Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, April 6, 2012

Tak sakitpun, ngilu je.. :D

Assalamualaikum...

Tak sakitpun, ngilu je.. :D

Dulu masa kecik, aku memang jarang pergi ke klinik pergigian ni.. Tambahan pulak klinik pergigian kerajaan masa tu cuma ada kat bandar je.. Jauh la pulak untuk ke sana. Dah la duitpun tak berapa nak ada untuk ulang-alik ke bandar tu. Nak belanja sekolahpun kadang-kadang miss, apatah lagi nak buat treatment untuk gigi kat klinik swasta.. Tapi sekarang ni, doktor gigi dah ada dah kat klinik kerajaan kat sini. Kiranya senang la sikit. Takde la bersusah-payah naik bas ke bandar lagi. 

Zaman sekolah rendah dulu, siapa yang sakit gigi dan gigi dia dah goyang sangat dah, mak aku akan cabut gigi tu pakai gaghum (playa).. Kadang-kadang mak aku tarik gigi tu dengan menggunakan benang.. Selagi dia tak dapat tarik gigi tu, selagi tu la dia akan berusaha untuk menangkap kitorang.. haha..

Pernah sekali tu mak aku tarik gigi adik aku masa dia sedang tidur.. Gigi tu kalau adik aku tolak kuat sikit gunakan lidah dia pun dah boleh tercabut dah.. Tapi dia takut, tu yang asyik lari je dari kena tangkap.. Akhirnya masa dia tidur nyenyak tu la mak aku sentap gigi tu.. Meraung la sekejap adik aku tu.. huhuhu..

Bila usia dah semakin naik ni, barulah aku dapat menjejakkan kaki untuk mendapatkan rawatan gigi di klinik swasta samada untuk mencabut gigi, menampal ataupun mencuci gigi.. Ramai orang yang takut nak cabut gigi ni.. Bila sebut je gigi tu kena cabut, masing-masing dah demam satu badan dah... Belum apa-apa lagi dah berpeluh... hahaha.. Pelik betul aku dengan orang penakut nak cabut gigi ni...


Curi-curi ambil gambar masa doktor tu keluar sekejap... hahaha...
(Gambar semalam, semasa aku buat treatment gigi..)


Aku pernah cabut gigi kat beberapa buah klinik gigi.. Ada yang sakit dan ada yang tak terasa langsung.. Sedar-sedar je doktor tu tunjukkan gigi yang dah dicabut tu.. Pertama kali aku cabut gigi ialah semasa aku kursus kat Setapak.. Lama dah... Masa tu memang la agak seriau jugak, apatah lagi bila tengok peralatan yang pelbagai rupa tu.. Tapi sejak hari tu, mencabut gigi bagi aku dah tak menakutkan langsung.. Zaman semakin canggih.. Macam-macam jenis ubat bius yang ada untuk menghilangkan rasa sakit semasa diinjek dan semasa proses mencabut tu... 


Cantiknya gigi dia.. Tersusun je... ehehh...


Sebenarnya menampal gigi dan mencuci gigi (scaling) adalah lagi sakit jika nak dibandingkan dengan mencabut gigi.. Aku pernah buat kedua-dua treatment tu.. Rasa nak terkencing dibuatnya.. Ngilu yang amat... huhuhu... Korang macam mana...? Ada pengalaman tak masa cabut gigi ni..? Kalau ada, boleh la kita kongsi-kongsi... Tak salahpun kongsi pengalaman masing-masing, kan... :-)

p/s: Untung la siapa ada gigi yang cantik.. Boleh jadi  model iklan sensodyne... hikk..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)