Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, August 26, 2013

Betul tak..? Betul ke..?

Assalamualaikum...

Betul tak..? Betul ke..?


Betul tak atau betul ke apa yang tertulis dalam gambar kat bawah ni...? Mungkin tak betul sebab ada jenis perempuan yang menangis secara terang-terangan bila bergaduh atau kena marah.. Mungkin jugak betul sebab ada je perempuan yang jenis selamba macam takde perasaan tapi pada hakikatnya dia punya perasaan yang lebih halus. Cuma dia jenis yang tak suka memperlihatkan kelemahan di hadapan orang lain.. Ni perempuan jenis tahan sabar ni.. hehh...


Orang yang disayang tu tidak semestinya pakwe atau suami.. Mungkin juga adik-beradik, ibu-bapa, kawan-kawan, atau siapa saja.. 




Apa pendapat korang tentang perkara ni..? Setuju ataupun tidak setuju..? Korang jenis yang mana..? 


p/s: Aku jenis yang................ Biarlah rahsia... hehhh... 

4 Tukang Tembak:

umiawadah said...

tak juga...perempuan kalau nak tunjuk sedih dia,dia terus je menangis...

Angah said...

kalo bergaduh tu kerana slaha angah angah akan diam, kalo salah che din, angah diam juga...memang perang dingin!

Acik Erna said...

Akak ikut keadaan.tapi kalau gaduh memang selalu diam..takut kalau dah marah tak boleh nak kawal mulut.sebelum sumo yang buruk keluar baik cari jalan solamat .DIAM he he

Tinta Lana said...

Salam.

Bergantung pda topik yg digaduhkan kot kak?hehehe

Macam sya, tak pyh tunggu sblm tidur.. kdg2 time dlm bilik ayor pun, meroyan jap dlm tu,hahahah,pecah rahsia,hahaha

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)