Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255
Sebagaimana yang kita tahu, raya aidil fitri untuk tahun 2020 ni adalah berlatarkan #PKP. Maka, beraya la kita tanpa tetamu.
Walaupun beraya tanpa tetamu, ruang tamu rumah nak kena kemas jugak. Langsir kena tukar jugak walaupun tukar dengan langsir yang lama. Maka, bertungkus-lumus la buat semua kerja dengan dibantu oleh anak-anak buah yang terperangkap dengan #PKP dan tak boleh balik ke rumah dorang.
Akhirnya, siap jugak mengemas walaupun belum siap sepenuhnya. Jadilah tu. Mengemas ni pun untuk sedapkan mata sendiri yang memandang. 😁😁😁
p/s: Sebenarnya, sengaja letak gambar di sini. Ada la jugak kenangan sempena beraya tanpa kunjungan tetamu. Paling diingati, beraya tanpa adik-beradik yang saling sibuk membakar lemang dan memasak. Ini yang paling aku rindu. Tapi demi keselamatan dan kesihatan semua, terpaksalah reda dan pasrah. Nyawa lebih penting. .
Iya. Aku tahu dah ramai sangat dah orang kongsi fasal ni di laman medsos masing-masing. Tapi tak salah kot kalau akupun nak kongsi jugak dan letak dalam blog aku.
Seperti biasa, tujuan aku letak apa yang aku buat di dalam blog adalah untuk rujukan dan kenangan aku di masa akan datang. Tiada istilah nak raih rating atau sebagainya. Ingat aku ni gila nama ke apa?
p/s: Siap satu entri. Dah boleh delete gambar dalam folder. Banyak lagi gambar yang ada kat dalam folder tu. Tunggu masa dan mood je nak masukkan dalam blog ni. .
Gigih aku call jiran depan rumah, tanya kat dia, ada lagi ke tidak pokok lengkuas kat rumah dia tu. Dia kata ada lagi. Jadi, akupun pergilah rumah dia untuk gali lengkuas tu. Ambil sekali pokok dia dan terus tanam dalam pasu. Nanti kalau nak ambil lengkuas tu, just tarik je dan lepas tu masukkan balik dalam pasu. Itupun kalau pokok tu hidup subur la. Harapnya, hidup la pokok lengkuas yang aku tanam tu. Aamiin.
Kenapa minta lengkuas? Sebab aku nak cuba buat ayam masak #ungkep. Tadi, ada tertengok rancanganAroma Tradisi Ramadan. Dorang buat ayam ungkep tu. Bahan lain semua dah ada tapi lengkuas je yang takde. Tu yang aku minta kat jiran. Asam jawa ada tapi aku nak guna buah belimbing buluh sebab sayang buahnya tak digunakan. Fungsi dia sama je untuk bagi rasa masam-masam.
Sepanjang #PKP ni, banyak juga aktiviti yang aku buat terutama sekali yang melibatkan makanan. Ye la, nak beli makanan siap, kedai makan tak buka. Kalau bukapun, aku pulak tak berani nak keluar. Mana ada aku keluar ke mana-mana sepanjang perintah kawalan pergerakan ni. Memang jenis mendengar kata sungguh..! Haha.
Ni projek yang mula-mula aku buat. Maklum la, sayur takde. Maka, kenalah tanam sayur sendiri di rumah. Ni pokok taugeh yang aku tuai pada 26/3/2020. Kiranya aku mula tanam taugeh ni pada 22/3 laa..
Lepas tu, aku tanam lagi pokok taugeh ni. Kali ni tanam banyak sikit. Yang ini aku tuai pada 2/4/2020.
Dan semalam, aku tuai lagi pokok taugeh yang aku tanam pada 18/4/2020. Cuma kali ini cara tanam tu berbeza dan aku tanam sikit je dalam segenggam lebih je kacang hijau yang aku gunakan.
Rendam kacang hijau semalaman. Basahkan tanah dalam pasu. Lepas tu, taburkan kacang hijau tadi di atas tanah dalam pasu tu. Kemudian, timbus sikit tanah atas kacang hijau tu dan renjis-renjis dengan air sikit.. Lepas tu, tutup rapat-rapat pasu tadi. Jangan sampai ada cahaya masuk.
Buka penutup untuk siram pokok taugeh tadi. Renjis-renjis manja je. Jangan siram kuat sangat. Lepas tu, tutup balik semula dengan tong cat tadi.
Pagi semalam, 20/4/2020, akupun tuai la taugeh yang ini. Dah rasa macam cabut cendawan busut la pulak. Haha.
Dah boleh tuai dah pokok taugeh ni. Tarik/cabut perlahan-lahan.
Bagusnya tanam taugeh guna kaedah macam ni (tanam guna tanah) adalah kerana dia punya topi warna hijau tu banyak yang tanggal. Jadinya, proses mencuci takde la ambil banyak masa berbanding jika ditanam di dalam kukus/kotak/botol dan sebagainya tu.
Tanam taugeh guna tanah ni aku ikut cara yang orang kongsikan dalam grup kebun.Taugeh yang aku tanam ni takde la gemuk sebab kita tak letak baja. Lagipun, ada bahan khas untuk gemukkan taugeh. Itu untuk siapa yang buat bisnes la yang gunakan bahan tu. Kita ni tanam taugeh untuk makan sendiri je. Takpe la kuruspun. Yang penting, dijamin bersih dan takde penggunaan bahan kimia. Yang ini pulak kali kedua aku tanam guna tanah. Lihat la betapa gigihnya aku untuk berjimat cermat. Heh.
p/s: Banyak lagi projek yang aku buat dalam musim PKP ni tapi yang pastinya, bukan projek buat anak ya. Aku buat projek untuk sumbat makanan dalam anak tekak je.. 😁😁😁 .
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)