Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, July 7, 2010

TAKDIR PENENTU SEGALANYA... Kita hanya mampu merancang...

Assalamualaikum...

Teringat masa duduk asrama dulu. Bukan asrama sekolah, apatah lagi asrama kolej. Ni adalah asrama merangkap rumah kedai yang syarikat sewakan untuk kami duduki. Ianya adalah rumah kedai tiga tingkat, bangunan bawahnya adalah kilang plastik dan di atas sekali juga asrama syarikat.

Rumah ni lebih menjurus seperti keadaan di dalam sebuah hospital kecil. Tiada ruang untuk bilik, hanyalah susunan katil dua tingkat sebanyak 9 buah yang bermaksud ada 18 buah katil keseluruhannya. Ini tidak bermakna ada 18 orang penghuni di dalam rumah tersebut. Sebaliknya jumlah ahli sebenarnya adalah 23 orang. Juga memberi maksud bahawa yang lagi 5 orang itu tidak berkatil. Pelik juga dengan dorang ni, ada asrama lain yang masih kosong dan selesa kerana tidak ramai isi di dalamnya, tapi rumah tempat aku tinggal itu juga yang dorang mahu duduki. Bila aku tanya kenapa nak duduk sini, kan dah penuh ni, nanti tak selesa, nak tidur mana, katil takde... Dorang akan menjawab: Takde katil takpe, boleh bawak "lembet" turun bawah, tidur atas lantai je, selesa je duduk sini sebab rumah ni "happening".... Hahahaha... happening katanya... Aku ni yang pening sebab nak kena jaga semua anak-anak dara orang ni.. Kalau jenis dengar kata takpe, ni jenis yang tak boleh di tegur, baran tak tentu pasal, tak ikut undang-undang asrama, cengelat bila tiba waktu bertugas membersihkan rumah yang seminggu sekali tu.

Separuh daripada penghuni tu datangnya dari Kelantan. Selebihnya dari Pahang(4), Negeri Sembilan(3), Terengganu(2) dan Johor(1). Maka, bermacam-macam bahasa la yang aku dapat. Bila aku cakap Kelantan, kawan aku yang sorang tu akan kata: Akak ni kecek doh supo ore siye dohh... Lepas tu, bila dia pulak cakap N9, aku pulak kata: Ko tak payah la cakap bahasa ni... abeh jahanam bahasa aku... hahahaha... Paling seronok bila dapat cakap bahasa Jawa. Kelakar sangat-sangat sampai gelak terbahak-bahak. Mujur budak Johor tu tak kecil hati, sabar melayan kerenah kitorang yang hap"pening" ni... hehehe.... Ayat yang selalu dorang cakap dan gunakan ialah: Siapa nak "jalak ambong..?" Mana yang nakal tu akan cepat-cepat menjawab: Aku nak, aku nak... ekekekeke.. Memang sah gatal la ko ni... kannnn.... hahaha....

Banyak juga insiden yang berlaku... yang pahit, yang manis, yang payau, serba lengkap. Teringat kala seorang kawan di timpa kemalangan ngeri. Dia cedera parah yang mengakibatkan kakinya menjadi cacat sedikit: Dia tempang..! Manakala teman lelakinya maut dan tercampak masuk ke longkang akibat kemalangan semasa menaiki motor berkuasa besar. Kuasa Allah tak siapa yang tahu. Sebelum kejadian, kawan yang seorang ni amatlah celupar mulut dia. Asal silap sikit je, habis semua orang dia marah. Tak boleh di tegur langsung. Mungkin kejutan budaya yang menyebabkan dia berubah mendadak. Aku jadi pemerhati je. Aku tegur, dan tegur dan tegur lagi mana-mana perlakuan dia yang kelihatan janggal di mata kami. Selepas 3 kali tegur dan masih tak mahu mendengar nasihat, terpulanglah. Dia okay sebenarnya, tapi perlu berlembut dalam menegur. Bukan semua orang boleh melayan kehendak kita... kannn....

Sejurus selepas kemalangan tu, seorang lagi rakan yang turut serta dalam konvoi motor besar tu terus menelefon kami, memberitahu berita sedih tu. Masing-masing membisu. Tak tau nak buat apa. Nak pergi ziarah dia, tak tau kat hospital mana dia dibawa. Kawan yang mula-mula menelefon tadi pula menguruskan kawan yang meninggal tu. Talian putus camtu je sebab dulu takde enpon macam sekarang ni. Akhirnya, aku terpaksa menelefon beberapa balai polis dan hospital. Bermula dari balai polis Air Hitam, sebab kejadian berlaku di kawasan tu, kemudian balai polis Kulai dan akhirnya balai polis dan hospital Johor Bahru. Bayangkan aku yang tak pernah menelefon tempat-tempat ni, menjadi sedikit kaku dan gigil bila berhadapan dengan situasi begini. Selepas dapat pengesahan yang dia dirawat di wad sekian, maka kamipun datanglah ziarah... Muka dia yang cengkung, sebab dia kurus, menjadi kembang membengkak. Dah takde rupa dia dah masa tu.. Seminggu lepas tu barulah bengkak tu surut sedikit demi sedikit..

Selepas dia keluar dari hospital, dia datang menziarahi kami di asrama tu. Masa ni dia dah berhenti kerja dah. Dan dia dah kawen dengan adik teman lelakinya tu walhal sebelum ni dia selalu je kutuk mamat tu. Dia kawen kerana dia rasa bersalah di atas kematian teman lelakinya dulu. Dia minta maaf dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kami dulu. Dan sebagai ketua asrama, merangkap seorang kakak, aku nasihatkan dia agar berubah sikap kerana dia kini sudah menjadi seorang isteri. Belajarlah untuk menyintai dan menyayangi suaminya itu. Dan dia sedar atas kelantangan suaranya dulu dan kata: Inilah balasan yang Tuhan bagi,. Tu laa, mulut jahat sangat... Masih lagi sempat bergurau tu.... Namun, ada genangan airmata yang mula bertakung, baik aku mahupun dia...

Di kejauhan ini, aku doakan agar rumahtangganya terus kekal bahagia. Bukan untuk dia je, malahan untuk semua kawan-kawan se"asrama" aku dulu. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan segalanya...



Sesungguhnya, takdir penentu segala... Bahagia yang dicipta hanya sedetik jaraknya...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)