,=" )

Saturday, December 31, 2011

Biarkan Ia Berlalu... Selamat Datang 2012...

Assalamualaikum...

Biarkan Ia Berlalu... Selamat Datang 2012...

Esok, dah masuk tahun baru 2012 dah. Maknanya, tahun 2011 akan tinggal kenangan samada yang pahit ataupun yang manis. Dah bersedia ke nak memperbaiki azam yang sudah..? Ataupun cuma berazam je tapi tak pernah nak laksanakan azam tu..? Ehhh, kita tanya dia, dia boleh pulak tanya kita balik... Azam aku...? Biarlah rahsia... ehehh... Apa yang pasti, biarkan kesakitan itu berlalu pergi...  ;)


Novel Biarkan Ia Berlalu ni aku beli masa pergi Jaya Jusco Seremban 2 hari tu. Dan novel ni merupakan novel terakhir yang aku baca daripada empat buah novel yang aku beli. Novel berharga RM37 ini dan setebal 1140 muka surat ini bagi aku biasa-biasa je. Banyak jugak muka surat yang aku skip jika nak dibandingkan dengan novel ASST yang sudah dua kali aku baca tanpa ada skip langsung.. :-)

Nampak gayanya kena beli novel baru lagi.. Ataupun ulang balik baca mana-mana novel yang banyak skip tu... ehehh.. 

Selamat datang 2012. Semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih diberkati serta dirahmati Allah. Semoga bumi bertuah MALAYSIA ini akan terus aman damai tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak. Semoga rezeki semakin murah dan melimpah ruah. Semoga semakin matang dalam menangani sebarang isu yang diperdebatkan. Semoga tidak mudah lupa untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan. Semoga tidak mudah melatah walaupun dicuit berulang kali. Semoga tidak jauh tersasar dari ajaran Allah.. Semoga diberikan jalan penyelesaian ke atas setiap masalah yang timbul agar segera terungkai.. 




Biarkan ia berlalu. Ampun dan maaf di atas segala silap salah sepanjang tahun 2011 dan tahun-tahun sebelumnya. Selamat datang 2012 yang penuh dengan andaian demi andaian...

p/s: Mudah-mudahan Allah perkenankan segala doa yang baik-baik dari hambaNya... Amin...

Buat cookies lagi.. ehehh...

Assalamualaikum...

Buat cookies lagi.. ehehh...

Seperti yang pernah aku tulis kat entry terdahulu, aku kata aku nak cuba buat semua resepi yang ada kat majalah tu kan. So, masuk cookies ni, dah empat resepi dah yang aku cuba. Mula-mula dulu aku buat kek mentega lemon, lepas tu kek coklat lembab, then butter cookies dan sekarang ni dot chip cookies. Alhamdulillah, kesemuanya membuahkan hasil apabila berjaya melaksanakannya... Thanx to my lovely sister yang bagi aku pinjam majalah dia tu.. ehehhh...




Untuk dot chip cookies ni sebenarnya tak cukup satu bahan sebab takde stok kat kedai. Tapi aku gantikan dengan bahan lain. Belasah je la.. haha.. Tak sangka pulak anak-anak buah aku suka.. Malahan, ada permintaan suruh buat lagi.. Nak pitam sekejap boleh tak... ehehh...


Apa ada pada rupa yang senget benget tu... Janji sodap dimakan.. Rupa je cantik tapi rasa tak semenggah tak guna jugak, kan... :D


Aku cuma buat dua adunan je dot chip cookies ni. Kalau ikutkan resepi dia, satu adunan tu cuma gunakan setengan buku butter je. Ni aku buat sebuku butter pun tak cukup, camno tu..? Harus kena buat lima enam adunan ni... Tapi yang tu kena tunggu masa raya nanti la... ahahaha...


So crunchy.. Kena bakar kasi garing sikit. Kalau tak, takde bunyi krupkrapkrupkrap... kehkehkeh...


Resepi tidak disertakan di sini ataupun di blog dapo.. Kena tunggu bulan puasa baru nak tepek resepi. Itupun kalau aku tak kedekut la nak kongsi.. muahahahaha... 

p/s: Nak jugak belajar jadi kedekut ni. Boleh gitu...?? Boleh kottttt..., ehehhh....

Friday, December 30, 2011

How to put an image, a divider or text between entry/post...

Assalamualaikum...

How to put an image, a divider or text between entry/post...
Cara untuk letakkan gambar, divider atau tulisan antara entry/post

Tutorial kali ni adalah bagaimana kita nak letakkan gambar atau apa sahaja kat bawah entry kita sebagai divider tanpa perlu menggunakan sistem add a gadget.. 

Thank you for reading... ;)


Oh ya, blog aku tak boleh copy paste dan itu bukan bermakna aku tidak boleh berkongsi apa yang telah aku pelajari. Hendak seribu daya, kalau tak nak, seribu alasan.. Lagipun, apa la susahnya nak menaip barang dua tiga perkataan kat ruangan Ctrl + F tu, ya tak..?

Terima kasih Mr. V: Sayang U ketat-ketat... ;)

Assalamualaikum...

Terima kasih Mr. V: Sayang U ketat-ketat... ;)

Pertama kali aku terpandang Mr. V ni masa kat rumah kakak aku kat Nilai hari tu. Dia duduk kat sudut tu je tanpa bergerak. Memandang ke kiri kananpun tidak, apatah lagi mahu menyapa aku yang asyik terpaku memandangnya.. ;)

Beberapa hari selepas tu, aku dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan Mr. V ni. Rupanya dia tinggal kat Seremban. Takde la jauh sangat kalau dia nak ke Nilai tu.. ehehh... Dalam pada tu, aku dapat juga bersalaman dengan Mr.V tu. Makaihh... Punyalah keras tapak tangan dia.. Dia ni makan batu ke apa agaknya ya... hahaha...

Dalam tak disangka-sangka, akupun tercakap la kat emak aku yang aku suka dekat Mr. V ni. Alamak...!! Kantoi sudaaa... adehh... Apa yang peliknya, mak aku tak terkejut langsung..!! Aku pulak yang terkejut tengok mak aku.. haha.. Adakah itu tandanya mak akupun suka dengan Mr. V tu seperti aku..? Jeng.., jeng..., jeng....

Sebelum balik ke sini, aku sempat bagitau kat kakak aku yang aku sudah terjatuh hati kat Mr. V tu. Segan juga nak cakap sebenarnya ni. Apatah lagi Mr. V tu kenalan abang ipar aku.. ehehh... Abang ipar aku kata kalau dia sihat, nanti dia pergi carikan Mr. V tu untuk aku.. Waaahhhh, ini sudah bagus maaa... ekekeke...

Dan akhirnya, kini Mr. V sudah aku miliki sepenuhnya.. Yessszzaaaaaaa....!! Konpem aku tak pandang yang lain dah lepas ni.. Walaupun rupa Mr. V ni tidak la sehebat mana, plain je rupa dia, tapi aku sayang dia ketat-ketat.. Sebab apa tau...? Sebab Mr. V ni selalu ringan tangan membantu aku buat kerja rumah..

Haaaahhh..!!!

Oppssss....!!! Jangan la terkujat macam tu sekali.. Nak tengok tak rupa Mr. V yang jadi kesayangan aku tu..? Nak..? Kalau tak nak tengokpun takpe la.. Aku bagi tengok jugak... hihi... 

Dan, inilah dia wajah kesayangan hamba... 
Siap buat rakaman video lagi tu...
Ko ada..?
Kehkehkeh...

Tadaaaa....!!!
:
:
:
:
V
Mr. V yang berwarna biru tu tau. Bukannya si kenit tu ya... Si kenit tu baru nak berkenalan dengan Mr. V tu.. ehehh.. (Abaikan segala macam khazanah yang tak berkaitan... =,=")


Sebenarnya Mr. V tu adalah vacuum cleaner yang abang ipar aku tolong belikan kat sebuah kedai kat Seremban. Kat rumah dia ada satu, tu yang aku nak jenis yang sama jugak tu. Aku tak pentingkan rupa asalkan dia boleh buat kerja dengan baik. Setakat ini kerja aku jadi ringan sedikit. Tak perlu dah nak gunakan penyapu lidi, penyapu jerami dan pengaut sampah bila nak menyapu kapet kat ruang tamu kat atas tu. Segala-galanya Mr. V yang uruskan. Sayang U ketat-ketat... ;)


Harap-harap si kenit tu akan jadi gagah perkasa macam Mr. V jugak... kihkihkih...

Percaya atau tidak, inilah satu-satunya alatan elektrik yang tak pernah aku beli sedari dulu. Dan Mr. V inilah yang pertama sekali aku beli. Dan, kali pertama aku menggunakan vacuum adalah masa testing Mr. V kat Nilai hari tu. Kolotnya aku... :)

p/s: Entry santai-santai je ni... eheh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)