Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, March 31, 2018

Jom tanam pokok betik!

Assalamu'alaikum.

Jom tanam pokok betik!

Letih dok cangkul tanah nak tanam anak pokok betik ni. Semai biji betik dalam pasu kecil. Dah tak tau nak tanam kat mana. Sudahnya, main tanam je la haiihh.. Letih dok fikir sampai dah besar dah anak pokok betik tu. Haha.




Tanah kat gambar bawah ni banyak batu. Puas aku dok cangkul. Asal cangkul je, terkena batu. Letih berganda-ganda dibuatnya. Peluhpun laju je menitis. Kalau aku tak kuat semangat, memang aku tinggalkan aje anak pokok betik tu tak bertanam. Syukurlah aku tak buat kerja separuh jalan. Sebab fikir nak makan buahnya nanti, tu yang gigih aku cangkul jugak tanah keras tu.




Yang sepokok kat bawah ni, aku dah tanam hari tu. Alhamdulillah, nampak elok dah pokok tu naik. Aku tanam dua pokok tapi sepokok ni je yang hidup.




Mudah-mudahan, semua pokok betik aku ni hidup subur dan mengeluarkan buah yang banyak, manis dan sedap. Janganlah jadi pokok jantan lagi. Penat aku dok tebang pokok betik jantan je.


p/s: Kita dah usaha tanam. Selebihnya, tawakkal je la pada Allah.
.

Wednesday, March 21, 2018

Menu untuk hari ini.

Assalamu'alaikum.

Menu untuk hari ini.

Orang kampung macam aku ni, menunya sempoi je. Asal boleh makan, dah syukur sangat dah. Yang penting, perut terisi dan kenyang. Alhamdulillah.



 Baki lauk malam tadi. Panaskan je. Dah boleh makan. Jangan membazir.


 Goreng kobis bulat bersama kucai. Hasil dari kebun mini aku sebelah dapur.




Petangnya pula, aku buat kuih koci ni. Kebetulan malam tadi dah buat inti kelapa. Rajin pulak hari ni aku mengukus kuih ni. Selalunya aku memang malas nak buat kuih yang kena bungkus macam ni. Mungkin sebab pagi tu aku kemaskan kawasan belakang rumah dan buang daun pisang yang dah layu. Terus la aku ambil dua pelepah daun pisang tu.




Cuaca panas. Kelapa muda ada tergolek kat tepi pangkin. Makanya, akupun apa lagi. Gigih tu pergi belah kelapa tu. Hehe. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tak gitu?



 ^
Berhingus macam ni yang sedap ni. Haha.
v



p/s: Makan seadanya. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum keluar bunyi burppp burppp burppp sepuluh kali. Hehe.
.

Monday, March 19, 2018

Pau atau roti kukus?

Assalamu'alaikum.

Pau atau roti kukus?

Sebenarnya aku nak cuba buat pau walaupun tepung pau takde. Tak pernahpun beli tepung pau ni. Hehe. Dalam pada tu, berkira-kira jugak nak jadikan dia roti. Tapi mungkin sebab rasa nak mengukus tu lagi kuat, maka secara kebetulan, letrik takde la pulak. Haha. Maka, jadilah dia pau. Sedap jugak. Lain kali kita kukus je la. Jimat letrik. 🤭🤭🤭
















Esoknya, aku buat lagi sekali. Sementelah anak-anak buah ada balik sempena cuti sekolah ni, tu yang aku buat tu. Kali ni aku letak inti kelapa dan inti coklat chip. Sukatan bahan untuk pau aka roti kukus aku ni aku main hentam je. Aku adun macam nak buat roti. Cumanya, aku tambah sikit baking powder.







Makan masa baru lepas masak ni sedap la sebab dia lembut dan gebu. Tapi kalau nak makan untuk esoknya, kena la kukus balik semula. Sebab tu kalau tengok orang jual pau, kita akan nampak pau tu sentiada dalam pengukus yang dipanaskan.


p/s: Alhamdulillah. Habis semuanya. Takde la membazir. Untung buat sendiri. Kalau nak beli, sebiji besar tu mau dua ringgit harga dia.
.

Thursday, March 15, 2018

Gambar kebun mini lagi. :D

Assalamu'alaikum.

Gambar kebun mini lagi. :D

Suka sangat letak gambar yang ada di kebun mini dalam blog. Blog sendiri, kan? Bukannya kena minta izin sesiapapun. Heh.


Yang suka tengok gambar macam ni, jom la tengok sama-sama. Yang tak suka tengok, jangan la tengok. Haha.



























Update:

Pokok kunyit aku dah keluarkan bunga dia. Gambar ni aku ambil pada 23/3/2018 hari tu. Ramai yang kata bunga kunyit ni sedap dibuat ulam. Akupun cuba la makan. Memang sedap sebab dia macam ada rasa manis sikit kat kelopak bunga tu. Kalau la aku tau rasanya sedap, aku biarkan semua keluar bunga dulu, baru la aku petik. Haha.



Hasil dari kebun mini aku jugak ni. Alhamdulillah.


p/s: Habis dah gambarnya. Nanti kalau aku rajin, aku ambil lagi gambar dan aku masukkan lagi dalam blog aku ni. Haha.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)