Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, February 29, 2012

Bertungkus-lumus...!!!

Assalamualaikum...

Bertungkus-lumus...!!!

Sejak dua hari kebelakangan ni, aku agak sibuk untuk menyiapkan baju seorang kastemer 'dekat' aku ni.. Kain ni sebenarnya dah lama ada dalam simpanan aku. Namun disebabkan aku belum ada keyakinan untuk memotongnya, maka kain tu terbiar je tergantung kat hanger.. Mak aku kata kastemer tu dah merajuk dengan aku.. Aku kata, apsal dia tak hantar je kain tu kat kedai, sebab diapun tau yang aku kurang berani nak potong kain dia tu, lebih-lebih lagi kain tu merupakan pemberian kawannya.. Buatnya tersalah potong, tak ke haru jadinya nanti, kann... huhuhu....

Lebih kurang seminggu lepas, baru aku ada keyakinan untuk memotong kain tersebut. Itupun cuak jugak. Risau sebenarnya sebab dah sekian lama tak memotong dan membuat baju dabel ni.. Lagipun, untuk memotong dan menjahit baju berlapis ni agak leceh sikit maaa... ehehh...

Hujung lengan yang belum ada kedutan...
Masa ni dah buntu dah ni... ehehh...

Akhirnya, dengan izin Allah, berjaya juga aku mencantumkan baju tersebut. Satu masalah pula timbul bila kedutan kat hujung lengan tu tak berapa nak menjadi disebabkan kain yang agak nipis. Buntu juga aku sekejap.. Tanya juga pada kawan-kawan dan mereka memberikan tips tapi bila aku cuba, tak juga menjadi.. Akhirnya aku try tanya atuk gugel dan terjumpalah satu tutorial tu.. Akupun cuba dan alhamdulillah, menjadilah kedutan yang aku nak buat tu.. Namun, rasanya cara yang ada kat tutorial tu khas untuk mesin jahit high speed seperti yang aku gunakan sekarang.. Boleh rujuk kat tutorial tu ya.. :)

Boleh rujuk kat komen ni jika gunakan mesin biasa.. Mesin biasa tu maknanya mesin jahit yang kena goyang kaki tu laaa.. :-)

Tips dari kawan aku.. Thanx dear.. :)


Boleh laaa... kottt.... ehehhh...

p/s: Bila berfikiran positif, semuanya akan jadi mudah.. Jika buat salahpun, akan terus berusaha untuk mencuba lagi sekali sampai berjaya.. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi aku kesabaran dan kekuatan.. :)

Monday, February 27, 2012

Biarlah gambar yang menceritakan segalanya...

Assalamualaikum...

Biarlah gambar yang menceritakan segalanya...


Ala-ala latok, jangan saman... :-)

Bukan sebab bawa laju... ;p















Sesekali nak jugak interframe walaupun muka macam bibik dalam sinetron Putri Yang Di Tukar.. 
(Harus sedar diri...)

p/s: Semua gambar dirakam pada hari Khamis lepas... =,="

Wednesday, February 22, 2012

Petua khas untuk tukang jahit seperti aku.. :D

Assalamualaikum...

Petua khas untuk tukang jahit seperti aku.. :D

Sebagai tukang jahit, gunting memainkan peranan yang sangat penting terutama sekali gunting yang digunakan untuk memotong kain. Gunting kain tidak boleh sama sekali digunakan untuk tujuan lain seperti menggunting kertas dan sebagainya. Jika digunakan juga, maka gunting tersebut akan tumpul dan tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan memotong kain. Satu kerugian di situ kerana kita terpaksa membeli gunting yang baru sedangkan harga gunting kain ni agak mahal, lebih-lebih lagi jika gunting tu jenis yang berat..

Disebabkan itu, seseorang tukang jahit memerlukan beberapa jenis gunting untuk melaksanakan tugas mereka. Gunting kain, gunting kertas dan juga gunting sulam mesti ada dalam simpanan dan tidak boleh dibiarkan bersepah-sepah sembarangan. Kalau orang tu bukan tukang jahit, dia memang akan belasah je guna  satu gunting tu untuk semua benda.. Sebab tu kadang-kadang kain yang digunting tu tidak licin seolah-olah kena gigit dengan tikus je... kehkehkeh...

Okay, kat sini aku nak kongsikan petua ataupun tips untuk menajamkan semula gunting kain yang sudah tumpul. Boleh rujuk kat dalam video kat bawah ni. Video ni baru je aku rakam dan upload kat Youtube. Tujuannya bukan apa, sekadar nak berkongsi ilmu sahaja.. Aku peduli apa dengan orang yang suka mengata-ngata pasal upload ni.. Tak jadi kudispun.. ;p




Terima kasih aku ucapkan kepada seorang teman yang sudi berkongsi petua ini.. Dan terima kasih juga kat seorang kawan yang bertanyakan soalan bagaimana cara nak tajamkan gunting tu. Kalau takde yang bertanya soalan, mana mungkin nak ada jawapan, ya tak...?

p/s: Siapa yang suka menjahit dan ingin berkongsi pengalaman dalam bidang jahitan ataupun seangkatan dengannya, boleh la join kat sini..  Daripada join group yang dok mengutuk orang je, baik join group yang ada faedah sikit... Sikit-sikitpun ada jugak ilmu atau info... :-)

Tuesday, February 21, 2012

Aksi si bunting yang sedang tidur... ;)

Assalamualaikum...

Aksi si bunting sedang tidur... ;)

Buruk betul bila tengok aksi dorang ni.. Yang satu tu okay sikit aksi dia.. Cuma yang satu lagi ni haa, memang tak pernah ubah perangai. Dari kecik masa zaman anak lale sampai la dah jadi ibu, perangai tak pernah nak berubah.. Mesti nak tidur terkangkang.. adehh...

Aku memang suka kacau dorang tidur.. Geram je menengoknya.. Jelespun ya jugak... kehkehkeh.. Bila lapar, memekak minta makan.. Bila dah kenyang, membuta sampai tak hengat dunia.. Mestilah aku geram, kan.. hahaha...

Yang banyak gambar tu nama dia Tett-Tett... Kadang-kadang aku panggil dia Tettt je... Kadang-kadang aku panggil Tetettt.. Tapi kalau adik aku, dia panggil Tete*... Gulppp...!! Yang gambar sekeping tu nama dia Popok.. Popok ni ibu si Gemuk yang dah mati tu... sobsobsob.... Rindu Gemuk... 

Port baru dia... Kalau ada kucing lain yang tidur kat kerusi ni, dia akan bising dan kuis-kuis kucing tu sampai la kucing tu bangun dan pergi tempat lain... hahaha...






Bukan main lagi dia buat regangan otot.... ehehh...

Tak tau malu langsung.... huhuhu...

Hahahahaha.... Ooppppsss....!!!

Perhatikan ekor dia yang dok goyang-goyang tu.. Rasa macam nak tarik-tarik je.. hahaha...


Popok.... 


p/s: Fall In Love... Walaupun tak faham bahasa... :)

Monday, February 20, 2012

Madu yang peramah melayan tetamu... :-)

Assalamualaikum...

Madu yang peramah melayan tetamu... :-)

Aku tak nak la sebut pasal madu ni.. Seriau.. Kalau boleh, tak nak sentuh langsung pasal madu-madu ni.. Tapi aku suka tengok citer Madu 3 tu... Jamil ooooo Jamil... Ku sangka satu, rupanya tiga.. hehehe...

Ini bukan pasal madu poligami tu tau. Saje je buat intro macam tu.. Nasib la siapa yang terkena masa gugel nanti.. hahaha... 

Ini adalah pasal Maaduu yang ada cerita Korea tu la.. hikk.. Hari tu saje la aku tanya kat wall fesbuk dorang tu. Aku ni nak sangat tengok satu siri drama ni, tapi susah sangat nak dapat tengok. Memang ada je web lain yang keluarkan drama tersebut, tapi dia punya servis sangat la lembap.. Lepas tu ada pulak yang nak kena install dia punya plug in dan nak kena isi form macam nak isi borang BR1M je.. Banyak sangat rules membuatkan aku bosan nak melayan.. haha..

Kalau kat Maaduu ni, senang je.. Just sign up je.. Lepas tu kalau nak login, cuma masukkan email dengan password je.. Setel. Lepas tu dah boleh tengok semua cerita kat dalam tu. Samada larat dengan tak larat je la nak menengoknya...





Maaduu yang punya lebih sejuta followers tu pun masih ada masa nak melayan pertanyaan aku dan orang lain berbanding dengan orang/page yang cuma ada dua tiga ratus friend/followers je dalam list dia.... So, tabik spring la kat Maaduu dan admin kat situ sebab ramah melayan pertanyaan... 

p/s: Your mistakes should be your motivation, not your excuse... :-)

Sunday, February 19, 2012

No more picnik...

Assalamualaikum...

No more picnik... 

Dulu aku pernah buat entry pasal picnik ni.. Lepas tu sejak ada yang baru, akupun mulalah lupakan picnik tu.. Kemudian, bila aku teringat balik kat picnik tu, tup-tup ini pulak yang keluar... huhuhu....



Mungkin nak kenakan caj jugak kot, macam shoutmix.. Malas pulak nak explore lebih lanjut kenapa dia nak close... Hak dia, suka hati dia la nak buat apapun... As long as free, aku gunakan.. And thank you.. Tapi kalau dah nak kena bayar, so sorry... Aku tak mampu...

Okay, itu berkaitan dengan picnik yang nak tutup perkhidmatan atau nak upgrade perkhidmatan dia. Sekarang ni aku nak kongsikan apa yang ada kat carian atau keywords yang masuk kat blog aku.. Haihh... Semakin hari semakin ramai manusia yang mengong... Baik la pergi cari rezeki yang halal.. Ada jugak faedahnya..


p/s: If you tell the truth, it becomes a part of your past. If you lie, it becomes a part of your future... ;)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)