Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 3, 2013

Cara nak siang ayam..

Assalamualaikum...

Cara nak siang ayam.. 


Meh belajar cara nak siang seekor ayam.. Jangan pandai cedok gulai  ayam dalam periuk je.. Harga ayam sebelum dan selepas disiang berbeza.. Jika siang sendiri, dapat la jimat sikit.. Itu untuk sekor ayam... Kalau hari-hari makan ayam, hari-hari beli sekor ayam, dah berapa boleh jimat..? Kita memang tak nampak penjimatan kat situ sebab kita tak praktikkan diri untuk berjimat.. Yang kita tau, nak senang je. Nak jimat masa. Konon...


Alasan kita, takde masa nak siang ayam tu semua.. Balik kerja dah penat.. Yang tak bekerjapun penat jugak.. Penat layan game, penat layan novel, penat layan anak, penat layan suami, penat layan fb, penat membebel kat twitter dan penat macam-macam la.. hehh..












Lebih kurang sama je dengan cara aku.. Cuma ada beza masa last sekali tu.. Selebihnya boleh la rujuk kat sini... hehh... Banyak sangat gambar.. heee...


Bukannya susah manapun nak siang ayam daging ni sebab tulang dia lembut.. Lagipun ayam tu dah takde bulu.. Lain la macam zaman dulu kala.. Nak makan ayam, kena kejar dulu ayam tu.. Pastu tangkap dan sembelih.. Pastu kena tebuk leher dan bawah perut nak keluarkan isi kat dalam tu.. Pastu kena rendam dengan air panas supaya nanti senang nak cabut bulu.. Rendam tu kira macam celur la... Ishhh...


Lepas dah siap semua kerja tu, tengok la jari jemari.. Konpem kecut habis sebab lama berendam dengan air.. Pinggang jangan cakap la.. Meletop habis.. *pengalaman aku... hehh...


p/s: Ada cara berjimat tapi tak nak guna.. Lepas tu dok bising-bising kata harga mahal.. hehh...

Mati akal dibuatnya...

Assalamualaikum...

Mati akal dibuatnya...


Ada orang datang rumah kita. Orang tu tak kira la siapapun samada jiran, kawan, saudara mara ataupun adik beradik sendiri.. Lepas tu dia kata dia berkenan kat satu benda yang ada kat rumah kita.. Benda tu pulak tak kira la apa, pokok bunga ke, barang hiasan ke, door gift ke, bunga hiasan ke, pakaian ke, novel ke, pinggan mangkuk ke, periuk belanga dan sebagainya la.. 


Apa yang pasti, kita sayangkan semua benda tu walaupun kadang-kadang benda tu kita takde la nak jaga sangat.. Tapi sebab benda tu kita beli dengan duit yang susah nak dapat, ataupun benda tu merupakan kenangan untuk kita, tu yang buat kita sayangkan benda tersebut.



Kan dah terkulat-kulat.. haha..


Then, dia minta kat kita benda tu.. Minta tu samada minta pinjam ataupun minta terus.. Macam mana kita nak tangani perkara sebegini..? Kalau setakat pokok bunga tu takpe kot kita bagi.. Itupun tengok jenis pokok bunga jugak la.. Buatnya dia minta pokok orkid yang harganya mahal, berpuluh-puluh ringgit sepasu, kita nak bagi jugak ke...??


Tapi memang ada kan orang macam ni, iaitu orang yang suka meminta-minta padahal dia boleh je nak beli sendiri.. 


p/s: Berpada-padalah dalam meminta atau meminjam barang atau harta orang.. Memanglah, semua benda ini hanya pinjaman dunia sahaja. Tapi takkan la dek kerana itu kita pejamkan mata dan cakap, ambil je la.. Adakah kita redha atau terpaksa..? 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)