Assalamu'alaikum.
Bubur kacang hijau campur durian kampung.
Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Akhirnya, berkat kesungguhan aku, dapat jugak aku buat bubur kacang hijau campur durian kampung ni. Sebenarnya, dah lama sangat tak makan bubur kacang macam ni. Selalunya buat bubur kacang hijau kosong je, takde campur durian.
Sementelah durian masih ada lagi sebiji yang jiran bagi hari tu [sila klik], yang memang sengaja aku sorokkan dari penglihatan abang aku sebab aku nak peram, maka hari ini terhasillah bubur kacang hijau campur durian kampung ni.
Dari petang semalam lagi aku dok fikir fasal nak buat bubur ni. Sebabnya, bau durian tu dah mula menusuk-nusuk ke lubang hidung aku. Haha. Disebabkan takut abang aku tanya mana datangnya bau durian tu, cepat-cepat la aku kopek dan ambil separuh untuk dimasukkan ke dalam bubur kacang ni. Hehe. Separuh lagi kita orang makan laa..
Dan inilah hasilnya. Sedap sebab pekat. Mana tak pekat. Guna kelapa dua biji weii..! Kelapa yang kulit hijau pulak tu. Bukannya guna kelapa yang kulit coklat tu. Yang tu banyak minyak. Nanti minyak dia terkapung je. Tak sedap.
p/s: Dah bertahun aku tak makan biji durian yang masuk dalam bubur ni. Tadi makan, ya ampun, sedapnya la haii.. Lembut je biji durian tu. Makan biji durian dah macam makan apa dah. Haha.
.