Assalamualaikum...
My biskut raya: Coklat chips...
Aku baru je siap buat biskut coklat chips ni. Dah dekat pukul 4.30 pagi dah ni tapi aku belum tidur lagi.. huhu.. Nampak gayanya lepas subuh nanti aku pulun tidoq sampai tengahari.. Konon-kononnya nak balas dendam la... haha.. Itupun kalau dapat lena dengan sempurna.. :P
Biskut ni aku buat tiga adunan sekali gus. Itupun dapat ciput je iaitu cuma dapat sebalang je.Tak aci betul. Patutnya kalau buat tiga adunan, mestilah dapat tiga balang, kann... haha.. Aku dah siap selotep dah balang tu dan sorokkan dulu biskut tu. Dah nak raya nanti baru aku keluarkan. Kalau aku biar camtu je, konpem sebelum raya lagi dah kosong dah balang tu nanti. Maklum la, rumah aku ni ramai askar. Ada la dalam satu batalion. Masing-masing jenis pemakan lak tu... :D
Ni masa mula-mula buat. Aku tak tekan sangat. Tu yang nampak macam tebal je tu. Tapi biskutnya tetap rangup.. Krupkrapkrupkrap... :-)
Yang ni selepas dua kali tekan dengan garfu secara bersilang. Nampak la macam ada seni sikit... kehkehkeh...
Sebalang ni je dapat. Rasanya dalam 150-160 biji kot.. Pastu ada la lebih dalam 15 biji.. Kejap lagi licin la yang 15 biji tu.. =))
Okay la, aku arek turu dulu... Daaaa.... (-__-)
p/s: Kalau ada yang nak resepi, cari aje kat
blog dapo aku tu. Tanya je kat atok Google yang jaga kat situ. Aku tengok mak aku macam suka je makan biskut ni. Kiranya lulus la aku buat biskut ni walaupun rupanya buruk macam rupa aku jugak... =,='